My reading list
72 stories
TUAN DANIAL by Raisyhah
Raisyhah
  • WpView
    Reads 6,229
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 7
Novel Tuan Danial karya novelis Azizah Ami adalah novel yang telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang disiarkan di slot Lestary TV3 iaitu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Pelakon Intan Najuwa dan Idris Khan menjadi teraju utama drama Tuan Danial ini, Intan Najuwa yang sebelum ini famous dengan drama Kekasih Paksa Rela itu akan membawakan watak Tengku Ismahanim. Idris Khan pula akan melakonkan watak sebagai Tuan Danial. Pelakon lain seperti Atikah Suhaime akan membawa watak sebagai Nell, Luqman Hafidz sebagai Rizal, Aman Graseka sebagai Tengku Khalil, Noniswara sebagai Puan Malia, Scha Elinnea sebagai Ai, Afifah Nasir sebagai Dee, Mathni Razak sebagai Azad dan ramai lagi. Novel Tuan Danial (Bab 1-Bab 7)saja.. Cinta yang cuba di atur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah 'sengalnya' menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu? "Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak." Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya. "mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?" "Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is. Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?" Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis.
Dia Janjikan Setia by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 29,597
  • WpVote
    Votes 999
  • WpPart
    Parts 35
‬ ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "‭Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬
dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup 
macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬
 MARINA KHADEEJA- Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang 
diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk 
berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih 
untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. 
 Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. 
Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar. 
"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬
keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah 
jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬ 
 "‭Tak sangka perempuan jahat masih wujud‬?" 
 Kehadiran lelaki itu tidak diundang. Puas ditengking Izzhan tetap muncul di hadapan mata. 
 "‭Macam mana saya nak pandang perempuan lain, kalau saya dah terpikat dengan ‬
awak‭."‬ 
UMAR IZZHAN- Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi 
dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. 
Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. 
"‭Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa ‬
yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak‭." *Sudah terbitkan menjadi novel *Jadi dilarang menciplak atau copy paste jalan cerita, tajuk, atau nama watak❤️🌷 * Wassap 0196174343 (penerbit) utk pembelian🌷
BILA HATI MEMILIH DIA by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 104,111
  • WpVote
    Votes 3,671
  • WpPart
    Parts 52
🌷Dan aku tewas dengan keikhlasan hatinya🌷 "Kau nak cerai, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau?" - Nazriel Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang. "Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail."- Nazriel Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain. "Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh."- Adra Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahanya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta. "Saya tak sempurna untuk awak." - Adra "Saya tetap nakkan awak."- Nazriel Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai. "Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa." Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama. *novel ni sudah diterbitkan bawah penerbitan KarnaDya pada Januari 2018.
Jadi Milik Dia by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 74,055
  • WpVote
    Votes 1,798
  • WpPart
    Parts 34
"Aku ini bodoh pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu...Aku dah serik percayakan perempuan."- Adrian Perkahwinan yang diimpikan hancur apabila tunangnya membatalkan majlis. Dendamnya pada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, ketika mahu mulakan hidup baru atuk merancang mahu menjodohkan dia dengan pilihan hati. "Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak."-Dian Tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, Dian melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dia dihukum atas kesilapan perempuan lain. Sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Hanya mahu membalas budi atuk Adrian yang baik, dia menerima lelaki itu sebagai suami. "Boleh tak jangan tuduh saya lagi? Sikit-sikit salah saya. Cuba buka mata awak luas-luas cari apa salah awak. Ni tak semuanya nak tuduh saya. Semuanya salah saya. Macamlah awak tu tak pernah buat salah."-Dian Dirinya bagai tidak wujud. Tindakan yang dibuat semua salah di mata Adrian. Hanya kesabaran menjadi benteng dia masih bertahan hidup. Ternyata kesabarannya berbalas. Adrian kembali tewas di tangan insan bergelar wanita. Kebahagian yang dirasa hanya sekejap apabila bekas tunang suaminya kembali muncul. "Kalau betul pun dia terhegeh-hegeh kat abang apa hak Dian nak hina dia. Ini masalah abang dengan dia."-Adrian Gelap dunia Dian. Suaminya masih mencintai Haiza. Cinta yang diberi hanya palsu. Dia tertipu. Ternyata dia hanya dijadikan tempat pelepasan dendam. Mampukah dia bertahan sedangkan rasa cinta yang dulu mekar mula melayu? *Novel ini sudah diterbitkan pada bulan Okt 2017 bawah Love Novel. Berminat untuk dapatkan boleh pm facebook Penerbitan Lovenovel ll atau whatsapp 0196788161. Terima kasih❤️
KERANA DIA MANUSIA BIASA by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 97,233
  • WpVote
    Votes 1,224
  • WpPart
    Parts 36
AKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil "Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia,Alia itu anak halal.Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu." - Nurin Aira Sakit,perit itulah yang dirasakan.Tapi itulah pengorbanannya untuk menyelamat seorang insan daripada bergelar anak derhaka.Nurin Aira pasrah. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Tengku Shamil tidak akan menerima wanita yang sudah menyebabkan dia kehilangan orang tersayang.Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya. Dendamnya makin membara,apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita.Itu tekadnya. "Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau.Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau."-Tengku Shamil Ikhlaskah Nurin Aira menerima lelaki yang banyak melukakan hatinya? Saat hati mula bahagia dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang.Rumah tangganya bergoncang. "Penipu.Kau tahu tak kau penipu.Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau.Ini yang kau balas kat aku.Aku punyalah sayang kau,tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?"-Tengku Shamil "Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang,macam tu?" -Nurin Aira *Cerita dalam versi belum edit. Andai ada typo atau kesilapan apa2 ampun maaf ya💋 *Jangan lupa vote ya⭐️
KAU? CEO AKU? by MayaRahman93
MayaRahman93
  • WpView
    Reads 677,855
  • WpVote
    Votes 9,587
  • WpPart
    Parts 18
Dari seorang majikan yang egois bertukar menjadi seorang suami? bertahankah Aisya dengan piliham keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? "CEO kita yg dah macam singa tu kau tak kenal?" -fatini "CEO kita tu SUAMI awak kan?! " - Amira "Awak, nak pergi honeymoon tak?" - Aisya "Kalau kau nak pergi, pergi lah sensorang. Kalau nak pergi dgn aku, honeymoon kita dkt lobby office"- Danial Firdaus
Bella & Love, Unlikely by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 640
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 10
BELLA - ACIK LANA Bella - si 'Ugly Betty' yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati memang wujud. Faid - si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa saja hartanya, tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, setiap kali itulah kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina? Amalina - Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tak pernah sebulu. Hubungan yang berantakan semakin memuncak saat Bella 'merampas' sesuatu daripadanya. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa! Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia? LOVE, UNLIKELY - LYNN SAFIYA Timah - Sempoi nama itu, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran 'kecomelan' tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi. Firas - Tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.
Tolong Jagakan Dia by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 34,288
  • WpVote
    Votes 1,520
  • WpPart
    Parts 29
Nyawa seseorang hampir melayang tatkala cuba membantunya. Nur Delisha menjadi semakin takut dan bimbang. Lelaki itu... bagaimana harus aku mencari dan membalas budinya? Zulfan Zayyan... kehadirannya pada malam itu telah menyelamatkan hidup seorang gadis walaupun nyawanya menjadi taruhan. Dia akan mencari dan cuba membantu gadis itu lagi. Khalish Adam... dia akan melindungi gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebaik mungkin. Dan buat sang pemilik hati, cinta kita pasti akan menemui kebahagiaan. Kesilapan yang lalu membuatkan Almira Zahra benar-benar menyesal. Sudah terlambat untuk menebus segala-galanya. Muncul seseorang, menyebabkan hatinya terdetik dengan rasa itu lagi. Kisah silam menyebabkan Black menjadi begitu kejam dan dia akan pastikan bahawa dia akan musnahkan sesiapa sahaja agar matlamatnya tercapai. "Delisha, awak yang buat saya jadi macam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya." - Zulfan Zayyan. "Budi awak memang tak terbalas. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh." - Nur Delisha. "Dan saya akan sentiasa lindungi orang yang saya sayang dan cinta... orang tu, awak... sebab saya dah sedar yang sebenarnya saya cintakan awak." - Khalish Adam. "Hanya orang yang betul-betul ambik berat pasal awak boleh rasa ada yang tak kena dengan awak, bila awak diam..." - Almira Zahra. **Sudah Diterbitkan**
Piano by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 3,460
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 7
Tanpa Fatih sedar, dia telah 'membangunkan' roh-roh yang tidak aman tatkala dia menyentuh piano di dalam banglo itu. Maka, dialah yang dinanti-nantikan untuk menyudahkan melodi yang tergantung selama ini. Habiskan melodi terindah... Fatih sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh dan perkara-perkara pelik sepanjang dia berada di situ. Bersama Luthfi, dia cuba untuk membongkar rahsia banglo itu. Hinggalah pada satu hari Pak Cik Leman menceritakan sejarah banglo itu. Rahsia itu menyebabkan Fatih dan Luthfi segera meninggalkan Cameron Highlands namun, mereka masih diganggu lalu kata sepakat dicapai. Mereka harus kembali ke banglo itu semula. Melodi yang tergantung selama ini telah pun disempurnakan. Namun, ada perkara yang masih belum sempurna... **sudah dicetak. Cetakan pertama September 2015**
Alamak, Tersuka La Pulak! by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 7,939
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 9
Khadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pada Suraya. "Yup... aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Sekarang ni, aku ada misi!" - Khadeeja Safiya. Perwatakan Khadeeja yang unik menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham walaupun kadang-kadang Khadeeja agak agresif. "Saya yang patut terkejut. Kenapa asyik muka awak saja yang muncul depan mata saya? Apa awak nak, hah? Awak ni memang tak ada kerja ke apa asyik ikut saya dua puluh empat jam?" - Izham Iskandar. Apabila rancangan Khadeeja berjaya dan abangnya sudah menemui bahagia, Izham dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah bersarang di dalam hati. 'Kehilangan' menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya terhadap Izham dan menyesal dengan tindakannya itu. Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah terikat dengan seseorang. Namun, buat kali terakhir Khadeeja mahu berusaha dan tahu sesuatu. Apakah masih ada rasa cinta di hati Izham? **Sudah Terbit - Tahun 2016**