hopeintheshadows's Reading List
21 stories
KASTA - sebuah novel Noer Wahi by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 10,254
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 15
Intan Mastura mengasaskan Gersik, sebuah kumpulan memperjuangkan hak kaum minoriti. Apabila dia digertak dan diculik, dia diselamatkan oleh Khairil Adha, kekasih lamanya. Keadaan menjadi rumit setelah Intan mendapat tahu Khairil sebenarnya bekerja sebagai ejen rahsia untuk pihak musuh...
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,046
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
FOXFIRE - sebuah novel Farid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 16,042
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 14
Dua mamalia kacukan di Pantai Timur, kehilangan ibu mereka dalam sekelip mata. Impaknya, mereka diseret kedalam konflik terancang. Dibawa jauh dari tanah tumpah darah dan dibiar tersadai di benua terasing untuk menjejaki cahaya hebat, Foxfire, demi persetujuan dunia. Bermula dari situ, terbongkarnya rahsia yang menoktahkan kemegahan sebuah kerajaan yang bersembunyi.
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 30,310
  • WpVote
    Votes 995
  • WpPart
    Parts 14
Kayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa gadis itu dan siapakah sebenarnya pelaku di sebalik ketidakwarasan ini. Ini kisah misteri pembunuhan gemar berfalsampah serta merobek waras. Juga disulami kisah cinta terlarang sebagai perencah.
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 48,946
  • WpVote
    Votes 1,344
  • WpPart
    Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
(preview) PONTENG - sebuah novel Mim Jamil by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,590
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 1
Sekumpulan pelajar nakal di sebuah asrama berhasrat untuk ponteng sekolah untuk menonton konsert The National. Dengan liciknya Razaq, Azman, GM dan Haji berjaya mengumpulkan wang yang diperlukan untuk ke sana. Namun suatu petang ketika Haji masuk ke dalam bilik untuk memberitahu Razaq bahawa wang mereka telah dicuri, segalanya berubah dalam sekelip mata. Rancangan asal untuk ke konsert kemudian bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Mereka berempat langsung tidak menyangka perjalanan mereka akan turut membabitkan pihak lain - termasuk pengawas, guru, Pejabat Pendidikan dan polis - lalu turut membongkar rahsia-rahsia gelap sekolah itu yang sudah lama terpendam.
(preview) SUNYI - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,893
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 1
Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh. Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya.
(preview) NOTA: 3 - sebuah novel Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,058
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
"Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha." - Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,114
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
(preview) RAHSIA - sebuah novel Faizal Sulaiman by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,081
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 1
Arif berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia. Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalkan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan seri panggung bernama Dewi Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau. Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?