Kinapine's Reading List
5 stories
Ego Langit Ketujuh by KakiNovel2017
KakiNovel2017
  • WpView
    Reads 3,747
  • WpVote
    Votes 91
  • WpPart
    Parts 6
Baru hari pertama kuliah, Qiesya sudah terjatuh hati dengan pensyarahnya sendiri.. Sir Hazran. Namun, cintanya terpendam begitu sahaja bila lelaki itu terpaksa meletakkan jawatan untuk membantu bapanya menguruskan syarikat. Setelah tamat pengajian, takdir menemukan mereka kembali bila Qiesya diterima bekerja di syarikat keluarga Hazran. pada asalnya memang dia berniat mahu memenangi hati lelaki itu kembali, namun kehadirannya Agak terlewat bila lelaki itu bakal mengikat tali pertunangan dengan Miss Alia yang juga bekas pensyarah Qiesya semasa di Universiti dulu. Sejak itu, dia cuba melupakan Hazran. Tanpa diduga, kehadiran Qiesya di syarikat itu sedikit sebanyak berjaya menggugat hati lelaki Hazran. Dia sendiri tidak sedar bila dia mula tertarik dengan Qiesya. Kerana ikutkan perasaan dulu, dia mengikat tali pertunangan dengan Miss Alia. Namun kerana ikutkan hati pula, dia nekad untuk memutuskan pertunangan mereka. Dan tindakannya itu mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak termasuk Qiesya. Setelah menerangkan duduk perkara sebenar, masing-masing boleh menerima alasannya dengan hati terbuka, kecuali Qiesya. Walaupun pelbagai perkara dilakukan untuk meraih perhatian Qiesya, wanita itu tetap menolaknya. Dek rasa bersalah terhadap Miss Alia dan keluarga Hazran, Qiesya terpaksa meninggikan egonya. Walaupun mulut kata 'tak cinta', tapi hati sentiasa degil mahu mengatakan 'ya'. ------------------------------------------------------ Sampai Bilakah Qiesya dapat mempertahankan egonya untuk menolak Hazran? Mampukah dia mengecapi bahagia dengan lelaki yang diidamkan sejak sekian lama itu?
Piano by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 3,460
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 7
Tanpa Fatih sedar, dia telah 'membangunkan' roh-roh yang tidak aman tatkala dia menyentuh piano di dalam banglo itu. Maka, dialah yang dinanti-nantikan untuk menyudahkan melodi yang tergantung selama ini. Habiskan melodi terindah... Fatih sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh dan perkara-perkara pelik sepanjang dia berada di situ. Bersama Luthfi, dia cuba untuk membongkar rahsia banglo itu. Hinggalah pada satu hari Pak Cik Leman menceritakan sejarah banglo itu. Rahsia itu menyebabkan Fatih dan Luthfi segera meninggalkan Cameron Highlands namun, mereka masih diganggu lalu kata sepakat dicapai. Mereka harus kembali ke banglo itu semula. Melodi yang tergantung selama ini telah pun disempurnakan. Namun, ada perkara yang masih belum sempurna... **sudah dicetak. Cetakan pertama September 2015**
RINDU YANG TERLARANG ... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 26,804
  • WpVote
    Votes 664
  • WpPart
    Parts 11
Cinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . "Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura . Jangankan hendak berbesan , selisih jalanpun mereka tidak sudi . Masing -masing istiharkan permusuhan tujuh keturunan . "Kita tetap akan nikah Ain!" Putus Faith , masih yakin . "Tapi...macam mana ?" Ainnura buntu. Perkahwinan tanpa restu , bukan pilihan terbaik . Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia , tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam -diam . Yeah ... nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma . Bila rahsia terbongkar , Faith diberi kata dua , cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar ...perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji , namun harapan hanya tinggal harapan . Beberapa tahun berlalu , walaupun sangat berjaya dalam kerjaya , perasaan Faith tetap kosong dan beku . Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya ... "Orang rindu Ain sangat...."- Faith "Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura Bersatu semula , sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan , bukanlah satu rancangan yang bijak untuk cari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah , Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk raih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka ? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith ? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing -masing?
Promise by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 59,270
  • WpVote
    Votes 2,996
  • WpPart
    Parts 36
Ketika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah mereka memang saling tak tumpah tapi... perangai bagaikan langit dan bumi. Sorang indah, sorang lagi bikin menyampah! Wafiy Sadiq, si abang. Pemilik senyuman yang menjadi memori. Lemah lembut bicara dan sering membahagiakan Hanina... dengan kata-kata dan tindakannya. "Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okey? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih bahagia." - Wafiy Sadiq. Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina. "Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan? Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke... kau nak aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?" - Siddiq Wildan. Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu! Ada janji tercipta. Janji yang dikota, bahagia... dan janji yang tidak ditunaikan, sengsara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua. **Sudah dicetak. JUN 2017**
News & Updates by Wattpad
Wattpad
  • WpView
    Reads 57,630,478
  • WpVote
    Votes 417,228
  • WpPart
    Parts 93
Stay connected to all things Wattpad by adding this story to your library. We will be posting announcements, updates, and much more!