ynanalin's Reading List
2 stories
Imanku Lelaki Pendosa by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 13,555
  • WpVote
    Votes 240
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Imanku Lelaki Pendosa Penulis: Umie Nadzimah www.karyaseni.my --- BLURB Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. "You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?" - ANGGUN "Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu." - DEAN ILYAS Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari 'Best Friend Forever'nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean? "Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas." - DEAN ILYAS Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Aku Dan Kau by atqhnr
atqhnr
  • WpView
    Reads 124,854
  • WpVote
    Votes 6,608
  • WpPart
    Parts 32
[C O M P L E T E D] Ini kisah kita berdua. Yang pengakhirannya takkan bahagia dan bersama. Walaupun pada awalnya kita sering tersenyum. Seorang Haffaz Adam, seseorang yang hadir untuk dia . Seorang Aleesa Irish, penghidap leukimia tahap 2. Mereka punya nasib yang berbeza. Ini kisah mereka. " Kau kena bertahan. Hidup ni takkan bahagia tanpa ujian " - Haffaz Adam " Tapi saya tak larat. Penat dengan semua ni. Macam mana awak boleh bertahan? " - Aleesa Irish. Tapi semuanya berubah. Perancangan kita takkan sama dengan perancangan Allah. Kerna Dia sebaik-baik perancang. Start : Nov 2017 End : Dec 2017