lilielanie's Reading List
53 stories
Ummu & Widad by fiorrysa
fiorrysa
  • WpView
    Reads 69,041
  • WpVote
    Votes 6,437
  • WpPart
    Parts 44
"Dia tak pernah pinta cinta, tapi dia jatuh pada wanita yang sanggup susah bersamanya..." ━━━━༻❁༺━━━━ Bermula dari satu khilaf, dua jiwa muda disatukan bukan kerana cinta, tapi demi menutup aib yang tak diundang... Widad Al-Yusuf dan Ummu Az-Zahra dipaksa melangkah ke alam rumahtangga di usia yang belum matang, dihimpit rasa bersalah dan maruah yang tercalar. Widad, meskipun dikhianati oleh sahabat sendiri, memilih untuk bertanggungjawab. Bukan kerana rela, tapi kerana prinsip. Ummu pula, tersepit antara kehormatan diri dan kehendak keluarga. Dalam diam, dia cuba memahami lelaki yang menjadi suaminya, lelaki yang kasar di luar tapi luka di dalam. Mampukah perkahwinan yang dibina atas dasar keterpaksaan bertahan saat cinta mula berputik di antara luka-luka yang belum sembuh? Ikuti kisah mereka dalam melayari sebuah perkahwinan muda yang bukan sekadar tentang suka dan duka tetapi perjuangan untuk saling menerima dan menyembuhkan.
Amaran Cinta Elyas (SU) by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 17,800
  • WpVote
    Votes 3,198
  • WpPart
    Parts 36
2025. Spin Off (2) Si Bisu Pujaan Hati Menjadi anak kedua kepada pasangan murai-bisu itu menjadikan Elyas Tharwan seorang yang sentiasa percaya diri. Namun tiada sekelumit pun dalam dirinya perasaan meninggi diri dengan apa yang dia ada. Dia kacak. Dia ketua pelajar. Dia pandai. Dia model. Semuanya dia. Tetapi, pertemuan pertama dengan gadis bermata boba di gelanggang takraw mengubah hidupnya. Akibat tidak sengaja, mata itu menjadi igauan Elyas setiap hari. Mata bulat yang bersinar itu... Aish comel! "Kau tak dengar ke aku cakap tadi?" - Elyas Tharwan "Maaf, saya pekak." - Dewi Qarmila Oh dang! Here we go again...menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa terindah di dunia. "Kau sayang tak diri kau, Dewi?" - Elyas Tharwan "Sayang..." - Dewi Qarmila "Samalah. Aku pun sayang kau juga." - Elyas Tharwan Lagi Dewi menjauh, lagi Elyas kejar sehingga gadis itu buntu. Apa yang lelaki itu mahu darinya? Amaran cinta dari Elyas itu menghantui diri Dewi setiap malam... Apa yang dia perlu buat untuk hentikan tindakan lelaki gila itu? 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romantikkomedi - 26/7/25 #1 in humor - 17/9/25 Start: 12/3/25 End:
My Role Model [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 1,373,314
  • WpVote
    Votes 18,007
  • WpPart
    Parts 20
Pertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh Nur Ayana "Aku pandang kau? Huh, tinggi juga level syok sendiri kau ni. Kau tu siapa untuk aku pandang? You're not my cup of tea." - Nick Ervan Namun, permintaan daripada pemilik butik terkenal untuk menyatukan mereka dalam satu projek keluaran produk fesyen terbaru membuatkan mereka tidak mampu menolak dan telah diminta untuk mendapatkan chemistry bagi menjayakan projek tersebut. "Kita tak perlu susah-susah nak dapatkan chemistry. Buat jer macam biasa, tapi... awak perlu pastikan awak dapat beri the best shot semasa shoot nanti. Saya tak suka nak re-shoot banyak kali." - Qaseh Nur Ayana Tengok muka masing-masing pun dah naik menyampah, inikan pula diminta untuk mendapatkan chemistry. Belum sempat chemistry itu datang, mereka sudah bertengkar bagai anjing dan kucing. "Kau tu yang patut remind diri kau. Kalau nak jadi partner aku, kau kena study cara high fashion poses. Aku tak nak nanti gambar nampak buruk bila kau berdiri sebelah aku. Buang masa aku aje kena re-shoot sebab kau." - Nick Ervan Apakah kesudahan hasil penggambaran tersebut? Adakah berjaya model muslimah tempatan featuring model lelaki antarabangsa disatukan dalam satu penggambaran tanpa rela? Atau, penggambaran tersebut gagal di tengah jalan?
