"you would've been the 1"
10 stories
[C] Tunang Paling Sweet  by Qasha_lova
[C] Tunang Paling Sweet
Qasha_lova
  • Reads 857,866
  • Votes 54,181
  • Parts 53
"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan enjin kereta dan keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan kolej. Sunyi seketika suasana di dalam kereta Harraz dan itu membuatkan aku ternyanyi sendiri. "You ain't my boyfriend And I ain't your girlfriend" Harraz disebelah aku kerling sekilas sebelum memandang hadapan Tak tahu kenapa tapi lagu ariana grande ni kena sangat dengan aku sekarang. "But you don't want me to see nobody else.and I don't want you to see nobody." Betulla, Harraz marah betul aku dekat dengan lelaki lain terutama sekali Aqim. Dan aku pun sama,aku pun tak suka dia dekat dengan perempuan lain. "But you ain't my girlfriend And I ain't your boyfriend " Suara merdu Harraz menyentak lamunan aku. Aku diam bila dia juga diam. "iliya.." Aku tak menjawab tapi menoleh. "you are not my girlfriend. But you are my fiance" . . . Tengku Harraz Arshad | Iliya Humairah. . . . Start: 12Jun2019 End: 6Nov2019
C | Cuddle by oddishh
C | Cuddle
oddishh
  • Reads 2,577,803
  • Votes 186,185
  • Parts 93
💍 the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) ‼️ mature readers only! please do not copy my ideas and polish it up into your own writing... by doing so, you lack originality and creativity. being proud and receiving recognition from something that was not crafted by you is embarassing really. why would you be proud of something that's stolen? :/ © oddishh 2018. all rights reserved.
Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT) by broleecomel
Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)
broleecomel
  • Reads 98,420
  • Votes 5,295
  • Parts 11
Setiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yang berulang dan juga bahagia yang tampak seperti air yang sering terlepas dari genggaman. Mikaeyl, lelaki dewasa yang sudah berjaya mencapai cita-cita dalam hidupnya, masih sering menoleh ke belakang dan memerhatikan dirinya ketika dia berumur 7 tahun. Dari ketika dia kecil sehingga dia dewasa begini, dia rasa seperti seseorang yang tidak pernah cukup. Dia rasa seperti ada sesuatu yang hilang walau hakikatnya, hartanya cukup, kerjayanya maju dan dirinya sihat. Mikaeyl tahu jika dia mahu pulih, anak kecil berumur 7 tahun di dalam dirinya itu harus pulih dahulu. Tetapi bagaimana? Kewujudan Haikal Deedat, Aireen Aniesha, Danial Darwish dan juga Eiman Najmi yang juga mempunyai kisah masing-masing, bersama-sama mencari cara memulihkan luka di hati bersama Mikaeyl. Mereka mahu pulih. Mikaeyl Lee mahu pulih. Dan di bawah langit biru, mereka sentiasa saling berkongsi perit yang dipendam demi mencari jalan untuk memulikan luka yang dirasa. Sesungguhnya, kisah ini untuk mereka yang terluka dan menginginkan pelukan memujuk dalam bentuk kata-kata. Genre: Romantic Comedy // Slice of Life
Oxytocin by syaznixon
Oxytocin
syaznixon
  • Reads 50,677
  • Votes 6,020
  • Parts 46
Sekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menjadi gadis yang ingin dimiliki oleh jejaka. Sayangnya, dia tersilap memilih masa. Tiga tahun kemudian, dia juga mengembang menjadi bunga yang seindah namanya. Nama Emilia Rose meniti di bibir para jejaka. Ramai yang cuba mendekati, tetapi dia terlalu naif untuk memahami. Hanif Ayman, pelajar bidang farmasi yang berada di tahun terakhirnya muncul di hidup Emilia. Jejaka Melayu yang sukar didekati itu malahan berminat untuk berteman dengannya. "Saya kata saya tak berminat nak bercinta. Tak bermaksud saya tak nak berkawan dengan awak." - Hanif Ayman Bukan Emilia tidak sudi berteman. Cuma... dia takut. Takut mengulangi kesilapan yang sama.
