MALAY ??
38 stories
Crush Terlajak Sombong! ✔ by RealStarlight
RealStarlight
  • WpView
    Reads 1,092,599
  • WpVote
    Votes 76,062
  • WpPart
    Parts 56
Kalau kau mempunyai crush yang selalu senyum dan selalu buat lawak bodoh, kau beruntung walaupun crush kau langsung tidak suka kau. Aku anggap kau kena friendzone tahap pertama aje. Crush aku lagi teruk. Dahlah tak suka aku, sombong pulak tu. Aku rasa ni friendzone tahap paling teruk. Kau rasa?
Ain Nadira by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 122,635
  • WpVote
    Votes 3,952
  • WpPart
    Parts 57
Kahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran Shauqi sejak sekolah menengah. Macam mana boleh jadi macam ni? Macam mana nak berumahtangga dengan kawan sendiri ni? - Ain Nadira. Saya nak awak jaga saya seperti seorang ibu memelihara anaknya, seorang sahabat mempertahankan sahabatnya dan seperti seorang isteri menjaga suaminya. - Amran Shauqi.
NURIN [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 89,848
  • WpVote
    Votes 4,735
  • WpPart
    Parts 32
☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidupan sebenar Nurin. Kehadiran ibu dan kakak tirinya membuatkan hidup Nurin bertambah serabut. Ada saja perkara yang mereka cuba lakukan untuk menjauhkan dirinya dari Dato' Isma. Disebabkan hasad dengki kakak tirinya, Husna, Nurin terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang meragut nyawa wanita bernama Dahlia. Tidak pernah ada sehari pun, hati Nurin tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Dari insiden itu juga, dia mengenali Irsyad, peguam yang membela pihak Dahlia dan ingin membawa Nurin masuk ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman. Bagi Irsyad, wanita itu tak akan hidup tenteram selagi dia tidak dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah terjadi kepada tunangnya. Kerana keangkuhan Nurin, Irsyad berfikir negatif tentang diri wanita tersebut. Kejam. Tak berhati perut. Hanya gunakan duit untuk jatuhkan orang lain. Itu apa yang dia fikirkan. Namun, selepas mengenali Nurin pada setiap perjumpaan mereka, satu per satu rahsia Nurin diketahui. Nurin pula, semakin membenci Irsyad kerana daripada orang asing, kini Irsyad lebih tahu tentangnya berbanding orang yang sentiasa ada dengannya. Published: 16th July 2019 Achv: #1 for NovelMelayu (tag) [20th August 2021]
Rahsia Antara Kita [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 70,139
  • WpVote
    Votes 3,640
  • WpPart
    Parts 30
Nur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan untuk menyambungkan pelajaran lagi tapi keluarga menghalang. "Kalau Anem nak sambung, Anem kena kahwin dulu." Itu syarat yang ibu Tasneem letakkan. Masalahnya dia tak ada teman lelaki dan dia sendiri tak mahu berkahwin lagi. Menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada seseorang hanya membuatkan dia rasa sesak nafas. "Kenalkan, ini Akid. Akid Sulaiman." Tanpa rela, dia berkenalan dengan Akid Sulaiman. Lelaki yang merupakan calon suami dari keluarganya. Aduhai, kenapa mesti lelaki ini terima idea abangnya, Haris? Haris pun tak kahwin lagi. Inikan pula nak suruh dia yang kahwin. Memang taklah! Tak cukup kena reject dengan Tasneem semasa makan malam, dia berjumpa semula dengan Akid. Kali ini bukan sebagai calon suami tetapi sebagai bos di tempat kerjanya. "Akid, apa masalah awak hah?" "Pembetulan, Encik Akid. Saya ini bos awak dekat tempat kerja. Ingat tu." Argh, sakitnya hati berdepan dengan lelaki bernama Akid Sulaiman ini! Mahu atau tak, Tasneem akhirnya setuju untuk menjadi isteri kepada Akid tapi bersyarat. Syaratnya... "Our marriage must be a secret. Saya tak nak sesiapa pun tahu awak itu suami saya." "Why? Awak ada lelaki simpanan ke? Nak jaga hati dia?" Bukan itu saja rahsia yang mereka perlu jaga, Tasneem juga masih menyimpan rapi satu rahsia yang dia tak mahu Akid tahu. Mampukah dia simpan rahsia itu dalam tempoh yang lama? Antara rahsia dia seorang dan rahsia mereka berdua, mana satu yang akan bocor dulu? Published on 22 May 2020
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡ by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,801,343
  • WpVote
    Votes 54,956
  • WpPart
    Parts 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah berubah tapi aku tak menyangka.. Perkahwinan ini rupanya bukan atas dasar cinta tetapi hanya dipegang kerana bisnes.. Bila hati aku sudah sayang, dia lukakan hati aku.. Kerana, dari awal aku bukan pilihannya "Dia bukan pilihan aku. Perkahwinan ini atas dasar business. Dia senang ditipu maka dia mangsa aku. She's not my taste."-Karl. "Dari awal abang memang nak beritahu Aira, Karl memang ada niat tersembunyi nak kahwin dengan Aira."-Fakhrul. "Mulai saat ini,aku takkan percayakan sesiapa."-Aira.
Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1) by Lala6teen
Lala6teen
  • WpView
    Reads 133,070
  • WpVote
    Votes 9,867
  • WpPart
    Parts 58
Apabila dicurangi teman lelakinya, Kirana merasa tertekan dan begitu kecewa, hingga dia berniat untuk mengakhiri hidupnya. Namun takdir telah membawanya ke satu dunia yang berbeza, di mana dia dibawa ke zaman yang lampau. Di situ, Kirana mengenali Putera Iskandar, seorang pahlawan dan putera raja yang bersifat sombong, dan Putera Rizal yang berbudi bahasa. #1 timetravel #1 fantasyromance Feedback: Aisy_Zackry: "CDZ bkn sbuah karya yg mudah utk dtulis. Dri zaman moden bralih k zmn lampau, mmerlukan author mnguasai bhsa spaya dpt mnarik attntion pmbaca mngenai krya ini. Ada msj2 yg ingin dsampaikan: 1) doa Scene Kirana brsedih krna tunang mnyebabkan kluar kata-kata yg dia snggup hidup 1000 thun lps. Jdi dkt sini kita prlu brhati2 dgn apa yg kita inginkn sbb tkut mndtgkan kmudaratan 2) Ksetiaan Wlaupun dh brtahun2 hidup bersama, blm tntu dpt setia dgn psgn kita smpai k hujung hayat. Khadiran sorg wanita bru ingin mlihat hati ini utuh buat istri atau sdh bralih k wanita baru 3) Hati Rmbut sma hitam hati siapa yg tahu. Hati ni pnuh emosi. Tpi klau akal tk mmpu mnandingi hati, pasti tewas 4) Patuh Wtk Iskandar yg patuh dgn prmntaan bonda. Wlaupun dirinya tk snggup dgn prmntaan mmperistrikn org yg tdk dcntai itu tpi dia buat demi bonda. Bkn bila dia kecewa, dia mmberontak atau mmbenci insan yg dh mlahirkan dia 😭 Jln pncritaan yg BEST! Saya siap ulang2 tau mmbaca karya ni 😂" Nicekix: "For me, prsonally saya tk brpa minat crita yg brlatar blkgan org zmn skrg yg time travel k zmn lampau. I think it might b bcos of the way they usually deliver the story yg buat i tk trtarik. BUT scara tk sngaja lps i trjumpa CDZ i dont know what's getting me hooked to the story. Smada dri jln cerita dia yg sntiasa buat saya nk tahu what's going to happen in the next chapter atau gaya penulisan author yg mmbuatkan i mudah fhm dn sronok bca or mybe both! So when there's part 2 for CDZ of course I'm beyond excited to know what's next. Thnk u author for an amazing story to read"
Akhiri Penantianku ✔ by -athrh-
-athrh-
  • WpView
    Reads 28,162
  • WpVote
    Votes 1,668
  • WpPart
    Parts 59
Pertemuan dalam kesempitan telah membuatkan mereka sukar dipisahkan. Dalam masa yang singkat mereka berdua telah mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Kepercayaan antara satu sama lain membuatkan Ruzain Mahran tanpa rasa ragu menceritakan masalah hidupnya kepada seorang gadis manis, Dhiya Hana. Perkenalan mereka di tempat menunggu bas, mengenalkan gadis dan jejaka ini. Dhiya Hana, anak sulung kepada Puan Maryam dan Encik Khalid, juga merupakan seorang pekerja di sebuah butik milik kawan kepada Puan Maryam. Minat yang mendalam terhadap seni lukisan menjadikannya menghabiskan masa lapang dengan melukis. Mengenang jasa baik Ruzain yang membantunya, potret wajah Doktor Ruzain Mahran dilukis oleh Dhiya supaya wajah jejaka ini sentiasa diingat dalam mindanya. Tanpa disangka, pertemuan demi pertemuan mendekatkan mereka menjadikan mereka sukar dipisahkan. Namun, Ruzain Mahran seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk memulakan hubungan dengan mana-mana wanita disebabkan sejarah hitamnya. Ruzain menidakkan perasaan cintanya pada Dhiya yang akhirnya menyebabkan kedua-dua mereka terluka. Pengakhiran apa yang mereka inginkan? -Dhiya Hana -Ruzain Mahran
COMPLETED - Si Hoodies Pink by eforednin
eforednin
  • WpView
    Reads 110,896
  • WpVote
    Votes 7,725
  • WpPart
    Parts 45
Love at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled, anak emak, dedicated student. Hidupnya involved around books, music and study. Seboleh-bolehnya dia nak elakkan juga the three big L dalam hidupnya. Three big L? Love, Lelaki, dan Loser. Ezzaq - Bagi la seribu perempuan cantek di dunia ni tapi si hoodies pink itu jugak dia nak. The woman of my life. Itu lah yang first keluar dalam kepalanya bila nampak si hoodies pink yang enjoy benar main PSPnya itu. "There can be miracles, when you believe"
Ijah ❤️ (Sudah Terbit) by NajwaRahman91
NajwaRahman91
  • WpView
    Reads 170,406
  • WpVote
    Votes 4,965
  • WpPart
    Parts 14
Ini kisah tentang Ijah. Ijah yang hidupnya tidak lagi tenang apabila bertemu semula dengan Addin, si ketua pengawas dan Hairi, si samseng sekolah yang menjadi seterunya dulu. Addin si empunya aura misteri dan murah dengan senyuman itu bagaikan bayang-bayang Ijah. Dia sentiasa ada. Hairi, orang yang buat Ijah jadi Ijah yang hari ini. Kisah lama yang dilupakan Hairi masih tetap Ijah ingati. Takkan pernah Ijah lupa
Saya Tunggu Tau ✔ by cikorked
cikorked
  • WpView
    Reads 3,075,310
  • WpVote
    Votes 95,543
  • WpPart
    Parts 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih mencabar bagi Airis apabila Hayyan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mariana! "Jangan layan saya macam bibik kat rumah awak" "Dah memang kau bibik aku kan" "Gila!" Bermadu dengan Mariana merupakan ujian yang paling besar bagi Airis. It's worse! Siapa sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain! ***Di awal bab, memang mengarut bahasa pun i don't know la. Tapi saya perbaiki penulisan saya di pertengahan.