faqhiraaaa
UNDANG-UNDANG CINTA!!
SINOPSIS
Undang-undang cinta:
1. Perjanjian hanya bertahan selama 1 tahun.
2. Tak boleh curang (kena setia pada Aiman Mateen yang hensem ni)
3. Hantar sebiji cheese cake setiap hari beserta senyuman.
4. Jangan bongkarkan perkara ni kepada sesiapa
5. ROMANTIK (perkara asas dan paling utama)
What?!! Nak bercinta pon kena ada undang-undang? Tahulah diri tu lawyer. Geram Nairyn Aqirah setelah membaca undang-undang yang dicipta oleh Aiman Mateen a.k.a boyfriend olok-olok. Huh! Jika diteliti semula nombor 1,2 & 4 agak mudah untuk dilaksanakan. Nombor 3 tu mmm...bolehlah. Buat kek memang kepakaran Nairyn. Tapi, yang nombor 5 tu urggghh!! Payah! Nak romantik?? LOL!! Namun apakan daya, hanya Aiman Mateen sahaja yang dapat membantu dia merasai CINTA!!!
"Boleh tak kalau kita teruskan hubungan ni sampai bila-bila?" - Aiman Mateen
" Saya tak boleh cintakan awak. Saya tak nak tipu diri sendiri dan mainkan perasaan awak!! - Nairyn Aqirah
"Jangan bodohkan diri you sendiri Aiman. Kalau you sekadar nak tolong dia kenal cinta, baik tak payah! Buang masa je! Merapu!!"- Zaris Nabilah
"Kalau Aiman tak dapat nak bahagiakan awak, jangan risau. Saya ada"- Syed Irfan
Mampukah mereka meneruskan hubungan ini atau sebaliknya? Akan adakah sinar bahagia buat Aiman dan Nairyn?