WanNurNajihah
- Reads 30,389
- Votes 1,519
- Parts 43
Cerita tujuh tahun lepas...
Julia & Raffi hampir disatukan. Tapi kerana Raffi, impian Julia hancur. Bertunang dengannya tapi berkahwin dengan gadis lain.Dendam tercipta, Raffi dibenci.
Cerita sekarang...
Raffi kembali menagih cinta dan kemaafan daripada Julia. Sesungguhnya apa yang terjadi bukan kehendak dia.
"Jue kalau awak ingat saya lupa awak, awak silap. Sekali pun saya tak pernah lupa awak. Inilah hikmah kenapa kita dipertemukan kembali. Saya tak mahu bertangguh lagi.Awak perlu tahu apa yang ada dalam hati saya. Ada janji saya dengan awak yang saya belum tunaikan."
"Janji dulu dah tak terpakai sekarang."
"Saya tahu awak nampak yang saya masih cintakan awak. Jue, sepanjang kita bersama kita bahagia.Sekali pun saya tak pernah sakitkan hati awak. Hanya sekali itu je silap saya."
"Yang sekali itulah yang paling saya tak boleh lupakan. Awak yang batalkan majlis kita dulu awak, ingat?"
"Itu bukan kehendak saya."
"Oh maknanya awak saja-saja nak batalkan majlis. Lepas tu kahwin dengan perempuan lain. Awak batalkan majlis kita. Tujuh tahun berlalu pun, orang masih mengata saya dan keluarga. Saya malu!"
"Kalau awak tahu apa yang saya rasa selama ni...saya menderita sangat Jue."