b
169 stories
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 67,893
  • WpVote
    Votes 4,970
  • WpPart
    Parts 53
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
The Governor's Rebel by Searth
Searth
  • WpView
    Reads 1,651,673
  • WpVote
    Votes 147,684
  • WpPart
    Parts 67
Mita, 25 tahun, terbiasa hidup di pusat gemerlap Jakarta-pesta, shoping, dan kebebasan tanpa batas. Namun semua itu berubah drastis ketika takdir menyeretnya menjadi istri seorang gubernur Sulawesi Selatan. Andi Lukman Baso, 39 tahun. Seorang duda tanpa anak yang mempersunting Mita sebagai istrinya. Awalnya, Mita mengira pernikahan itu hanyalah pintu menuju kemewahan yang lebih megah. Bahkan Mita harus rela meninggalkan pacar aktornya demi perjodohan politik. Tapi kenyataannya, pernikahan itu justru memaksanya berhadapan dengan protokol ketat, sorotan publik, dan politik yang licin bak arus laut Makassar. Pindah ke Makassar berarti menukar pemandangan kaca dan baja dengan garis pantai Losari yang luas, matahari terbit lebih cepat, dan angin laut yang membakar kulit. Meja makan pun berubah, dari soto ke coto, dari malam-malam ditemani gelas martini ke pagi-pagi penuh birokrasi, dari malam-malam penuh musik ke pagi-pagi penuh rapat resmi, dari gaun pesta ke kebaya protokoler. Dari pacar aktor ke suami gubernur. Entah sejauh mana Mita akan bertahan dengan kontras baru hidupnya. Sebab, ini bukan hanya soal penyesuaian gaya hidup, tapi juga pola pikir. Perbedaan umurnya dengan suami yang cukup jauh membuat emosinya naik turun setiap kali berhadapan dengan seorang pejabat kaku yang sialnya adalah suaminya sendiri. Highest Rank* #1 dalam Politik (18/01/2026)
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 52,343
  • WpVote
    Votes 5,499
  • WpPart
    Parts 54
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
BUKAN PENGEMIS CINTA (SU) by kimiafina
kimiafina
  • WpView
    Reads 56,409
  • WpVote
    Votes 3,181
  • WpPart
    Parts 39
Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah hidup bersama ibunya, Puan Mariam. Anak orang gaji? Ya, itulah gelaran dia oleh seorang gadis yang merupakan anak kepada majikan ibunya, Aira Nabila. Nama cantik seperti cantik si tuan punya badan. Namun, hanya nama saja yang tampak cantik tetapi bukan sifatnya. Anak manja! Sombong! Hanya bergaul dengan orang-orang yang ternama sahaja. Langsung tidak dipandang orang-orang bawahan seperti Qays Nufail. Jangankan makan semeja, sebut nama pun tak mau. "Babah please... kenapa panggil dia makan semeja dengan kita?! "-AIRA NABILA "Apa salahnya? meja ni luas bukan sempit, "-Dato' Mikail. "Tak pe Dato'. Saya makan dekat belakang je dengan umi saya, "-QAYS NUFAIL. Sombong-sombong Aira pada akhirnya terikat selamanya dengan Qays hanya kerana sikap dirinya yang terlalu bebas di luar. Hanya kerana mahu menjaga nama baik dirinya sendiri, Qays dengan relanya terima Aira dengan hati yang ikhlas. "Saya tau saya tak layak untuk awak. Saya hanya seorang lelaki yang tak ada apa pun. Kita tak setaraf, "-QAYS NUFAIL @kimiafina2021
𝐔𝐍𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐍𝐎𝐓𝐄𝐒 || 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ✓ by SerenadeByRose
SerenadeByRose
  • WpView
    Reads 12,076
  • WpVote
    Votes 943
  • WpPart
    Parts 82
"Jika hati mampu menulis, mungkin kita tidak akan kehilangan begitu banyak perkara yang tidak pernah terucap." - Unwritten Notes 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐀𝐥𝐝𝐞𝐚𝐧 × 𝐙𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 Pulang tanpa kerelaan, dipaksa oleh tuntutan. Itulah hal terberat yang perlu dihadapi oleh Tengku Harraz Aldean. Setelah hampir sembilan tahun tinggal di Manchester dan berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran, dia perlu pulang ke tanah air demi janji yang telah diikat bersama sahabatnya merangkap tunangnya, Haneesa Eldana. Demi menghalalkan gadis itu, dia meyakinkan diri untuk menerima syarat yang dia sendiri sukar untuk meteraikan. Namun, takdir telah mempertemukannya dengan seorang gadis, Zara Adelia. Seorang gadis sederhana yang dipilih takdir untuk memikul lebih banyak duka daripada bahagia. Tanpa diduga, kehadirannya malah mengusik memori Harraz terhadap Haneesa. Di saat berjauhan, kemunculan gadis itu telah perlahan-lahan membuka simpulan matinya terhadap Haneesa. "Aku benci setiap kali aku nampak kau, aku teringat dia." - Harraz Di saat gelora mula menggugat keteguhan hati Harraz, Haneesa muncul secara tiba-tiba, memungkiri syarat yang pernah dia sendiri tetapkan. Kemunculan yang diharapkan mampu menguatkan kembali cinta yang semakin goyah, akhirnya menjadi punca segala yang dibina mula runtuh. Harraz hancur di tangan gadis yang pernah menjadi alasan dia percaya pada sebuah janji. "Aku penat. Penat... pura-pura yang aku mampu balas cinta kau." - Haneesa Kehidupan Zara pula terhimpit dalam putaran takdir yang tidak pernah memihak kepadanya. Di saat hidupnya hampir tenggelam dalam keputusasaan, Harraz hadir sebagai tangan yang menariknya kembali kepada harapan. Tanpa dipinta, kehadiran lelaki itu perlahan-lahan menyemai rasa yang tidak pernah berani dia ungkapkan. Mampukah Harraz melepaskan bayangan masa lalu untuk menggenggam cinta yang hadir di hadapan mata?
