RinnIsaac
- Reads 93,911
- Votes 3,152
- Parts 29
Blurb📝
Inara Ayuni merupakan seorang gadis yang terbuka dan berani. Dia cantik, seksi dan nakal.
Namun, sikap itulah yang bakal menghancurkan kebahagiaannya di usia muda.
Walaupun punya ramai peminat, di hatinya cuma ada nama Hariz yang terpahat. Dari dulu, kini dan selamanya.
Demi cinta yang membara, dia nekad mendapatkan Hariz walau dengan apa cara sekali pun sebelum Hariz jatuh ke tangan wanita lain.
Kali ini percaturannya silap. Kerana sikapnya sendiri, hidupnya huru-hara. Insan yang disayang pergi meninggalkannya tanpa khabar. Bukan sekejap, tetapi ratusan purnama lamanya.
Dia setia, setia sampai mati. Itu janjinya dulu. Setelah dibiarkan tergantung tanpa tali begitu lama, masih teguhkah janjinya untuk setia?