FALL IN LOVE
3 stories
Love In Silent ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 1,643,445
  • WpVote
    Votes 60,627
  • WpPart
    Parts 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha
Love Happen In That Way. by puccaontas
puccaontas
  • WpView
    Reads 182,930
  • WpVote
    Votes 389
  • WpPart
    Parts 13
Ainul Raina dan Fahim Idlan?Mahu ribut bergegar bergoncang dunia andai ada yang tahu rahsia mereka berdua telah disatukan terbongkar... Datin Hajah Kamilah, pengetuanya, ibu Fahim, datang meminang dia. Ainul keliru... Walau usianya sudah 19 tahun, tapi Ainul masih mahu mengejar cita-citanya. Menjadi pelajar cemerlang itu satu anugerah. Tapi menjadi pelajar harapan itu satu beban saat semua mengharapkan kejayaannya. Hanya satu difikirkan Ainul. Fahim tak ubah seperti sawang sawang labah labah. Kenapa? Tampak usang kalau tak dibersihkan. Tapi bila bergelar isteri dan pelajar sekaligus. Ainul belajar apa rasa tanggungjawab, berdikari, sayang, rindu, lelah, perit dan jerih. Paling bagus, Ainul dan Fahim belajar matang. Bila dekat dengan Fahim, Ainul nampak apa yang ada dalam diri Fahim yang selama ini disembunyikan lelaki itu. Ainul nampak kebaikan lelaki pendiam itu. Ainul selongkar kebolehan lelaki tampan itu. Ainul miliki lelaki idola pelajar perempuan di sekolah mereka itu. Satu yang Ainul tak tahu, bukan dia yang sedang jaga Fahim. Tapi Fahim yang sedang menjaganya... Please continue read...?
Aku Tetap Nak Kau! by ayusalehah
ayusalehah
  • WpView
    Reads 257,694
  • WpVote
    Votes 16,052
  • WpPart
    Parts 58
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel "Aku takkan suka kau! Aku benci kau! Semua lelaki sama je!" - Aqilah Sejak kejadian yang tidak diingini itu, Zariel tidak henti-henti mengganggu Aqilah. Dia rela melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis itu. Disebabkan oleh masalah yang dialami Aqilah, dia terus menghilangkan diri tetapi takdir berkata lain apabila Zariel dipertemukan kembali dengan Aqilah. "Aku kahwin dengan kau bukan sebab aku suka kau pun tapi kau yang nak kat aku." - Zariel "Kalau aku ada pilihan lain, aku taknaklah kahwin dengan kau!" - Aqilah "Kau bukan isteri aku tapi kau orang suruhan aku mulai saat ni!" - Zariel Apa dah jadi ni? Bukan Zariel cintakan Aqilah ke? Kenapa lepas mereka bertemu kembali, Zariel seolah-olah jadi insan lain? Betul ke perasaan cinta Zariel terhadap Aqilah sudah terpadam? Nak tahu? Jom baca cerita ini! | Best Teen Fiction of Emirates Award 2018 | | 1st in Teen Fiction by Metacool Award 2018 | | Best Teen Fiction of Escritor Award 2018 | | The King of Teen Fiction by Probook Award 2020 |