deeruslan's Reading List
2 stories
DEVIL'S DESIRE  by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 264,459
  • WpVote
    Votes 6,685
  • WpPart
    Parts 84
Dia adalah dosa yang berjalan dan dia adalah cahaya yang tidak sepatutnya disentuh. Xavier Zayden. Seorang lelaki yang memiliki segala-galanya kuasa, kekayaan dan pengaruh. Namun di sebalik senyumannya yang tenang, tersembunyi seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Dan kali ini dia mahukan Eirene Emmeline. Seorang gadis yang langsung tidak sesuai dengan dunianya. Terlalu lembut, terlalu baik dan terlalu suci untuk disentuh oleh seorang lelaki seperti Xavier tetapi semakin Eirene cuba menjauh, semakin kuat obsesi itu tumbuh. "You should stay away from me." - Eirene Emmeline "And why would I do that?" - Xavier Zayden "Because loving me will destroy you." - Eirene Emmeline Namun perkara yang Xavier tidak pernah jangka ialah untuk pertama kalinya dalam hidup, dia sendiri yang musnah terlebih dahulu. Kerana sesetengah cinta bukan dicipta untuk menyembuhkan. Sesetengah cinta dicipta untuk menguji sejauh mana seseorang sanggup pergi demi orang yang mereka sayang. "If I have to choose between the world and you, I'll choose you. Every single time." • Obsession. Possession. Loyalty. Sacrifice. And a love that refuses to let go.
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 192,873
  • WpVote
    Votes 8,654
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.