✨??
3 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,414
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Crush Series : Crush Aku Suami Aku by ice_queennnn
ice_queennnn
  • WpView
    Reads 1,731,864
  • WpVote
    Votes 69,876
  • WpPart
    Parts 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan mana yg tak retak bila hari-hari kena marah dengan suami. Eh bosanlah asyik kena marah je. Eliya tekad untuk membuat Ziyyad jatuh cinta kepadanya. Lelaki yg sudah lama diminatinya sejak sekolah telah menjadi suami yg sah untuk Eliya tanpa diduga. "Kau benci aku ye Ziyyad? Takpe kau tunggu nanti kau yg akan gilakan aku" -NUR ELIYA Attention ! ✋ Segala 'persamaan' dgn cerita lain mungkin secara tidak sengaja . Sy tak tiru 'Sayangku Kapten Mukhriz' . Memang sy minat Niena Baharun dan cerita ni sy tulis sebelum drama tu keluar kt tv .
6 Royals by Insyirahlm
Insyirahlm
  • WpView
    Reads 2,353,829
  • WpVote
    Votes 144,301
  • WpPart
    Parts 73
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-masing terlibat dalam pelbagai tragedi yang meragut nyawa. Keluarga angkat yang hanya memberi layanan sampah kepada mereka. Layanan sebegitu membuatkan setiap mereka degil dan nakal di sekolah. Kehidupan mereka berputar 360° tatkala permaisuri negeri mengambil mereka menjadi cucu angkat permaisuri. Nasib menyebelahi mereka. Semua berubah. Dihantar pula ke sekolah lain. Sekolah yang jauh lebih baik. Bagi permaisuri, sekolah yang baik. Tidak pada mereka. It's Hell! Luthfi Ardaniey, Nashran Arash Farish Arizshah, Danniel Hafiez, Zarith Zafran dan Iqram Danish. Jejaka-jejaka idaman setiap pelajar perempuam di sekolah. Tapi tidak pada si puteri-puteri. So, What's Next?