user61994428's Reading List
77 stories
Cinta Tidak Sempurna by atikahika02
atikahika02
  • WpView
    Reads 423,422
  • WpVote
    Votes 11,454
  • WpPart
    Parts 57
#2019/2020 Coverby:@nurshaziera Sequel dari STMA Ini kisah mengenai Ainul Raniya yang sudah berubah dan sudah pulih dari masalah kesihatannya. Izham,suaminya yang sangat setia dan sentiasa menyokong apa jua yang dilakukannya.Namun,takdir tidak memihak kepada mereka.Jodoh mereka seakan terhenti disitu apabila Izham meninggalkan dirinya kerana disahkan menghidapi penyakit barah otak. Ainul Raniya cuba redha dan menerima ketentuan Ilahi.Mungkin ini balasan untuknya atas apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Takdir hidupnya telah ditentukan.Dia disatukan dengan Hafeef Zafriel kerana satu peristiwa. "Kau perangkap aku kan?!" -Hafeef Zafriel- "Hebat betul taktik kau kan?!Sampai cara macam ni kau buat kat adik aku?!Untuk apa?Kau nak aku?Jangan pernah mimpi lah nak dapat aku!" -Hazeeq Zharfan- Bermacam-macam cara Ainul Raniya lakukan untuk mendapatkan kepercayaan semua orang.Tapi mampukah dia membuatkan semua orang kembali mempercayai dia yang benar-benar telah berubah?Akan adakah cinta untuknya?
Isteri Simpanan by abejeonkiut
abejeonkiut
  • WpView
    Reads 1,362,319
  • WpVote
    Votes 31,740
  • WpPart
    Parts 67
Highest ranking: #7 in Romance [12 March 2018] Peristiwa kematian Encik Kamal, ayah kepada seorang gadis bernama Luna merupakan peristiwa hitam dan menyedihkan buat Luna dan ibunya. Selepas kematian ayahnya, keluarga Luna menghadapi kehidupan yang sukar. Lagi menyedihkan apabila dia dipaksa oleh ibunya untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Rayyan kerana ibunya tidak mampu untuk menampung kehidupan keluarga. Kehidupan Luna setelah berkahwin tidak seperti yang dijangka olehnya. Kehidupannya berubah 100% apabila Rayyan mula membawa Ariana, teman wanitanya datang ke rumah mereka. ISTERI SIMPANAN COMPLETED ✅ With Special Chapters and Takdir Kita ✨
Seribu Rahsia Arasy | E-Book Version AVAILABLE by -rxcklessly
-rxcklessly
  • WpView
    Reads 202,992
  • WpVote
    Votes 992
  • WpPart
    Parts 9
Akibat terlalu membenci, Nora tidak sedar dirinya mula menyukai kedekatannya dengan the bad boys of Westwick High; Zack, Mikhael, Iqbal, Reza, Muqri dan Arasy. Setiap perjumpaan mereka, meninggalkan memori manis dan hilai tawa. Atas perjanjian yang telah dipersetujui, Nora harus melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengubah sikap The Fallen Boys dan berjanji untuk mengotakan satu hasrat keenam-enam remaja lelaki tersebut setelah mereka berjaya mengubah diri. Tapi disaat Nora meragui akan kebaikan dan keikhlasan mereka, satu-persatu rahsia mula diketahui. Kedekatan dirinya dengan Arasy telah membawa kepada satu permainan durjana yang menggadai maruahnya. Tempoh empat bulan tidak lama untuk semuanya berlaku dalam sekelip mata. Termasuk perasaan yang tidak boleh disangkal dan keterlanjuran yang terfatal. No. 1 in #Game No. 1 in #Mystery No. 1 in #Kawan No. 1 in #Jahat
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔 by rissyaleeya
rissyaleeya
  • WpView
    Reads 564,612
  • WpVote
    Votes 9,680
  • WpPart
    Parts 64
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran lelaki yang dicintainya, Harif Hakim. Dialah pelindung, sahabat, dan masa depan yang Kyra dambakan. Namun, segalanya musnah apabila Harif menghilang tanpa sebarang khabar berita hampir dua tahun lamanya. Saat dia kembali, bukan pelukan rindu yang dibawa, tetapi sebuah permintaan kejam-agar Kyra mengahwini lelaki pilihan keluarganya. Terpaksa menurut demi menjaga maruah dan hati kedua orang tuanya, Kyra akhirnya bergelar isteri kepada Nazrief Adam. Pada mulanya, hatinya berat menerima perkahwinan itu. Namun perlahan-lahan, sikap Nazrief yang matang, penyabar, dan penuh kasih mula