mr grey
2 stories
Aurora's Guardian by aersyifa
aersyifa
  • WpView
    Reads 749
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 6
Aurora Ruby Elaine, sebuah nama yang cukup terkenal dalam dunia fesyen. Seorang model yang cantik dan bergaya sehingga membuatkan ramai orang terpaku akan dirinya. Di mana sahaja gadis itu berada, cahaya kamera tidak pernah berhenti menyala di setiap tubuhnya, menangkap setiap sisi wajahnya kerana mereka tahu itu dapat menjadi hasil gambar yang sangat disukai oleh penggemarnya. Namun, semakin terkenal Aurora dimata dunia, semakin ramai penggemar dia yang mula bertindak melebihi batas. Perkara ini telah mendatangkan rasa risau dalam diri Miss Qaleeda, pemilik Oleanders Entertainment akan keselamatan model di bawah naungannya itu. Oleh itu, Miss Qaleeda mencadangkan Aurora untuk mempunyai bodyguard yang boleh memastikan dan menjaga keselamatannya di mana sahaja gadis itu berada. Dan muncul lah lelaki itu. Dia, Idrez Andika. Pendiam. Tenang. Dan terlalu sukar dibaca. Tidak seperti lelaki lain, Idrez langsung tidak cuba mengambil perhatian Aurora. Dan itulah perkara yang perlahan-lahan membuatkan Aurora semakin tertarik untuk mengetahui tentang latar belakang lelaki itu. Pada Aurora, dia masih belum tahu semua tentang Idrez, lelaki itu bagai sedang menyembunyikan sesuatu mengenai hidupnya. ______________ Started date : 11 June 2026 Ended date : -
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 540,532
  • WpVote
    Votes 6,576
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.