CtNorLiana
- Reads 5,888
- Votes 437
- Parts 1
ADAM LOUIS... Jejaka yang sudah berusia 32 tahun, tetapi masih single. Bukanlah kerana tidak laku. Namun, kisah cinta lama yang menyakitkan telah menutup hatinya daripada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana gadis.
"I... I nak kita putus."
"But why? Apa salah I dah buat sampai you nak mintak putus?"
"I minta maaf. Selama ni, I tak cintakan you. Hati I, tak ada nama you. Jadi, lebih baik kita putuskan hubungan ni. I tak nak terus berlakon."
"I minta maaf. You berhak dapat perempuan lebih baik daripada I."
Cinta bertepuk sebelah tangan. Hubungan selama setahun itu putus begitu saja.
Kerana satu insiden yang berlaku di bumi Malaysia, menemukan Adam dengan gadis itu semula.
"Raina Syuhada binti Razleigh. 25 years old."
"Ya. Tapi..."
"Kau tak kenal aku?"
"Tak. Saya tak kenal encik. Encik siapa? Macam mana encik tahu nama saya? Umur saya?"
Perubahan yang berlaku pada diri gadis itu mendatangkan pelbagai persoalan di minda Adam.
Gadis itu berpurdah.
Gadis itu tidak mengenalinya.
"Terima kasih banyak. Encik banyak bantu keluarga saya. Semoga Allah balas semua kebaikan yang encik buat. Saya tak mampu nak balas. Saya hanya mampu balas dengan doa je. Semoga encik dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih sangat-sangat."
"Aku akan tuntut balasan daripada kau."
"Balasan apa?"
"Bukan sekarang. Tapi aku akan tuntut."
Apakah balasan yang ingin dituntut oleh Adam terhadap gadis itu? Adakah cinta yang terputus di antara mereka akan bertaut kembali?
Tout ce que je fais, je le fais pour toi...
Sincerely,
Adam Louis
Hacker & silent killer of R.E.M