menambat hati Kyra. Sedikit demi sedikit, dia mula belajar melepaskan bayangan Harif dan membuka ruang untuk bahagia bersama suami yang setia. Namun, kebahagiaan yang baru berputik tidak bertahan lama. Kehadiran dua insan-Alia dan Amani-menghancurkan segalanya. Rahsia demi rahsia terbongkar, kesetiaan dipertaruhkan, dan Kyra terperangkap antara cinta, pengorbanan, serta maruah. Adakah Nazrief benar-benar lelaki yang ditakdirkan untuknya? Atau adakah Harif masih punya tempat dalam hatinya meskipun luka lama belum sembuh? Dan siapakah sebenarnya Alia dan Amani yang hadir merobohkan bahagia yang baru ingin dibina? - "Kyra please. Abang mohon sangat. Kalau Kyra tak kesiankan abang tolong kesiankan anak kita. Please sayang, demi anak kita. Jangan jadikan dia mangsa." - Nazrief Adam "Anak kita? Saya layak ke mengandungkan anak awak? Bukan ke dulu awak cakap awak bersyukur sebab tak ada zuriat dengan saya? Dah lupa semua tu? Ini anak saya. Saya akan jaga dia. Saya sendiri akan pastikan dia bahagia. Jadi tolong jangan ganggu hidup kami lagi." - Kyra Airyna - "Nur Kyra Airyna adalah wanita yang paling istimewa di hati abang. Tak ada siapa siapa boleh gantikan tempatnya. I love you Kyra Airyna." - Nazrief Adam - Start: 4 August 2018 End: 14 January 2020
IKHLASKAN CINTAKU✔️ by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 253,166
  • WpVote
    Votes 7,648
  • WpPart
    Parts 61
Kebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan bagai dalam 'sangkar emas' telah membuatkan dirinya memberontak. Dendam Tengku Amanda pada ibunya tidak akan berpenghujung sehinggalah dia diberikan sedikit ruang bebas di dalam hidup. Sejak detik itu, dia keluar menggunakan tempoh waktu bebas sebaik mungkin sehingga dipertemukan dengan Tengku Mukhriz. Saban hari mereka semakin rapat, namun panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian apabila hujan turun di tengah hari. Tengku Amanda terpaksa melupakan segala galanya. Dia balik ke 'sangkar emas' kerana terikat dengan janji keluarga. Sejak itu, segalanya berubah.... IKHLASKAN CINTAKU RAZIAFARHANI
Kerana Dia, Aku Punya ✔ by fckingslwaa
fckingslwaa
  • WpView
    Reads 1,016,141
  • WpVote
    Votes 20,632
  • WpPart
    Parts 42
"Red rose for you."- Tengku Adam Afif "I miss you, Adam"- Tengku Mia Qaisara Siapakah pilihan hati Tengku Mia Qaisara?
Dendam Untuk Sayang ✔※ by THEjingga
THEjingga
  • WpView
    Reads 394,958
  • WpVote
    Votes 12,262
  • WpPart
    Parts 47
Darin Afrina ialah seorang gadis yang sering bermain-main dengan situasi kehidupannya. Malah perasaan cinta juga dibuat main tarik tali sampailah suatu peristiwa terjadi yang membuatkan hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Lalu dia membawa diri ke negara orang kembalinya demi kebahagiaan ternyata penderitaan yang ditambah. Segalanya dirampas kembali, haruskah kekalahan perlu diungkapkan kepada lelaki itu. Kini Amarahnya diketuk kembali saat hilangnya jiwa yang ingin kembali hidup. . . . Happy reading ❤️❤️❤️ ❗❗ Jangan curi karya ni kesiankanlah jingga. Penat jingga buat untuk anda semua. Completed: June 2017
Stay With Me? ✔ by missmrsya
missmrsya
  • WpView
    Reads 195,494
  • WpVote
    Votes 5,535
  • WpPart
    Parts 51
PREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya. Atas hasil buah mulut orang membawa gosip yang tidak benar, Ayreen dibuang oleh keluarganya. " salahkah Ayreen ingin merasa kasih sayang daripada keluarga Reen sendiri? "- AYREEN IMANI " Salah aku, kalau aku tak bawa kau ke sana haritu mungkin ni semua tak akan jadi " - TENGKU AMSYAR ISKANDAR Kerana rasa cintanya mendalam sejak zaman sekolah lagi, Amsyar sanggup menerima nasibnya walaupun kahwin dengan cinta hatinya secara terpaksa sahaja. Ayreen tidak tahu perasaan sebenar Amsyar terhadapnya, dia hanya menganggap gurauan kasar Amsyar itu tandanya Amsyar tidak