Best Match!
6 stories
(Preview) REVOLVER - sebuah novel Syahmi Hafizuddin by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,778
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 1
Pasukan Ares (sebutan: aer-is) merangkumi empat orang individu berumur 21 tahun. Hafiz, Takwa, Saleha, dan Fazlin. Pasukan yang ditubuhkan beberapa bulan lalu atas arahan Ekx. Ares adalah nama dewa peperangan dalam mitologi Greek. Dalam sebuah skuad perang pasti ada yang merancang strategi keseluruhan, yang mengumpulkan maklumat, yang menyerang, dan yang mengukuhkan pertahanan. Mungkin nama itu dipilih kerana kesemua empat komponen itu ada dalam pasukan ini. Lengkap. Setiap individu dapat memainkan peranan dengan baik sekali— Kerana masing-masing bukan manusia biasa. * Novel ini boleh dibeli di fixi.com.my atau Whatsapp 01123651972
(Preview) PERMAINAN - sebuah novel Aiman Hazziq by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 4,119
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai buku. Versi ebook penuh di Google Playstore, e-Sentral & Kaki Buku. * Ahmad Adrian bin Saad seorang manusia biasa yang bekerja sebagai mat despatch. Suatu hari, sebuah bungkusan berada di hadapan rumah sewanya. Dalam bungkusan itu terdapat sebuah rakaman video, sampul surat dan sebilah pisau Rambo. Adrian dikehendaki menyertai satu permainan yang memerlukan dia membunuh orang lain. Hidup Adrian berubah 180 darjah. Daripada miskin kepada kaya. Daripada 'single' kepada 'in a relationship' kemudian kepada 'it's complicated'. Yang penting, daripada manusia kepada binatang. Permainan yang disertainya telah mengorbankan ramai nyawa, dan kini nyawanya pula yang terancam!
AMULET by mcairolyakup
mcairolyakup
  • WpView
    Reads 11,150
  • WpVote
    Votes 555
  • WpPart
    Parts 22
Satu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi kawan-kawannya dan Cloud hanya mahukan kehidupan yang pernah dijalani bersama yang lain sebelum ini. Tiger Gang mahu diberi nafas semula oleh Kitty dan dia sedang mencari Ammo yang telah menamatkan riwayat bapanya Lou Foo. Pertarungan masih belum selesai dan dendam kesumat mahu dilangsaikan. Amulet ammo pemberian Fiet pada yang lain adalah kunci utama. Dengan kehadiran Nik, Aemez dan Kai, empat survivor dari Ammo akan beraksi kembali!
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,042
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete] by Nazrie_Karim15
Nazrie_Karim15
  • WpView
    Reads 239,899
  • WpVote
    Votes 13,072
  • WpPart
    Parts 38
Blok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu bukan Farah Idayu kan?'' - Huda " Hah, ada orang tolak? Aku nampak hang jalan seorang je tadi."- Amira Pelbagai kisah mulai terbongkar sedikit demi sedikit. Ikuti kisah selanjutnya dalam BLOK E. P/s : Percubaan pertama menulis genre seram/horror/mistik. Dedikasi kisah ini untuk kelas 4vt2....huhu... People will die, memory live forever...
💀 Green Dolphin Challenge by aensaari
aensaari
  • WpView
    Reads 83,152
  • WpVote
    Votes 12,011
  • WpPart
    Parts 40
AWAS! Bacaan matang 18+! Kekejaman maksima dan tak masuk akal. Kalau kau berani, kau baca. Apa-apa jadi, aku tak tanggung k! So, ada bran? ---------- Aku Dark (Yong-Hwa), seorang jurnalis Meleissia News yang dikenali sebagai pembongkar kes-kes misteri di Meleissia menggunakan cara aku sendiri. Bagitahu saja kes apa; kes embryo tabung uji hilang, rasuah pemimpin Meleissia, semua aku bongkar. Satu hari, aku dikejutkan dengan Green Dolphin Challenge. Game misteri yang telah menyebabkan adik kepada bos aku (iaitu salah seorang beserta batch 1) hilang. Maklumat pasal game tu tak ada kat M-YaGo, search engine Meleissia. Disebabkan itu, aku terpaksa ambil keputusan untuk menyamar jadi remaja berumur 15 tahun dan jadi salah seorang peserta game tersebut. Dan ini, merupakan kisah aku, Iffat (Baekhyun), Taqi (Taehyung) dan Rihana (Hyeri) berjuang untuk membongkar rahsia kejam di sebalik Green Dolphin Challenge. Persoalannya, adakah aku akan selamat keluar dari sini? ---------- Disclaimer: Green Dolphin Challenge tak ada kaitan dengan Blue Whale Challenge, namun konsepnya sama seperti BWC, di mana seseorang itu harus melakukan sesuatu yang ngeri atau kejam untuk menang. ---------- Best Wattpad Achievement: #23 in Mystery/Thriller - 25 May 2017 #18 in Mystery/Thriller - 27 May 2017 #17 in Mystery/Thriller - 30 May 2017 #13 in Mystery/Thriller - 10 June 2017 #10 in Mystery/Thriller - 11 June 2017 #8 in Mystery/Thriller - 14 June 2017 #6 in Mystery/Thriller - 15 June 2017 #4 in Mystery/Thriller - 22 June 2017 #3 in Mystery/Thriller - 23 June 2017 #2 in Mystery/Thriller - 1 July 2017