KITA by syaznixon
KITA
syaznixon
  • Reads 17,557
  • Votes 1,856
  • Parts 56
Di antara kita, banyak jenaka yang hanya kita fahami. Di antara kita, banyak rahsia yang tersimpan. Di antara kita, banyak rasa yang terpendam. Tetapi di antara kita, siapa yang memendamnya?
Melodrama by syaznixon
Melodrama
syaznixon
  • Reads 24,883
  • Votes 3,887
  • Parts 53
Sebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dalam fikiran sendiri. Kemunculan Mark Sufyan, pelakon baharu yang bagaikan garis selari dengannya memberikan rasa baharu dalam hidup Daiyan. Umpama MSG dalam masakan, hidup Daiyan yang mulanya hanya dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja, akhirnya hadir bibit-bibit cinta. Dalam perkenalan yang singkat, masing-masing mula menaruh perasaan. Sayangnya, hubungan mereka juga terpaksa dirahsiakan. Daiyan mungkin heroin Mark dalam realiti, tetapi bukan dalam drama yang mereka bintangi. Sedikit demi sedikit, hidup Daiyan menyerupai drama-drama yang pernah dibintangi. Pengakhirannya pula bagaimana? Sebagai protagonis... atau antagonis?
Imperfect Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
Imperfect Moment (TERBIT)
ayeshahamani_19
  • Reads 19,441
  • Votes 1,177
  • Parts 24
ISA KHAN | SAFEERA NASREEN Terbitan : Fajar Pakeer "When I'm good,I'm good, but when I'm bad,I'm better." - MAE WEST Dia wanita yang sungguh berani. Sanggup melarikan diri daripada majlis pernikahannya sekaligus mencontengkan arang ke wajah orang tuanya. Namun, tiada siapa yang tahu di sebalik perwatakannya itu dia hanyalah seorang wanita yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Ibu dan ayahnya berlindung di sebalik nama agama. Mahu dipandang tinggi oleh sekalian makhluk sedangkan di sisi Tuhan, merekalah sejahat-jahat manusia. Pertemuannya yang tidak dijangka dengan seorang lelaki Arab-Pakistan yang bernama Isa Khan mencetuskan perbalahan apabila lelaki itu mengkritik sikap dirinya yang berpura-pura alim. Disebabkan sakt hati, dia sanggup mengatur untuk membalas dendam. "Dalam kolej kau kena hormat aku as lecturer. Aku tak mintak banyak, just cukuplah kau tahu batas antara seorang pelajar dan pensyarah antara kita." - ISA KHAN "Kalau aku tak nak?" - SAFEERA NASREEN Dendam akhirnya bertukar tragedi. Siapa sangka lelaki yang amat dia benci itu akhirnya menjadi penyelamatnya. "Tak perlu ke abang korbankan diri abang sampai macam ni? Sanggup jadi pak sanggup untuk tutup perlakuan sumbang Safeera?" - RANIA KHAN Apakah peristiwa lama tersebut sehingga Isa sanggup ketepikan hati dan perasaanya semata-mata untuk mengahwini wanita seperti Safeera? Dan kepada Safeera.. adakah dia akan bahagia setelah berkahwin dengan lelaki sebaik Isa? Benarkah Safeera merupakan sejahat-jahat wanita? Jika ini merupakan takdir yang perlu mereka tempuh, luka dan air mata bakal menjadi peneman segala kesakitan dan ujian yang perlu dihadapi. Menangis tapi tidak berlagu. Luka tapi tidak berdarah. "Only a broken soul may only be understood by another damaged soul.