menyukainya. " Biar saya bahagiakan awak, Ayreen " - SYED AL-AMIN " Ayreen milik aku, sampai bila-bila pun milik aku " - TENGKU AMSYAR ISKANDAR KEMANISAN rumah tangga hampir dicapai, kehadiran dendam dan perasaan cemburu telahpun membuat Amsyar cukup rasa tercabar dengan dugaan yang menimpa mereka. Riz, sahabat baiknya pula ditimpa kecelakaan sehinggakan Amsyar menyimpan hasrat untuk membalas dendam. Pengkhianatan? Ya, itulah isunya. Pengkhianatan seorang rakan yang selama ini mereka bertiga berganding bahu dalam apa-apa perkara dan baru diketahui bahawa semua itu adalah salah satu rancangan pembayaran hutang darah yang belum terlunas. " Sayang, would you stay with me forever.. sampai akhir hayat abang? " - TENGKU AMSYAR ISKANDAR " Everything is perfect. But only when I am with you " - AYREEN IMANI Mampukah Ayreen merasa kasih sayang hasil daripada perkahwinan paksa itu? Atau memilih Amin untuk bahagia? !! matured content !! coverbook by @starrgalaa
Sweet But Dangerous [EBOOK] by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 851,844
  • WpVote
    Votes 28,431
  • WpPart
    Parts 53
Siapa sangka lelaki popular seperti Tengku Adam akan bergabung dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sebuah projek akhir semesternya dengan seorang gadis kampung seperti Marissa Dania? Pertemuan tanpa rela hati dengan penuh rasa benci menyelebungi diri itu memang tidak dapat disangkal lagi. Namun disaat mereka mula mengenali diri antara satu sama lain, ada perasan halus mula mengetuk pintu hati kedua insan itu dalam diam. Sehingga Tengku Adam tekad untuk memperisterikan Marissa Dania ketika masih menimba ilmu di London. 4 tahun berlalu, Tengku Adam telah menjadi seorang CEO yang berjaya. Dia dikenali sebagai pemuda yang terkaya di Malaysia. Syarikat papanya yang kini sudah berubah milik semakin berkembang dengan pesat. Marissa Dania pula memulakan hidup yang baru bersama si celiknya. Dia sudah meninggalkan sejarah hitam dengan lelaki yang telah mempermainkan hidupnya. Ya. Suaminya itu hanya pergi dengan meninggalkan sepucuk surat. Surat yang begitu menyayatkan hati! Takdir menemukan mereka semula. Pelbagai rintangan yang dihadapi Dania kerana masih terikat dalam perkahwinan ini. Setiap satu persatu, dugaan dan ujian datang melanda dirinya tanpa henti. Sanggupkah dia mengorbankan nyawa anaknya hanya untuk bersama lelaki berbahaya seperti Tengku Adam? "You're sweet but so dangerous to be with."
Let Me Protect You by iamizzahizz
iamizzahizz
  • WpView
    Reads 182,480
  • WpVote
    Votes 9,224
  • WpPart
    Parts 24
Apabila sudah jodoh pasti akan bertemu jua. Tidak kira waktu, tempat dan cara berjumpa dengannya. Jodoh tidak pernah tersalah alamat kerana sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Begitulah kisah antara Adam Rayyan dan Inara Syifa. Pertemuan yang tidak diduga di pantai telah menyebabkan Adam terpaksa memperisterikan Inara Syifa semata-mata untuk menjaga keselamatan perempuan yang baru dikenalinya. Adam Rayyan seorang lelaki yang susah untuk menerima dan mencintai seorang perempuan. Baginya, perempuan hanya inginkan kemewahan yang dimilikinya dan semuanya bermata duitan. Kisah pahit yang dialami sebelum ini, telah menyebabkan dia menjaga Inara Syifa semampu yang mungkin. Kerana kecuaian dahulu, isterinya meninggal dunia dan dirinya diselubungi penyesalan yang tidak terhingga. Inara Syifa pula seorang perempuan yang lembut, naif dan mendengar kata. Tidak pernah melawan kata ibu bapa dan juga suaminya. Dirinya terasa selamat setiap kali bersama Adam Rayyan. Semakin hari semakin bertambah rasa cinta terhadap suaminya menyebabkan dia berusaha untuk meraih cinta si suami. Dapatkah Adam Rayyan menerima Inara Syifa dalam hidupnya sebagai wanita teristimewa selepas kematian isterinya? Atau terus bersama Inara Syifa hanya kerana ingin melindunginya dari bahaya?