Romance
3 stories
Rayden Rose by medinarose
medinarose
  • WpView
    Reads 3,168,172
  • WpVote
    Votes 90,432
  • WpPart
    Parts 22
"Rose..." Tangan sasa Rayden mula naik merangkul pinggangku erat. Pandangan matanya tajam. Aku cuba memberanikan diri membalas renungannya itu. Mata biru kehijauan milik Rayden kupandang dalam. Jantungku sudah mula berdetak laju. Aku terus memandang wajah tampan Rayden dengan hati yang berdebar. Rambutnya sedikit kusut dan jatuh berjuntai ke dahi. Aku tahu aku sepatutnya menjauhkan diri daripada Rayden tapi dia seolah-olah mempunyai tarikan magnet kepadaku. Tarikan yang sentiasa menarikku dekat bersamanya. Yang membuatkan aku tidak dapat mengelakkan diri daripadanya. Rayden seperti seorang bad boy. Dia merokok. Dia bertatu. He's tall. He's dark. He's trouble. Dia bukan seperti lelaki lain. He's different; wild dangerous and mysterious. ××× ❝Bad boys ain't no good, but good boys ain't no fun❞ Δ mēdînärøśē Δ ⚠ WARNING: This book will have strong language
Dia...Random Guy by FarahHusain
FarahHusain
  • WpView
    Reads 15,412
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 9
Kerana tidak mahu dicop sebagai 'loser', Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka 'random' untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. " You are one heartless man! Saya harap.... Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu." - Alina "You know what, I take back my word. You ni bukan gila... but downright psycho. Go and get a treatment!"- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. "You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?"- Amzar "Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!"- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi 'layanan bahu sejuk'. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! 'Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah'. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. Hairi atau Dia... Random Guy? HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak IDEA KREATIF PUBLICATION.
Charlotte Beauty Terbitan 2018 by misselle_
misselle_
  • WpView
    Reads 2,467,207
  • WpVote
    Votes 12,110
  • WpPart
    Parts 30
*Tajuk lama : Perempuanku ********** Shakeel Anas. Satu nama yang begitu terkenal dalam dunia fesyen sekaligus menjadikan nama itu menjadi pembakar semangat Qaira Lutfia untuk mendekati idolanya itu. Siapa sangka lelaki yang kelihatan penuh sopan santun dan peramah di kaca tv itu rupanya bagaikan ketulan ais di kutub utara. Dingin dan beku. Selain daripada sonsang?!. Kehadiran Lily atau nama sebenarnya Fazli telah menimbulkan syak wasangka dalam hati Aira tentang 'ketulenan' majikannya itu. Saat hati Shakeel Anas mula dicuit Aira, gadis itu masih lagi menganggap majikannya sebagai sonsang sehingga terjadi satu detik hitam yang membuatkan Aira nekad membawa diri dan tak akan sesekali muncul lagi dihadapan Shakeel Anas. Bertahun lamanya jejaka itu cuba menjejaki cinta hati sehingga muncul seorang kanak-kanak yang membuatkan Shakeel Anas semakin nekad untuk mendapatkan cintanya itu semula dan memulakan hidup baru namun semuanya bagaikan terlambat apabila sekeping hati milik Qaira Lutfia telah diserahkan kepada Ustaz Akif. Mampukah Shakeel Anas mendapatkan semula haknya walau tiada peluang untuknya mendapatkan Aira kembali?