We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
miera_rara1995's Reading List
55 stories
ONLY YOU, LOVE - C by _misssuzana
_misssuzana
  • WpView
    Reads 399,655
  • WpVote
    Votes 13,668
  • WpPart
    Parts 69
[KARYA PERTAMA] [Completed] Known as: Cinta Untuk Kamu Lagi Tengku Ayie Idlan - Seorang lelaki yang membenci kaum wanita. Sifat benci tersebut muncul tatkala dia kehilangan seorang abang angkat dan kekasih hati. Kekasihnya yang akan berkahwin dengan orang lain. Hati siapa yang tak sakit bila ditinggalkan kerana lelaki lain? Selepas itu, sesuatu telah terjadi menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan seorang gadis yang dia tidak kenali. "Awak ingat kita kahwin sebab cinta ke, hah? Awak ingat saya boleh tidur dengan perempuan yang saya tak sayang, tak cinta? Dalam mimpi mahupun realiti, saya takkan terima awak." - Tengku Ayie Idlan Aira Syazah - Seorang gadis yang manja, ceria dan peramah dengan orang lain. Namun itu semua hilang selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki untuk menutup malu kedua-dua pihak. Berkahwin dengan lelaki itu adalah keinginan dirinya. Tapi dengan cara mereka berkahwin, dia pasti lelaki itu akan membenci dirinya. "Apa yang awak akan buat kalau perasaan kita berdua berubah satu hari nanti? Awak dah jatuh cinta dekat saya tapi saya pula bencikan awak."- Aira Syazah. Tatkala mereka sudah mencapai kebahagian, datang pula orang ketiga. Datangnya tanpa diundang, meruntuhkannya tanpa dipinta. Kepercayaan yang dibina telah pun runtuh disebabkan satu kejadian yang telah berlaku. "Mama, siapa lelaki tu?"- Aira Syazah "Bagi abang kesempatan untuk pulihkan hubungan kita."- Tengku Ayie Idlan "Kakak aku jadi macam tu disebabkan dia! Tiga tahun aku kehilangan orang yang aku sayang! Sekarang ni, aku nak dia pula yang rasa macam mana kehilangan orang yang tersayang. Manusia tak manusia, tetap aku akan bunuh." Berjayakah Tengku Ayie mengembalikan kepercayaan itu? Mampukah Aira mempercayai suaminya semula? Dapatkah orang ketiga itu membalas dendam? ⚠️ Bab awal (1-33) sedikit x menarik (cliché) ⚠️ Boleh baca dari bab 34/40 ⚠️ Warning: unedited story & TERSANGATLAH cliché Start: May 2020 End: May 2021
THANK YOU, KAPTEN (COMPLETE) by bungatehh
bungatehh
  • WpView
    Reads 130,483
  • WpVote
    Votes 4,449
  • WpPart
    Parts 43
Ayla khadeeja bekerja sebagai seorang photographer di sebuah syarikat penerbitan. Menerima tugasan untuk mengambil gambar pasukan TUDM di Kem Tentera Udara Subang. Disitulah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Kapten Luthfi El-Amin yang merupakan salah seorang pasukan TUDM yang akan bekerjasama dengan Ayla khadeeja untuk sesi photoshoot. Masih sukar untuk melupakan arwah tunangnya, Megat Qhalif. Namun kehadiran Luthfi El-Amin sedikit sebanyak mengubati luka di jiwanya, walaupun berulang kali dia menolak lelaki itu. Kerana baginya, Megat Qhalif adalah cinta terakhirnya. ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short love-story ini adalah rekaan daripada imaginasi saya sebagai penulis. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Percayalah (COMPLETED!) ❤️🌼 by NiaAzmi
NiaAzmi
  • WpView
    Reads 931,892
  • WpVote
    Votes 21,384
  • WpPart
    Parts 145
Completed 👍 Zaiqal Azfar adalah seorang lelaki yang angkuh dan panas baran. Memilik wajah yang tampan, kerjaya yang stabil namun hati yang tidak lengkap. Dia tidak terfikir sama sekali untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana perempuan. Citra Azzarina, perempuan yang mudah bergaul dan mempunyai sikap yang sangat riang. Merupakan pelajar lepasan University Oxford, England yang balik semula ke Malaysia dan bekerja di syarikat milik Zaiqal Azfar atas tawaran bapa Zaiqal Azfar sendiri. Memiliki personaliti yang berbeza membuatkan mereka seringkali bertengkar. Namun, lama-kelamaan Zaiqal Azfar mula tertarik dengan Citra Azzarina. Di saat Zaiqal Azfar dan Citra Azzarina sedang mengecap bahagia, kekasih lama Zaiqal Azfar iaitu Farah Nabila muncul untuk menawan semula hati Zaiqal Azfar. 'Di saat saya mula cintakan awak, awak mula mengkhianati cinta saya' Citra Azzarina. 'Atas nama Allah, hanya awak dalam hati saya. Percayalah' Zaiqal Azfar.
Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼 by NiaAzmi
NiaAzmi
  • WpView
    Reads 643,920
  • WpVote
    Votes 12,479
  • WpPart
    Parts 114
Completed 👍 Azeerah Batrisya seorang perempuan yang tidak mempercayai cinta sehingga membuatkan dia tidak ingin berkahwin. Disebabkan egoisnya yang terlalu tinggi, orang tuanya semakin risau jika hati Azeerah Batrisya tertutup untuk menerima mana-mana lelaki lalu membuat keputusan agar Azeerah disatukan dengan anak bekas orang gaji mereka, Ahmad Faziy. Mampukah kesabaran Ahmad Faziy menentang egois Azeerah Batrisya?
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)  by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 63,661
  • WpVote
    Votes 3,200
  • WpPart
    Parts 74
Sequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada cinta lamanya. "Maaf saya tak boleh terima awak." Nayeon menolak permintaan mengarut lelaki itu semata- mata ingin menjaga hati sahabatnya. Dia masih ragu- ragu pada lelaki itu sama ada lelaki itu sudah melupakan sahabatnya atau pun tidak. "Awak memang kejam Rowoon! Awak gunakan saya sebab nak dapatkan cinta Young Hee balik." Disebabkan salah faham, mereka mula renggang. Mahu mendapatkan hati gadisnya balik bukan mudah. Satu cara sahaja dia terfikir untuk mendapatkan gadis itu. Dengan cara.. Mengahwini gadis itu menjadi miliknya selamanya. Start : 21 Apr 2019 End : 12 July 2019
( Completed ) Bahagia Yang Terhenti . by Deheara
Deheara
  • WpView
    Reads 2,188,609
  • WpVote
    Votes 48,612
  • WpPart
    Parts 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan segala impian dan angan angan aku . Kenapa mesti kau bina bahagia atas derita wanita lain" - Dayyan Ariz " Jangan sampai suatu saat nanti bila senyum dan bahagia saya bukan lagi kerana awak dan jangan salahkan takdir bila peluang kedua bukan dipihak awak " - Ameena Fatima " Dayyan Ariz hak saya , saya cuma pinjamkan dia sekejap sahaja supaya masalah dia selesai . Awak tak tahu macam mana tekanannya dia untuk menghadapi semua masalah ini dan berapa kecewanya dia saat dia terpaksa bernikah dengan awak . Disaat susah dah senang , cuma saya yang setia disisinya" - Raisha Irdina Perkahwinan tanpa kerelaan dan cinta tidak mungkin memberi kebahagian . Namun bila takdir mengatasi segalanya . Ia tetap perlu dihadapi . Mampukan Ameena Fatima mengecapi kebahagiaanya sendiri ? Mampukah dia menjadi satu satunya wanita yang dicintai Dayyan Ariz disaat ada wanita lain yang jauh lebih hebat telah lama terlakar dalam hidup lelaki itu . Dia hadir sebagai orang asing dan kekal sebagai orang asing meskipun segala usaha telah dilakukan . Dia sedar dia tidak sepatutnya hadir dalam hidup lelaki itu . Segalanya berbalik pada dirinya disaat dia terluka dia perlu kuat dalam kata lain berpura pura kuat . Hidup mesti diteruskan kerana itu pilihannya .