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 664,946
  • WpVote
    Votes 29,989
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
THE LOVE SETS by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 793,865
  • WpVote
    Votes 36,142
  • WpPart
    Parts 63
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della. highest ranking : #1 in atlet #1 in sukan #1 in usaha #1 in volleyball #1 in effort #1 in rich
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,175,971
  • WpVote
    Votes 88,019
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Forgotten Moment (NEW) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 18,939
  • WpVote
    Votes 1,725
  • WpPart
    Parts 17
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
PLAYBOY PALING SWEET [C] by theycallmeAzaleaRose
theycallmeAzaleaRose
  • WpView
    Reads 685,082
  • WpVote
    Votes 23,559
  • WpPart
    Parts 43
Characteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Eshan Mikhael. Bak kata Maryam Almassyifa, dasar buaya darat tembaga tua! Semua perempuan ingin disapunya. Dijodohkan oleh keluarga, membuatkan mereka berdua tidak henti-henti bertikam lidah. Lagi-lagi si gadis itu ialah Maryam Almassyifa, jangan haraplah dia mahu menyerah kalah. "Apa main pegang-pegang tangan orang ni? Saya tak suka buaya darat tembaga macam awak sentuh-sentuh saya. Sila berdiri lima meter jauh dari saya. Kalau nak jauh lagi, satu kilometer." Kena pula dengan calon ayahnya, si Eshan Mikhael, typical international playboy. Pervert! "Kau hak aku dan kau milik aku. Jadi apa masalahnya? Aku nak peluk kau ke, cium kau ke, suka hati akulah. Lebih daripada tu aku boleh buat sebab kau isteri aku yang sah." Perkahwinan tanpa cinta, bertahankah?
[Terbit & Revamp] Misi Memikat Anak Raja / Terlanjur Milikmu by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 1,181,699
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Terlanjur Milikmu (versi revamp) Harga: RM34/RM37 Muka surat: 520 Penerbit: Dear Novels ISBN: 978-967-2902-72-0 Untuk pembelian, klik link dekat bio. Agency Series (1) ARIN SOFEA merupakan seorang Senior Project Engineer yang berjaya, dia memiliki kerjaya yang stabil, pendapatan yang cukup lumayan, rupa paras yang boleh membuatkan seseorang tertoleh beberapa kali kepadanya dan juga keluarga yang bahagia. Sewaktu bekas kekasih kembali menagih cinta, dia kembali teringatkan kejadian lampau. Disebabkan dendamnya itu, dia mengambil risiko dan melancarkan misi untuk memikat hati seorang jejaka iaitu, TENGKU ADAM HARRIZ. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan tanpa disedari, ada sesuatu yang bakal terjadi dan mengubah statusnya. "Honestly, as someone who will become you wife, I'm lacking in many aspects." - Arin Sofea "I don't need a perfect wife, I just need someone that can make me complete my life perfectly." - Tengku Adam Harriz "I tak reti masak." - Arin Sofea "Ada helper." - Tengku Adam Harriz "I tak ada apa-apa bakat." - Arin Sofea "Bernafas dah di kira sebagai satu bakat." - Tengku Adam Harriz "I ada boyfriend" - Arin Sofea "You dah nak jadi isteri I dalam masa berapa minit lagi, Arin." - Tengku Adam Harriz "I tidur berdengkur!" - Arin Sofea "If that's the case, then we are a perfect match." -Tengku Adam Harriz 708 pages | 116 chapters | 124039 words Highest rankings: #1 in romance (16 July 2022) #1 in diraja #1 in strongfemalelead #1 in fiksyen