Y/N by syaznixon
Y/N
syaznixon
  • Reads 10,187
  • Votes 1,660
  • Parts 45
"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matanya hanya ada seorang gadis saja dan akan selamanya seperti itu. NUR HAILMIE: Fikirannya serumit ejaan namanya, pemilik galeri, hobinya termasuk menangkap gambar dan menulis puisi untuk gadis yang berjaya membuat dia jatuh pada pandangan pertama, jauh sekali dari anti-romantik dan paling penting; peminat setia TWICE dan Red Velvet. MATEO TAN: Kesahihan identitinya sebagai jejaka berbangsa Cina diragui kerana kemampuannya bertutur Bahasa Melayu dengan lancar, takut akan komitmen dan hidup dengan bebas tapi sanggup mengorbankan kebebasan itu untuk meraih hati seorang gadis yang begitu sempurna di matanya, sering berpenampilan seperti budak nakal tapi hakikatnya, pijak semut pun belum tentu berani. Satu persamaan di antara mereka bertiga: Meen, teman wanita mereka.
Stalker-Ish by syaznixon
Stalker-Ish
syaznixon
  • Reads 14,818
  • Votes 2,393
  • Parts 46
Kecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, gadis lasak yang berubah 180 darjah setelah bertahun menetap di Kanada. Kepulangannya ke tanah air tidak bersendirian melainkan bersama Afiq, jejaka yang sah bergelar tunangnya kerana hendak membalas budi. Meskipun ada rasa sayang, sifat suka mengongkong Afiq terkadang menyesakkan dada. Kemudian kesalahfahaman pula membawa Aina lebih dekat kepada Daenish Reazal, jejaka yang 'dicop' stalker olehnya. Ketika bersama Daenish, Aina dapat menunjukkan warna sebenarnya. Keselesaan ditambah pula dengan kebaikan hati Daenish, membuatkan dia terpaut tetapi dia sedar dia masih bergelar tunang kepada Afiq. Tatkala dia cuba menjauhkan diri, Daenish pula menyatakan perasaannya. Dinding yang Aina bina untuk menjaga hati Afiq runtuh begitu saja. Akhirnya, siapa yang menjadi dambaan hati? Afiq yang serba ada atau Daenish yang menerima seadanya?
Tale : Armored Beast  by Qasha_lova
Tale : Armored Beast
Qasha_lova
  • Reads 304,751
  • Votes 25,896
  • Parts 48
"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku. Kau ratu dalam istana aku. Kau kena percaya diri kau. Kau kuat kan?" Tabahnya si suami menyalurkan semangat sedangkan matanya sendiri sudah mulai berkaca kerana sayu melihat derita isterinya. Dirinya dipersalahkan kerana takdir, segala tekanan dan cemuhan membuatkan gadis itu menjadi takut dengan dirinya sendiri serta orang sekelilingnya. Tiada tempat untuk bergantung, tiada sesiapa untuk diharapkan. "Pandang aku Hessabell"arah Hayden seraya merungkai pelukan mereka. Kedua belah pipi Hessa dicekup dan diangkat menghadapnya lantas dahi isterinya dikucup dengan penuh kasih.Hessa memejamkan mata. "Kau ada aku. Aku Hessa, aku akan lindungi kau" Hessa menggeleng laju. Menafikan segalanya, menambah luka dalam hati sendiri. "Hessabell Hanelle Royce" Hayden merungkai pelukan. "Kau bidadari aku" bisik Hayden. Setitis air mata mengalir di pipi. Hessa tersentak, ini kali pertama lelaki itu menangis . "Selamanya" Hessa menyapu air mata di pipi Hayden. Dia mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Hayden. "Kisah silam kau tidak mempengaruhi perasaan aku pada kau Hessabell" Hessabell pegun seketika. "Walau nanti kau cacat mahupun buta aku akan terima kau seadanya" Hessa terkedu. Hatinya cukup tersentuh. Hanya Hayden satu-satunya yang tahu melayani perasaannya. "Kerana kecantikan kau bukan bergantung pada luaran tapi di sini" jari Hayden dibenam ke bahagian hati Hessa. "Dalaman kau Hessa. Tiada siapa dapat tandingi kecantikan dalaman kau. Aku hanya perlukan itu" By: qasha lova Start : 25 Jun 2021 End : -