My Beloved Babies
3 stories
Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock by Sella_Arsyilla85
Sella_Arsyilla85
  • WpView
    Reads 256,539
  • WpVote
    Votes 4,926
  • WpPart
    Parts 52
(Highest Rank: #4) Nuzul Harissya, seorang gadis yang dipinggirkan keluarga tanpa sebab yang pasti. Sementara itu, kembarnya mendapat layanan istimewa. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah rahsia yang menghilangkan hak Nuzul Harissya dalam keluarganya sendiri? Kehadiran Izwan Fadli, lelaki ego yang selalu menyusahkan hidup Nuzul Harissya semakin mengubah hidupnya. Tegakah Nuzul Harissya mencintai Izwan Fadli, lelaki pujaan kembarnya sendiri? Nuzul Harissya tersepit antara kebenaran dan tekanan. Apa yang perlu dilakukan oleh Nuzul Harissya? Adakah dia perlu menjadi pelarian sebuah cinta yang tiada penghujung? Dia berazam untuk membina hidup baru jauh daripada semua orang yang pernah membenci dirinya dulu. Sangkanya dia sudah mampu hidup bebas daripada sejarah silam. Namun, takdir tuhan bagaikan bermain dengan hidupnya. Pertemuan kedua dengan Izwan Fadli membuatkan hidupnya kembali dihantui kenangan silam. Kenapakah Izwan Fadli bertindak sebegitu rupa? Tidak berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya selama ini? Kenapa Izwan Fadli masih memburu cinta hatinya yang sudah lama terkubur itu? Adakah lelaki itu ingin menduakan dirinya dengan kembarnya atau Qistina? Apakah status sebenar Izwan Fadli? Masih solo, suami orang atau sudah bergelar abang duda? Nuzul Harissya semakin keliru dengan permainan cinta Izwan Fadli. Perlukah dia merebut kembali peluang kedua untuk mencintai Izwan Fadli? Hatinya semakin keliru. Lamaran teman baiknya, Firdaus bagaikan membuka peluang untuknya melarikan diri daripada cengkaman lelaki ego itu. Namun, sekali lagi takdir umpama mempermainkan dirinya. Dia terperangkap di dalam jerat asmara Izwan Fadli. Sucikah cinta yang dihulurkan oleh Izwan Fadli, atau sudah terpalit dengan dendam dan benci? Mampukah Nuzul Harissya menggapai bahagia di dalam sengketa yang tercipta? Atau peluang kedua itu adalah ilusi yang bakal meracuni seluruh hidupnya?
Cincin Untuk Seroja (READY STOCK) by Sella_Arsyilla85
Sella_Arsyilla85
  • WpView
    Reads 24,524
  • WpVote
    Votes 1,520
  • WpPart
    Parts 42
Sinopsis "Blurb" Cincin Untuk Seroja Wildan, CEO JK Holdings diberi kata dua. Berkahwin atau pun harta pusakanya diwariskan ke badan amal. Terdesak. Dia ingin menyunting Seroja, gadis penjual nasi lemak yang viral di media sosial itu. Sangkanya, sambil menyelam minum air. Tapi Seroja itu bukanlah gadis biasa yang begitu mudah untuk ditawan. Tawaran lumayan terpaksa diberikan kepada Seroja. Kahwin kontrak dengannya untuk menyelamatkan Saleem, abah Seroja yang diserang sakit jantung itu? Sounds like a good deal right? Seroja serik untuk bercinta lagi. Dia sudah tidak percayakan mana-mana lelaki. Kepercayaannya terhadap lelaki terhapus sejak dia ditinggalkan Imran pada hari perkahwinannya dulu. Kini, jika ada jejaka ingin memikatnya, dia lebih senang menolak daripada mempertaruhkan sekeping hatinya. Di saat Razak dan Solihin tergila-gilakan Seroja, muncul Wildan yang membuat tawaran istimewa. Dia tersepit. Berkorban demi nyawa abah? Imran masih belum dapat melupakan Seroja. Dia masih mencintai gadis itu sampai ke hari ini. Penyesalannya itu terus menghimpit jiwanya. Dia nekad menceraikan Ariana dengan talak tiga untuk kembali meraih kasih Seroja. Namun, berjayakah Imran mencantum kembali hubungan cintanya dengan Seroja? Ariana kecewa. Terpaksa berpisah dengan Imran kerana Seroja. Dendamnya terhadap gadis itu menyebabkan dia sanggup melakukan apa saja. Asalkan Seroja tidak boleh hidup bahagia, di samping Imran atau pun Wildan. Langkah mayatnya dulu! Kisah hidup Seroja berselirat. Cincin berlian Wildan atau pun cincin kasih Imran yang menjadi pilihannya? Berjayakah Wildan dan Imran meraih kasih Seroja sedangkan si gadis tidak dapat mempercayai mana-mana lelaki?
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK) by Sella_Arsyilla85
Sella_Arsyilla85
  • WpView
    Reads 117,495
  • WpVote
    Votes 2,695
  • WpPart
    Parts 49
Genre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang untuk menyimpul kasih antara anak gadis kesayangan dengan pemuda terbaik pilihannya. Namun ada musuh yang berdendam. Menghalang penyatuan Zara dan Zarul bersama. Tersimpulkah kasih antara mereka? Adakah cinta akan menghiasi perjalanan hidup mereka? Berjayakah rancangan Tan Sri Hakim untuk mengukuhkan empayarnya? Perlukah jiwa Zara menjadi korban? Cairkah hati dingin Zarul atau ini semua adalah pertaruhan untuk meraih keuntungan? "Zara, you cannot do this to me! I can't compete with a ghost inside your heart! You need to let me in. See me... as who I am." Zarul benci dijadikan sandaran hati Zara mengenang cinta matinya. Zarul perlu kan peluang. "Aduh! Dingin sungguh hati batu Mr Stone Cold! Macam-macam Zara dah buat, tapi kenapa dia masih marahkan Zara?" Zara sakit hati dilayan acuh tak acuh oleh oleh Mr Stone Cold, menantu pilihan Papa. 💖💖💖💖💖💖💖💖 2nd Novella written by Sella_Arsyilla85. This novella has a different flavour compared to my first written novella as it involves some action scenes, kidnapping, revenge. But don't forget the main genre is still romance. Hope you all enjoy reading my second novellas and I really appreciates if my beloved readers generously poke a 🌟🌟🌟 button for me and share your thoughts and comments too. Last but not the very least Love 💖 you all from the very bottom of my sincere heart ❣.