Scr4mble8's Reading List
12 stories
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 364,946
  • WpVote
    Votes 13,915
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
SENDIRI [ BY F] [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 42,445
  • WpVote
    Votes 2,504
  • WpPart
    Parts 28
Han hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh luka. Dibelenggu masalah keluarga, dia membina tembok tinggi agar tiada siapa mampu menyentuh hati dan jiwanya. Baginya, percaya pada manusia, apatah lagi pada cinta, hanyalah satu kebodohan. Namun segalanya berubah apabila hadir Fatihah, seorang psikiatri yang ditugaskan untuk merungkai sisi gelap hidup Han. Dalam usahanya menyelami trauma lelaki itu, Fatihah tidak pernah menyangka bahawa masa silam Han jauh lebih perit daripada yang dia bayangkan. antara rahsia, luka lama dan derita tercipta, mampukah kegelapan ditembusi cahaya....atau cahaya dimamah gelapnya dunia
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,575,394
  • WpVote
    Votes 82,847
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Kal Marjan by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 19,237
  • WpVote
    Votes 2,376
  • WpPart
    Parts 22
Update setiap Isnin dan Khamis, malam. Kal Marjan. Seperti Marjan. (Sinopsis sedang dalam proses)
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 1,449,270
  • WpVote
    Votes 53,449
  • WpPart
    Parts 1
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?
Hutan  ✔  by nhudarahim
nhudarahim
  • WpView
    Reads 36,304
  • WpVote
    Votes 1,940
  • WpPart
    Parts 19
Hani,Aniq,Muaz dan Suri.siapa tidak tahu persahabatan mereka memang sudah akrab sejak dahulu lagi.pertempuran silat dan kuat agama mereka.hanya kepada-Nya mereka berserah. Mika adalah kawan baharu mereka. Hani dan kawan-kawannya sanggup masuk didalam hutan yang tebal samata-mata untuk mencari siti. Mika pula terdapat satu seribu kisah yang belum diketahui rakan-rakannya. Terdapat sebuah rumah agam yang masih utuh di dalam hutan tersebut. Cikgu badrul atau nama sebenarnya adalah Fikri asyik disebut-sebut dalam mimpi.penyeksaan demi penyiksaan. Mereka menyangka perbuatan ini dilakukan oleh cikgunya sendiri. Satu persatu remaja hilang sehingga menjadi perbualan orang kampung bahawa hutan tebal itulah berpunca segala-galanya. Masuk sekali tidak akan kembali semula.bagaikan tiada jalan pulang. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Apa yang akan jadi pada hani dan rakan-rakannya? Mampukah mereka menemouh segalanya bersama? Sesat di dalam hutan dan tiada jalan pulang? Siti hilang? Kalau nak tahu dipersilakan baca. Jangan lupa vote and coment♡
Princess of Alfa Kingdom by DemiRoseff
DemiRoseff
  • WpView
    Reads 149,324
  • WpVote
    Votes 12,640
  • WpPart
    Parts 64
Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali nama bukan rupa. Meganjak umur 16 tahun dia perlu pergi ke sesebuah sekolah dan menjadi seorang murid di situ tetapi bukan menggunakan identiti sebenar. Alasan dia pergi untuk menyelesaikan satu masalah. Nak tahu, kena la baca buku ni. 100% my idea. Do not copy.
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020 by qiujamal
qiujamal
  • WpView
    Reads 43,086
  • WpVote
    Votes 4,277
  • WpPart
    Parts 57
🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi topik hangat kepada pelajar-pelajar asrama yang menetap di sana. Cerita ini juga boleh di google dilaman sesawang untuk melihat cerita ringkas tentangnya oleh masyarakat tempatan. nota: Cerita ini telah direka dan ditokok tambah untuk dijadikan bahan cerita yang menarik. Sebarang kesamaan hanyalah kebetulan semata-mata. Tiada kena mengena yang hidup atau meninggal dunia. (klik pada youtube borders diatas untuk bunyian yang menarik) Nota kaki: -Ini adalah cerita yang telah dikarang untuk pertandingan menulis Fixi tahun 2017. Dukacitanya, cerita ini tidak berjaya untuk melepasi pertandingan tersebut dan dibiarkan selama setahun. Jadi author membuat keputusan untuk disiarkan di wattpad ini agar pembaca maya dapat membacanya. -Jika menarik please vote and share. Love you. -ketidak-edit-kan amat dikesali. 😊