aisya111278's Reading List
76 stories
Cintai Aku. [ complete ] by mayangisnotmyname
Cintai Aku. [ complete ]
mayangisnotmyname
  • Reads 1,853,268
  • Votes 63,407
  • Parts 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung sendiri. Tak pernah dia minta untuk dilahirkan supaya dibenci. Bila fitnah menghentam diri, dihalau pula dari rumah dan diminta untuk tidak memunculkan wajahnya lagi. Mujur masih ada yang sudi menerima dirinya. Menumpang kasih sayang Hajah Ameena sekeluarga walau sedar siapa dirinya. Bertemu pula dengan Datin Mariam yang punya agenda sendiri. Dia mahu dan dia tekad ingin bermenantukan gadis polos dan lemah lembut untuk Rafique Iman. Namun tidak bagi Rafique Iman. Cintanya hanya untuk Nadine. Tiada siapa mampu menghalang. Tapi sayangnya pada Datin Mariam melebihi segalanya, ditunaikan juga hasrat mamanya yang satu itu. "Aku tak kisah kalau kau suka dekat aku, tapi aku takkan suka dekat kau even mama aku suka kau sangat-sangat. Ingat tu." - Rafique Iman. Tapi bila cinta mula berputik, menyatukan dua hati, mulalah tersingkap kebenaran yang membuatkan hati Nur Adra terluka dan kecewa. Lalu, dia pergi mencari ketenangan demi mengubat hati. Dan Nur Adra sedar yang dia memang tidak berhak untuk bahagia. --- Start; 16 January 2018. End; 19 December 2018
LAMARAN CINTA TUAN ZUHAYR by dearnovels
LAMARAN CINTA TUAN ZUHAYR
dearnovels
  • Reads 32,180
  • Votes 662
  • Parts 14
TERBAHARU DARIPADA FATIAH ZOHAR. TERBITAN JULAI 2019. ​Tajuk: LAMARAN CINTA TUAN ZUHAYR Penulis: FATIAH ZOHAR Harga: RM25 / RM28 ISBN: 978-967-2116-65-3 Tiada lain yang lebih kumahu, hanya kamu menjadi isteriku... POS PERCUMA. 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
Sweet But Dangerous by risyathequill
Sweet But Dangerous
risyathequill
  • Reads 844,071
  • Votes 28,271
  • Parts 53
Siapa sangka lelaki popular seperti Tengku Adam akan bergabung dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sebuah projek akhir semesternya dengan seorang gadis kampung seperti Marissa Dania? Pertemuan tanpa rela hati dengan penuh rasa benci menyelebungi diri itu memang tidak dapat disangkal lagi. Namun disaat mereka mula mengenali diri antara satu sama lain, ada perasan halus mula mengetuk pintu hati kedua insan itu dalam diam. Sehingga Tengku Adam tekad untuk memperisterikan Marissa Dania ketika masih menimba ilmu di London. 4 tahun berlalu, Tengku Adam telah menjadi seorang CEO yang berjaya. Dia dikenali sebagai pemuda yang terkaya di Malaysia. Syarikat papanya yang kini sudah berubah milik semakin berkembang dengan pesat. Marissa Dania pula memulakan hidup yang baru bersama si celiknya. Dia sudah meninggalkan sejarah hitam dengan lelaki yang telah mempermainkan hidupnya. Ya. Suaminya itu hanya pergi dengan meninggalkan sepucuk surat. Surat yang begitu menyayatkan hati! Takdir menemukan mereka semula. Pelbagai rintangan yang dihadapi Dania kerana masih terikat dalam perkahwinan ini. Setiap satu persatu, dugaan dan ujian datang melanda dirinya tanpa henti. Sanggupkah dia mengorbankan nyawa anaknya hanya untuk bersama lelaki berbahaya seperti Tengku Adam? "You're sweet but so dangerous to be with."
Novel Untukmu Cinta [Terbit 18 Feb 2020] by EvelynRoseDrIman
Novel Untukmu Cinta [Terbit 18 Feb 2020]
EvelynRoseDrIman
  • Reads 62,402
  • Votes 1,930
  • Parts 21
Terbanglah rama-rama ku Mencapai awan biru Andai badai menimpa Ingatlah yang aku sentiasa ada Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve yang tak berpenghujung, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pada Arman, perkataan cinta selalu disalah gunakan. Cinta ? Apa hebatnya cinta kalau sekelip mata ia boleh hilang ? Sama seperti arwah ayah dan ibunya dulu. Apa hebatnya melaungkan kata - kata cinta kalau zahirnya tidak dapat dibuktikan ? Tidak kekal dan tidak cuba untuk mengekalkannya. Patah bila badai menimpa. Rapuh. Dia pesimis dengan cinta. Pesimis dengan perempuan dek kerana kisah silamnya yang pahit dan mahu dilupakan. Saat itu juga Ramadhan teman lamanya pula muncul. Jejaka yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan, Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang dia cukup hormati. Saat hati Orkid benar- benar dilukai Saat jiwanya diuji Siapa yang kekal menyintai ? Will be available on Shopee: https://shopee.com.my/drevelynrose for pre order somewhat on the 18th february or the earliest when I received ISBN number.