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔 by rissyaleeya
rissyaleeya
  • WpView
    Reads 607,921
  • WpVote
    Votes 10,301
  • WpPart
    Parts 64
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran lelaki yang dicintainya, Harif Hakim. Dialah pelindung, sahabat, dan masa depan yang Kyra dambakan. Namun, segalanya musnah apabila Harif menghilang tanpa sebarang khabar berita hampir dua tahun lamanya. Saat dia kembali, bukan pelukan rindu yang dibawa, tetapi sebuah permintaan kejam-agar Kyra mengahwini lelaki pilihan keluarganya. Terpaksa menurut demi menjaga maruah dan hati kedua orang tuanya, Kyra akhirnya bergelar isteri kepada Nazrief Adam. Pada mulanya, hatinya berat menerima perkahwinan itu. Namun perlahan-lahan, sikap Nazrief yang matang, penyabar, dan penuh kasih mula menambat hati Kyra. Sedikit demi sedikit, dia mula belajar melepaskan bayangan Harif dan membuka ruang untuk bahagia bersama suami yang setia. Namun, kebahagiaan yang baru berputik tidak bertahan lama. Kehadiran dua insan-Alia dan Amani-menghancurkan segalanya. Rahsia demi rahsia terbongkar, kesetiaan dipertaruhkan, dan Kyra terperangkap antara cinta, pengorbanan, serta maruah. Adakah Nazrief benar-benar lelaki yang ditakdirkan untuknya? Atau adakah Harif masih punya tempat dalam hatinya meskipun luka lama belum sembuh? Dan siapakah sebenarnya Alia dan Amani yang hadir merobohkan bahagia yang baru ingin dibina? - "Kyra please. Abang mohon sangat. Kalau Kyra tak kesiankan abang tolong kesiankan anak kita. Please sayang, demi anak kita. Jangan jadikan dia mangsa." - Nazrief Adam "Anak kita? Saya layak ke mengandungkan anak awak? Bukan ke dulu awak cakap awak bersyukur sebab tak ada zuriat dengan saya? Dah lupa semua tu? Ini anak saya. Saya akan jaga dia. Saya sendiri akan pastikan dia bahagia. Jadi tolong jangan ganggu hidup kami lagi." - Kyra Airyna - "Nur Kyra Airyna adalah wanita yang paling istimewa di hati abang. Tak ada siapa siapa boleh gantikan tempatnya. I love you Kyra Airyna." - Nazrief Adam - Start: 4 August 2018 End: 14 January 2020
KERNA KU CINTA (COMPLETED)  by chiaaatt_
chiaaatt_
  • WpView
    Reads 1,247,848
  • WpVote
    Votes 33,885
  • WpPart
    Parts 81
kerana cinta, Thea sanggup bernikah dengan kekasih hati Tengku Fariz walau pernikahan harus dirahsiakan. atas sebab perbezaan darjat. disangkanya cinta dari lelaki itu sudah cukup, disangka bahagia hingga ke senja. rupanya ada badai yang melanda. kerna ku cinta, aku rela menjadi simpanan walau akad sudah dilafaz. -Nur Reeya Theana kerna ku cinta, aku kembali walau hatimu mungkin bukan lagi untukku. -Tengku Fariz Zayne
KU PINTA BAHAGIA (COMPLETED) by chiaaatt_
chiaaatt_
  • WpView
    Reads 1,295,775
  • WpVote
    Votes 46,604
  • WpPart
    Parts 68
4 tahun Iman Bella menjadi isteri yang terbaik, cuba mencari redha Allah dengan menjadi isteri yang diredhai suami. Tapi dia sangkakan bahagianya akan kekal, ternyata dia dicurangi dan dikhianati oleh suami yang dia cintai. dia memilih untuk pergi.. cuba untuk bangkit.. dan ketika dia tekad untuk bangkit, dan mencari kebahagiaan sendiri, ramai jejaka datang menjanjikan bulan, bersumpah setia,mencurah kata cinta.. tidak lagi ku pinta cinta di dunia, ku hanya pinta bahagia -Iman Bella
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 858,753
  • WpVote
    Votes 25,991
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