NorhafifahIbrahim's Reading List
121 stories
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 1,051,063
  • WpVote
    Votes 34,105
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,702,734
  • WpVote
    Votes 337,067
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Si Bisu Pujaan Hati [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 1,260,543
  • WpVote
    Votes 82,085
  • WpPart
    Parts 58
2023. "Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya." - TALIYA FARIHA Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sebagai sombong hanya kerana tidak membalas 'sama-sama kasih' si gadis tersebut. Tanpa si gadis tahu dia bisu. Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu. "Awak, sorry eh untuk tuduhan haritu." - TALIYA FARIHA "Tiada maaf bagimu." - EZRUL ISTAFA Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba menyukai dia kembali. Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu mengganggunya. Dia tidak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri. "You don't know how to give up, do you?" - EZRUL ISTAFA "Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it." - TALIYA FARIHA Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Dan betul ke perkataan 'putus asa' tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Sampai bila Ezrul harus menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romcom - 10/10/23, 22/10/23 #1 in komedi - 11/12/23 #1 in romantik - 14/12/23, 19/12/23, 22/12/23, 14/3/24, 23/3/24, 31/3/24 #1 in romance - 22/12/23, 1/1/24 #1 in humor - 23/3/24, 2/4/24, 26/7/25 Start: 10/09/2023 End: 25/12/2023
Menawan by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 297,068
  • WpVote
    Votes 12,047
  • WpPart
    Parts 63
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.
JIBRAIL HUGHES by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 2,078
  • WpVote
    Votes 130
  • WpPart
    Parts 2
Tuan Jibrail Hughes, si duda tampan terkenal dengan sikap angkuh dan cerewet. Kerana kegagalan rumah tangganya, cinta dan kesetiaannya hancur menjadi debu. Hati dan perasaannya mati buat mana-mana wanita. Konflik bermula apabila Datin Sri Tania, bondanya memaksa Jibrail mencari seorang pengasuh baru sementara, dalam masa lapan bulan untuk menjaga Adri Hilman dek terlampau nakal. Takdir Tuhan telah mempertemukan dia dengan Orked Inara, si gadis kasar rela dalam paksa menjadi pengasuh sementaranya. "Kau ni tahu jaga budak ke tak, Orked? Aku bayar gaji kau empat ribu bukannya pakai daun kari!" ―JIBRAIL HUGHES "Walaweh, memang tak sayang mulut betullah pakcik ni!" ―ORKED INARA Kalau Jibrail sudah serius dan dingin orangnya berlawanan pula dengan sikap Orked si kuat menjawab dan pantang dicabar. Bukan sahaja tentang penjagaan Adri, malah apa-apa perkara pun boleh jadi penyebab perang dingin berlaku! "Hei, Orked! Kau ni pandai masak ke tidak? Hangus aje ayam goreng yang kau masak ni, dah tak ada rupa! Buanglah!" ―JIBRAIL HUGHES "Pakcik ni banyak cakaplah. Adri tu elok je saya tengok dia makan, tak ada pun complain macam pakcik ni." ―ORKED INARA "Adri makan sebab Adri laparlah, kakak Oked!" ―ADRI HILMAN Bila tersedar Jibrail sendiri keliru dengan perasaannya. Dia benar-benar jatuh cintakah pada Orked Inara? Benarlah cinta tak mengenal usia... Semudah itu si pakcik tua ini terjatuh cinta buat kali kedua? "Kenapa pakcik bagi saya cincin ni?" ―ORKED INARA "Aku nak kau jadi suri hati dalam hidup aku. Kita kahwin." ―JIBRAIL HUGHES Bagi Jibrail, perbezaan jarak usia 14 tahun itu tidak menjadi satu halangan malah hatinya sudah lama terpaut sejak kali pertama mereka bertemu. Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan namun tatkala hadirnya Rania Edlina, bekas isteri lelaki itu muncul semula?
[BAKAL TERBIT] April Qasturi by delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Reads 15,549
  • WpVote
    Votes 1,479
  • WpPart
    Parts 24
BACAAN AWAL SAHAJA PHANTOM SERIES I Di gelanggang, Indera Qasturi ialah Rajawali yang dingin dan mustahil ditewaskan. Namun di luar sana, dia berperang dengan sesuatu yang jauh lebih berbahaya daripada lawan di hujung raket. April, wanita misteri dengan sejarah kelam, kini bersembunyi di belakang Zane Aoki sebagai mata-mata rahsia. Dia bukan sekadar bayang-bayang, tetapi senjata paling berharga dalam permainan penuh tipu daya itu. Berbekalkan identiti palsu sebagai salah seorang yang setia, April menyelinap masuk ke dunia Qasturi untuk menyiasat, mencungkil maklumat. Dan jika perlu, dia hancurkan. Semakin lama, semakin Qasturi tertarik kepada keberanian dan topeng yang dipakai oleh wanita itu. Hingga di satu tahap, dia bertekad untuk merampas April daripada Zane, meski seluruh dunia menentangnya. Namun, tanpa mereka sedari, darah masa lalu sudah pun terikat di antara mereka. Rahsia yang dikunci terlalu lama sedang menunggu untuk menghancurkan atau menyatukan hati yang selama ini berperang. Kerana April bukan hadiah. Dia medan perang itu sendiri. 'The closer you are to the truth, the more dangerous your heart becomes.' Genres: Sport romance, psychological thriller Troupes: Rival-to-lovers, love triangle, hidden past, past and present collision, identity crisis. Start : 01/06/2020 End : August 2026
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 535,795
  • WpVote
    Votes 11,187
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
HANYA UNTUK SEDETIK ✔️ by nurnaein
nurnaein
  • WpView
    Reads 292,589
  • WpVote
    Votes 10,444
  • WpPart
    Parts 45
Uzzair | Camelia Segalanya bermula dengan pendustaan. Sepanjang hidup, pernah kau buat keputusan meninggalkan sesuatu yang sempurna demi mengejar sesuatu yang tidak pasti? --------------------- Hidup adalah pilihan. Kata orang, pilihan itu di tangan sendiri. Semestinya, benar sekali. Mengapa harus biarkan orang lain yang menentukan haluan hidup yang bakal kita lalui? "Awak yakin?" "Yakin, sebab itu jalan yang terbaik. Saya dah tak sanggup jadi hipokrit dan berpura-pura depan semua orang. Jadi tolong..." "Baiklah. As you wish. Tapi jangan pernah menyesal dengan pilihan ni." Ternyata, benar juga. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Andai saja boleh diputarkan waktu, takkan mungkin dia mengambil keputusan segila itu. Gila. Sungguh, dia menyesal! "Kalaulah..." Tidak pernah ada istilah 'kalau' kerana kehidupan juga berlandaskan takdir. Sudah terhidang peluang dan pilihan, mengapa dipersiakan? Di antara mereka, siapa yang akan berakhir dengan penyesalan? Benarkah pilihan yang telah mereka lakukan? Masihkah akan wujudnya sinar harapan? "Antara kau atau aku. Siapa yang pendusta?" "Kita." **** [Based on true story] •Digubah semula dengan idea author sendiri• No plagiat• Warning: Read carefully on each part. Don't skip any paragraph‼️
𝙞𝙯𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 by Xndreea
Xndreea
  • WpView
    Reads 4,725
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 10
𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙝𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙛 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣-𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙞𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙧 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙡𝙞𝙣𝙖𝙧𝙖 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙝𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧? 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙡𝙞𝙣𝙖𝙧𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖???