Fyaeijaja
9 stories
Gadis MISTERI by KekasihHatiBuku
KekasihHatiBuku
  • WpView
    Reads 90,201
  • WpVote
    Votes 4,499
  • WpPart
    Parts 21
Hani seorang gadis yang pendiam. Di sekolah, dia langsung tidak mempunyai seorang rakan pun. Siapa mahu berkawan dengan budak yang pendiam dan misteri? 'Gadis Misteri' gelaran yang diberikan oleh Hani oleh rakan sekolahnya disebabkan sifatnya yang terlalu tertutup. Tetapi, bagi Adam Park, sifat Hani itu membuatkan dia ingin tahu lebih mendalam tentang gadis itu. Dia teruja untuk berkawan dengan Hani memandangkan dia murid baru dan duduk bersebelahan dengan Hani. Tetapi, semakin dia mengetahui kisah mendalam tentang Hani. Semakin dia takut dan gusar. Apa yang berlaku? Siapa Hani? .... 'Awak nak tahu tentang saya sangat kan!? Awak akan tahu tak lama lagi!' Ujar Hani kepada Adam Park.
Cik Serai Halia | Wattys2017 by ItsNitaSophian
ItsNitaSophian
  • WpView
    Reads 42,254
  • WpVote
    Votes 2,022
  • WpPart
    Parts 28
" Tiada fairytale kisah cinta kita Yang ada hanya hell " °°°°° Cik Serai Halia ... gadis yang hidup dalam kegelapan dan sering membuat keputusan untuk lari. Lari menjadi mustahil baginya apabila identiti diri sebagai anak bongsu pemilik perniagaan tersohor Alroze Empire akhirnya terdedah. Hadi Akmal Lee ... seorang lelaki yang dingin. Pernah merasai kehilangan yang menyakitkan sehingga merubah erti kebahagiaan. Kehadiran si genit Cik Serai Halia menambah semula rencah dalam hidupnya. Apabila Cik Serai Halia terjerat dalam kisah cinta tarik tali, kemelut pewarisan Alroze Empire kian gawat. Cik Serai Halia terdesak mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan yang tercipta. Sebuah garapan berkisar tentang konflik percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. °°°°° BACAAN PREVIU SAHAJA °°°°° ROMANCE & MYSTERY °°°°° Pemenang Anugerah Wattys 2017 (Keaslian Karya)
Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock by Sella_Arsyilla85
Sella_Arsyilla85
  • WpView
    Reads 256,542
  • WpVote
    Votes 4,926
  • WpPart
    Parts 52
(Highest Rank: #4) Nuzul Harissya, seorang gadis yang dipinggirkan keluarga tanpa sebab yang pasti. Sementara itu, kembarnya mendapat layanan istimewa. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah rahsia yang menghilangkan hak Nuzul Harissya dalam keluarganya sendiri? Kehadiran Izwan Fadli, lelaki ego yang selalu menyusahkan hidup Nuzul Harissya semakin mengubah hidupnya. Tegakah Nuzul Harissya mencintai Izwan Fadli, lelaki pujaan kembarnya sendiri? Nuzul Harissya tersepit antara kebenaran dan tekanan. Apa yang perlu dilakukan oleh Nuzul Harissya? Adakah dia perlu menjadi pelarian sebuah cinta yang tiada penghujung? Dia berazam untuk membina hidup baru jauh daripada semua orang yang pernah membenci dirinya dulu. Sangkanya dia sudah mampu hidup bebas daripada sejarah silam. Namun, takdir tuhan bagaikan bermain dengan hidupnya. Pertemuan kedua dengan Izwan Fadli membuatkan hidupnya kembali dihantui kenangan silam. Kenapakah Izwan Fadli bertindak sebegitu rupa? Tidak berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya selama ini? Kenapa Izwan Fadli masih memburu cinta hatinya yang sudah lama terkubur itu? Adakah lelaki itu ingin menduakan dirinya dengan kembarnya atau Qistina? Apakah status sebenar Izwan Fadli? Masih solo, suami orang atau sudah bergelar abang duda? Nuzul Harissya semakin keliru dengan permainan cinta Izwan Fadli. Perlukah dia merebut kembali peluang kedua untuk mencintai Izwan Fadli? Hatinya semakin keliru. Lamaran teman baiknya, Firdaus bagaikan membuka peluang untuknya melarikan diri daripada cengkaman lelaki ego itu. Namun, sekali lagi takdir umpama mempermainkan dirinya. Dia terperangkap di dalam jerat asmara Izwan Fadli. Sucikah cinta yang dihulurkan oleh Izwan Fadli, atau sudah terpalit dengan dendam dan benci? Mampukah Nuzul Harissya menggapai bahagia di dalam sengketa yang tercipta? Atau peluang kedua itu adalah ilusi yang bakal meracuni seluruh hidupnya?