Whispered Love by amorealyn
amorealyn
  • WpView
    Reads 120,333
  • WpVote
    Votes 5,453
  • WpPart
    Parts 43
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Bukan kerana cinta, tapi kerana nama. Tapi dalam diam, perasaan mula berbisik. "Loving you was never the plan but losing you was never an option either." - Evan Hernandez Richard "You were the silence I waited to hear from, and the noise I couldn't escape." - Evangeline Aurora Sinclair In the quiet between lies and longing, love whispered loudest.They didn't need the words.Because every kiss, every lingering hug, every choice was whispered love. Start : 14 July 2025 Status : ongoing Language : English, Bahasa Melayu and Bahasa Indonesia amorealyn's first ever debut wattpad story ♡
Nayanika [نايانيكا] ✓ by hironuwi
hironuwi
  • WpView
    Reads 15,749
  • WpVote
    Votes 1,164
  • WpPart
    Parts 74
"Berhenti menyiram air pada tanaman yang sudah mati." ..... قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ Katakanlah, "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [QS, Az-Zumar: 53] ..... Mula: 25 Mei 2024 Tamat: 12 Mei 2026 ☆ Kindly read Arunika first to avoid misunderstanding. Thank you! © hironuwi
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,413,125
  • WpVote
    Votes 78,380
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
BORN TO DIE by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 22,565
  • WpVote
    Votes 1,101
  • WpPart
    Parts 55
Caden x Eryna Spin Off: Farel: Spotlight Love DARK LOVE SERIES "Their love didn't heal - it burned." ------- Eryna bukan lagi gadis lemah yang pernah hancur kerana cinta. Dia bangkit dengan luka, dengan parut yang tak nampak mata kasar, tapi cukup untuk membentuknya jadi kuat. Hidupnya kembali bertemu dengan Caden-lelaki dingin yang dunia kenal sebagai kejam, tapi hatinya hanya tunduk pada Eryna. Namun, cinta mereka tidak pernah mudah. Ia penuh dengan pergaduhan, penuh jeritan, penuh air mata... tapi juga dipenuhi detik-detik manis yang hanya mereka berdua tahu. Kenangan lama saat Caden menjaga Laykha di Malaysia bukan sekadar sejarah. Ia adalah bara dendam yang akhirnya menyala, menagih darah sebagai ganti. Dan yang menjadi mangsa? Eryna. Lebih menyakitkan, Eryna pernah benci lelaki itu kerana ditinggalkan begitu saja-dibuang selepas dia menyerahkan seluruh dirinya pada Caden. Luka lama itu kembali berdarah, membuatkan cinta mereka kembali dipersoalkan. Caden terlalu keras dengan dunia, tapi terlalu lembut bila menyentuh Eryna. Eryna terlalu berani menentang, tapi terlalu rapuh bila berhadapan dengan Caden. "You destroy me, Caden. But still... you're the only home I know." - Eryna "Kau boleh benci aku sepuas hati, Ery. But remember this... aku tetap lelaki yang akan lindungi kau, even if it kills me." - Caden Mereka pasangan yang berbahaya. Bertarung dengan musuh di luar, tapi lebih pedih lagi bila harus bertarung dengan luka dalam hati sendiri. Cinta mereka gila. Cinta mereka sakit. Tapi cinta mereka nyata.
Erica Juwita : Strings Of Fate (C) by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 38,737
  • WpVote
    Votes 2,148
  • WpPart
    Parts 73
Bagi Tengku Erica Juwita, hidupnya bukan sekadar tentang kuliah perubatan atau pentas kecil busking bersama rakan-rakan. Dia hidup dengan luka lama yang tidak pernah sembuh-dibuang oleh bapanya sendiri, dituduh sebagai punca kematian yang salahnya. Dilahirkan dari rahim seorang ibu yang meninggal dunia kerana kanser sejurus selepas melahirkannya, Erica memilih untuk menjauh dari keluarga bangsawan bapanya dan berdikari dengan kehidupannya sendiri. Di pentas busking kecil di sudut jalan, gitar Aliff Adiqha menjadi pengiring setia kepada dentuman dram Erica. Namun, di sebalik senyuman dan gurauan, Aliff memikul beban yang berat-abang sulung kepada lima adik yang masih bersekolah, menjaga ibu yang lumpuh, dan menggantikan tempat bapa yang hilang tanpa jejak. Persahabatan mereka bermula di antara alunan muzik dan kopi malam di kafe kecil, tetapi takdir memaksa mereka melangkah ke fasa yang tidak pernah mereka bayangkan-perkahwinan. Bukan kerana cinta... tetapi kerana satu sebab yang hanya mereka tahu. Namun, mampukah sebuah ikatan tanpa cinta bertahan di tengah badai kehidupan, rahsia masa silam, dan hati yang mula bergetar tanpa sedar? Mula : 1/8/2025 Tamat : 27/2/2026