just_loner's Reading List
4 stories
Dirgahayu by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 2,973
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 18
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
Vampira by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 5,346
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 5
Najirah Nasir (watak utama MENGGUNUNG), darah vampira masih mengalir dalam keturunannya. Mengalir dari keturunannya yang pernah gigih melawan penaklukan Portugis 500 tahun yang lalu ke atas Melaka. Dalam penaklukan itu, Portugis membawa tentera vampira yang menggigit nenek moyang Najirah. Pada masa lalu, nenek moyang Najirah pernah bertukar menjadi vampira sebelum dibunuh oleh penduduk Melaka ketika itu.500 tahun kemudian, Najirah adalah salah satu daripada keturunan itu. Untuk sumpahan vampira ini aktif, seorang yang mempunyai darah vampira dalam badannya tidak boleh mati dalam keadaan yang melibatkan kemalangan, pembunuhan etc. Hanya kematian secara semula jadi sahaja yang membolehkan mereka tidak bangkit selepas kematian sebagai makhluk penghaus darah manusia. Malangnya untuk Najirah, dia telah mati dalam kemalangan yang melibatkan keretanya terlanggar pembahagi jalan. 24 jam selepas kemalangan itu, dia sedar di bilik mayat dalam keadaan tercungap-cungap, bingung bagaimana dia boleh berada di tempat yang seseram itu. Dia kemudian menyedari bahawa dia telah jadi seekor vampira dan komuniti vampira di Malaysia sememangnya wujud. Dia mula mengenali komuniti ini dan belajar untuk hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, Jamalee Bashah, pemburu hantu legenda yang baru sahaja mengalahkan Sang Penguasa telah mendapat tugas baru dari kerajaan. Mereka mahu menghapuskan segala makhluk dari alam kegelapan, dan ia akan bermula dengan vampira. Jamalee Bashah telah menugaskan Badruz Zaman dan Citra Adra untuk menjadi pemburu komuniti Vampira di Kuala Lumpur. Tanpa mereka ketahui, komuniti Vampira di Kuala Lumpur ini ialah antara yang terakhir mampu bertahan. Vampira ialah spesis yang semakin pupus, terutama di Malaysia. Bahkan, Najirah sendiri sudahpun mencipta ikatan dan menganggap mereka ini sebagai keluarganya.
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,339
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Cure by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 11,230
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.