Suamiku Si Duda Bengis by Ezther92
Suamiku Si Duda Bengis
Ezther92
  • Reads 298,879
  • Votes 6,069
  • Parts 25
Perkahwinan Amna Safiyyah dan Muhammad Ariq Zayyan tidak pernah diduga. Perkahwinan mereka merupakan wasiat terakhir Dato' Johan yang harus ditunaikan demi menghormati erti sebuah persahabatan. Ketika itu Amna Safiyyah baru sahaja berusia 20 tahun manakala Zayyan berusia 34 tahun. Zayyan menikahi Amna atas kehendak keluarga. Sebelum ini, Zayyan pernah berkahwin namun perkahwinan itu tidak panjang dan bercerai. Saat cinta Amna dan Zayyan mula berputik, kehadiran Tengku Diyana Awliya iaitu bekas isteri Zayyan telah mencetus pelbagai konflik dalam rumahtangga Amna dan Zayyan. Dia berusaha untuk menagih kembali cinta Zayyan dan ingin kembali ke pangkuan Zayyan. Pada masa yang sama, Zayyan pula masih menaruh perasaan cinta pada bekas isterinya. Amna pula berusaha untuk meraih cinta dari Zayyan namun pelbagai konflik berlaku. " Abang... Amna tahu Amna tak sempurna tapi cinta Amna pada abang tak pernah berubah. Kalau abang masih cintakan Kak Diyana, Amna redha. Asalkan abang bahagia."- Amna Safiyyah " Tolong bagi saya ruang. Please ! Tolong biarkan saya bersendirian. Awak tak boleh paksa saya untuk lupakan Diyana. Jangan lupa yang Diyana pernah wujud dalam hidup saya sebelum awak !"-Muhammad Ariq Zayyan " You rasa you mampu ke nak bahagiakan Muhammad Ariq Zayyan tu ?! Jangan lupa yang I adalah orang pertama dalam hidup Zayyan sebelum you kawin dengan dia ! Dia takkan cintakan you seperti mana dia cintakan I ! "-Tengku Diyana Awliya Mampukah Amna mempertahankan cinta yang sedang berputik untuk suaminya ? Atau Amna akan mengundur diri demi kebahagiaan suaminya.
PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS by CikSakuraLiyana
PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS
CikSakuraLiyana
  • Reads 395,383
  • Votes 15,249
  • Parts 36
WARNING! INI HANYA PROMO. Yang tertulis di sini hanya setakat BAB 35 sahaja. Novel ini telah diterbitkan pada bulan Jun 2016 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. PEMBELIAN ONLINE: Emelkan kepada order@fajarnovels.com.my ******* SINOPSIS Ini bukan cerita memikat hati bos. Dan Lisa... tak teringin pun nak pikat hati bos. Ini cerita pasal bos malas nak fikir soal cinta. Jadi, diupahnya novelis cinta untuk selesaikan masalah cintanya... Layankan sajalah...
Suami Edisi Terhad by karyaseni2u
Suami Edisi Terhad
karyaseni2u
  • Reads 75,551
  • Votes 948
  • Parts 15
Bacaan Awal Sahaja
Promise by AteenKhalid
Promise
AteenKhalid
  • Reads 58,947
  • Votes 2,996
  • Parts 36
Ketika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah mereka memang saling tak tumpah tapi... perangai bagaikan langit dan bumi. Sorang indah, sorang lagi bikin menyampah! Wafiy Sadiq, si abang. Pemilik senyuman yang menjadi memori. Lemah lembut bicara dan sering membahagiakan Hanina... dengan kata-kata dan tindakannya. "Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okey? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih bahagia." - Wafiy Sadiq. Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina. "Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan? Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke... kau nak aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?" - Siddiq Wildan. Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu! Ada janji tercipta. Janji yang dikota, bahagia... dan janji yang tidak ditunaikan, sengsara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua. **Sudah dicetak. JUN 2017**
SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK) by Sella_Arsyilla85
SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)
Sella_Arsyilla85
  • Reads 65,137
  • Votes 1,910
  • Parts 32
4th romance... masih fresh... Khayla, anak bongsu kepada pasangan Kamaluddin dan Hasyimah amat terkesan dengan pemergian Zulaikha, kakak sulung yang dihalau oleh bapanya sendiri gara-gara menconteng arang ke muka keluarga. Sejak itu, Khayla berazam untuk mencari lelaki bernama Tengku Danish Tengku Razin. Lelaki itulah punca keluarganya berantakan. Dendamnya membara selagi dia tidak menegakkan keadilan Untuk Zulaikha. Tengku Danish adalah CEO muda yang dilantik oleh Tengku Anisah untuk menerajui Kerjaya Group. Hidupnya sering dikawal oleh nenda sehingga suatu peristiwa hitam membuatkan dia nekad untuk melawan arahan nenda. Tengku Zayyad, sepupunya pula sentiasa mencari peluang untuk merampas jawatannya. Sengketa semakin memuncak apabila kehadiran seorang gadis bermata hazel, si Khayla yang menarik minat Danish dan Zayyad. Namun Khayla punya sebab untuk mendekati Danish. Zayyad juga punya sebab tersendiri Untuk mengikat Khayla di dalam hidupnya. Begitu juga, Danish yang mencari ruang Untuk mengikuti kehendak hatinya sendiri. Berjayakah Khayla membalas dendam untuk Zulaikha? Atau ada rahsia lain yang tersembunyi? Dendam mula disanggah dengan cinta. Keliru berselirat di dalam huhungan mereka. Siapakah yang bersalah dan siapakah yang dipersalahkan? Siapa yang merana dan Siapa yang sengsara? Ikuti kisah percintaan penuh pancaroba antara Khayla, Danish, Zayyad dan Zulaikha. Stay tune ya.
Rahsia Hati [√] by nsydhslm
Rahsia Hati [√]
nsydhslm
  • Reads 49,939
  • Votes 2,340
  • Parts 23
Hidup ni gelap-walaupun aku dapat melihat lebih dari manusia lain. Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya. Selain kita ada 'mereka'-yang kebanyakan kita tak nampak. Dalam kita ada 'itu'-yang kita simpan sendiri. Megisahkan tentang Nur Aira Hafizah yang menyimpan banyak rahsia. Started:30/8/2017 End:24/12/2017