SEPARUH TAKDIRKU ADA KAMU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 31,763
  • WpVote
    Votes 717
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Separuh Takdirku Ada Kamu Penulis: Ezza Mysara Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-34-2 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2018
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,113
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
Cinta Yang Dilupa (Sudah Terbit)  by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 66,961
  • WpVote
    Votes 1,509
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK : CINTA YANG DILUPA PENULIS : MELL MARIANN AURORA TERBITAN : TERATAK KASIH HARGA : RM26 [SM] / RM26 [SS] POSTAGE : RM8 [SM] / RM12 [SS] Apa yang akan kau lakukan bila 3 tahun daripada ingatan kau hilang begitu saja? Apa yang akan kau rasa bila kebahagiaan kau bertukar duka tanpa kau mengetahui apa sebabnya? Apa yang akan kau buat apabila mengetahui cinta kau dikhianati namun kau masih tetap utuh mencintai? Bagi seorang Reen, Zarul itu cinta hatinya. Dari kecil sudah bersama hingga masing-masing jatuh cinta lalu ikatan perkahwinan mengikat mereka. Kebahagiaan menjadi milik mereka untuk seketika hinggalah ujian demi ujian mula melanda. Dan kemuncaknya, Reen terlibat dalam kemalangan yang membuatkan sebahagian daripada ingatannya hilang. "Saya cuba nak ingat semula memori saya yang hilang." - Reen "Reen. Please jangan paksa diri you. I risau you sakit."- Zarul "Tapi saya nak tahu..." - Reen Sejak kemalangan yang menimpa dirinya, Reen dapat merasakan hubungannya dengan Zarul tidak lagi seperti dahulu. Banyak persoalan yang timbul dan jawapannya ada dalam cebisan memorinya yang hilang. "Please Zarul. Ceritakan dengan saya. Saya keliru bila awak dingin dengan saya. Awak layan saya seperti orang asing. Saya seperti tidak kenali awak lagi..." - Reen "Reen... Please don't cry. Bukan sekarang. Nanti bila you dah betul-betul sihat kita bincang ya." - Zarul Kedinginan Zarul membimbangkan Reen. Keengganan Zarul berkongsi kisah yang hilang itu mengelirukan Reen. Sudah hilangkah cinta suaminya itu? Apakah sebenarnya yang terjadi hingga kemesraan antara mereka bagai sudah tidak wujud lagi? Dan mengapa... suaminya seperti mengharapkan dia tidak akan ingat kembali?
JASMIN by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 52,492
  • WpVote
    Votes 3,643
  • WpPart
    Parts 33
Kehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rahsia. Namun Shila adalah peneman setia yang selalu berusaha membantu Min keluar dari belenggu gilanya. Megat pula mengesyaki sesuatu cuba meleraikan segala persoalan di dalam kepalanya, terutamanya tentang Maya. 'Suatu hal yang disangka selesai, tidak semestinya sudah selesai' Status-Completed.... 🌟
Pesakit 701 by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 45,940
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 6
UNTUK MELANGGAN www.dearnovels.my Jimat RM3 dengan pembelian secara online dan penghantaran PERCUMA TAJUK : PESAKIT 701 PENULIS : KHAIRUL ZAMAN KHOBIN ISBN : 978-967-14675-0-3 HARGA : RM24/RM27 Aswad baru sahaja keluar dari Hospital Mental. Namun, dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia berazam untuk mengikut kehendak syaitan untuk menghidupkan ayahnya daripada kematian. Aina, guru yang sudah memilih jalan gelap sudah jatuh cinta dengan Arja, seorang guru muda. Cinta berbeza umur bukan penghalang. Namun, adakah Aina mampu untuk menyimpan kisah gelapnya daripada sesiapa? Syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dan apa kaitannya Aswad dan Aina? Ini cerita tentang dia!
Minah Cengey Hati Tisu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 26,278
  • WpVote
    Votes 617
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Minah Cengey Hati Tisu Penulis: Aifa Batrisya Muka Surat: 592 Terbitan: Ogos Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-022-9 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak)