chocoters's Reading List
66 stories
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸   by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 61,278
  • WpVote
    Votes 3,366
  • WpPart
    Parts 50
Dulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Baru nak angkat. Saya telefon daripada tadi kenapa tak jawab?" "Siapa ni?" Tanya suara di hujung talian. "Takkan tak kenal suara bakal isteri sendiri." Menyindir! Perasaan benci tiba-tiba terbit dalam diri sebaik mendengar suara garau Hazrain. Kalau dengar suara sudah benci apatah lagi tengok muka. "Kau nak apa telefon malam-malam? Tak ada adab ke? Tak tahu orang nak tidur ke apa ke? Biadap betul!" "Cakap pasal adab, macamlah kau tu ada adab sangat. Perangai macam setan!" Tu dia. Jangan main-main dengan mulut Jasmin Fallina. "Apa masalah kau ni perempuan? Telefon nak cari gaduh dengan aku ke?" "Amboi garangnya." Telefon dijarakkan daripada telinga apabila mendengar jeritan Hazrain. Boleh pecah gegendang telinganya. Tapi puas juga hati dapat buat Hazrain melenting malam-malam buta. Hebat aku! "Saya nak jumpa awak." "Siapa kau aku nak kena jumpa?" "Okey macam ni. Jujur cakaplah. Saya tahu awak ada rancangan. Kalau tak awak tak akan beria-ria nak kahwin dengan saya. Cuma saya tak tahu apa rancangan awak. Tak nak share dengan apa saya rancangan awak?" Tutt... "Kurang ajar! Aku tak habis cakap dia dah letak. Jangan lupa vote⭐️
Dia Janjikan Setia by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 29,597
  • WpVote
    Votes 999
  • WpPart
    Parts 35
‬ ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "‭Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬
dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup 
macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬
 MARINA KHADEEJA- Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang 
diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk 
berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih 
untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. 
 Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. 
Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar. 
"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬
keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah 
jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬ 
 "‭Tak sangka perempuan jahat masih wujud‬?" 
 Kehadiran lelaki itu tidak diundang. Puas ditengking Izzhan tetap muncul di hadapan mata. 
 "‭Macam mana saya nak pandang perempuan lain, kalau saya dah terpikat dengan ‬
awak‭."‬ 
UMAR IZZHAN- Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi 
dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. 
Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. 
"‭Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa ‬
yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak‭." *Sudah terbitkan menjadi novel *Jadi dilarang menciplak atau copy paste jalan cerita, tajuk, atau nama watak❤️🌷 * Wassap 0196174343 (penerbit) utk pembelian🌷
KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit) by mum_linz
mum_linz
  • WpView
    Reads 246,785
  • WpVote
    Votes 2,543
  • WpPart
    Parts 8
Izzul Haq, seorang pakar neurologi yang kecundang dalam percintaan. Baginya tanpa cinta, hidup tetap boleh diteruskan. Kepala pun tak serabut. Dua kali gagal membuatkan dirinya dingin, beku dengan perempuan. Cukuplah dua kali hatinya dilukai, cukuplah dua kali merintih kesedihan. Kamelia Ariana, seorang perempuan happy go lucky. Sentiasa ceria, tersenyum. Suka berdandan dan memakai pakaian mengikut trend terkini. Jatuh cinta pandang pertama pada Izzu Haq. Berjayakah Kamelia merebut cinta sang jejaka? Sama sama kita harungi usaha Ms Gediks dalam menangani kedinginan Mr Beku. Highly recommended, read HOT DADDY first... HIGHEST RANK 1ST IN CHICKLIT FEB 2017
Janji Bahagia (✔)  by suewisyakhaily
suewisyakhaily
  • WpView
    Reads 128,515
  • WpVote
    Votes 5,348
  • WpPart
    Parts 43
Najmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tegas dan nakal dengan mereka yang terapat. Pertemuan tidak dijangka. Malah penuh dengan gaduh sesama mereka. Namun,Faliq Arshad sering berada di sisinya. Janji yang pernah ditutur membawa pada satu ikatan yang halal. Setelah bersama,Najmina Jannah mengetahui satu persatu rahsia Faliq Arshad. Lelaki yang menyimpan banyak rahsia lama. Baru sahaja mahu mengenal rasa yang satu,seseorang kembali menagih kasih. Dugaan menimpa mereka. Dapatkah Faliq Arshad terus di sisi Najmina Jannah? "Aku janji akan lindungi kau sampai akhir nyawa aku"-Faliq Arshad "Thanks,my hero"- Najmina Jannah "Aku akan balas dendam dan kau akan jadi milik aku"-Ahmad Razif Ranking #1 in Hero 100% from my own brain and please do not copy.
Zinnirah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 4,542
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 6
Penulis: Zinnirah Penulis: Woori Hue www.p2u.my
Cinta Paling Agung by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,060
  • WpVote
    Votes 612
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Cinta Paling Agung Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-55-5 Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. “Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA “Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? “Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza. “Whatever…” balas Khairi selamba. Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...
Hati Perempuan by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 50,191
  • WpVote
    Votes 753
  • WpPart
    Parts 5
Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya. Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. “Kenapa ni?” - Tengku Zaril. “This is yours?” - Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril. “Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis. “I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril. Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. “Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril. “Takkan semudah itu.” - Yuhanis. Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? Tajuk: Hati Perempuan Penulis: Nur Ain al-Abbas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-19-8 Harga: RM27 (Semenanjung) // RM30 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
Jodoh Itu Milik Kita by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 9,400
  • WpVote
    Votes 228
  • WpPart
    Parts 1
"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kit a akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…" SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. "Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" – Dahlia "Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial "Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!" – Syafiq Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri? Judul : Jodoh Itu Milik Kita Penulis : Sara Aisha Penerbit : KaryaSeni Semenanjung : RM26 Sabah/Sarawak : RM29 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni
Shhh... I Love You by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 255,955
  • WpVote
    Votes 3,197
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Shhh... I Love You Penulis: Farisya Natasha Muka Surat : 528 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-24-2 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)
LELAKI KHAS UNTUK HANIS by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 67,891
  • WpVote
    Votes 1,421
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Lelaki Khas Untuk Hanis Penulis: Aimy Haniya Muka Surat : 832 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-034-2 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my/ ATAU APLIKASI KARYASENI DI APP STORE PLAY STORE Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih...