●ω●
4 stories
[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 725,577
  • WpVote
    Votes 58,300
  • WpPart
    Parts 70
"Kau tahu tak, yang dalam tempoh 3 bulan tu, aku jatuh. Sakit sangat, Daehyun. Sampai rasa tak boleh nak bangun dan gerakkan badan." Kata Baekhyun. Daehyun terkejut. Tangannya menekup mulut. "Awak jatuh? Awak jatuh kat mana? Kenapa saya tak tahu dan kenapa awak tak nak cakap dengan saya? Sakit sangat ke?" Bertalu-talu Daehyun menyoal sambil tangannya menyentuh setiap genap wajah Baekhyun dan tubuh lelaki itu. Hendak melihat kesan jatuh tu kat mana. "Ya, aku jatuh. Aku tak jatuh kat mana-mana dan benda tu sakit bila aku nak cakap dengan kau. Aku takut, kau tak nak ubatkan sakit tu." Kata Baekhyun. Masih bermain kata. Daehyun menepuk dadanya perlahan. "Siapa cakap saya tak nak ubatkan awak? Bagitahu saya, awak sakit dekat mana." "Dekat sini..." Baekhyun tarik tangan Daehyun dan dilekapkan pada dadanya. Daehyun kerutkan dahi. Dia mula pelik. "Kat... kat sini? Awak jatuh apa ni?" "Aku jatuh cinta dengan kau, Daehyun."
+11 more
[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 726,711
  • WpVote
    Votes 62,077
  • WpPart
    Parts 71
"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula gelisah. Aku pandang lelaki yang tidak berbaju itu dalam-dalam. Aku rasa aku kenal. Tapi... siapa? "Seung Yeon, esok pukul 9 pagi, datang pejabat saya untuk tandatangan surat penceraian. Esok." Aku terpana. Baekhyun salah faham dan dia terus nak bercerai dengan aku tanpa siasat? Dia tak dengar pun penjelasan aku. "Baekhyun, sampainya hati awak..." "Saya? Saya atau awak? Awak tu yang sepatutnya dengar dari saya. Beria-ria call, kata rumah blackout. Bila saya masuk rumah, terang je. Bila naik atas, rupa-rupanya ada binatang tengah mengawan." Baekhyun... Nantikan...
[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 420,836
  • WpVote
    Votes 41,401
  • WpPart
    Parts 3
"Park Hyera, dengar sini. Kita dah tak ada apa-apa. Hati saya dah tertutup untuk awak. Jangan sesekali awak cuba nak ungkit kisah lama kita, sebab saya dah lupakan semua tu." Kata Sehun. Hyera menarik nafas panjang. "Tapi saya masih cintakan awak." "Kuburkan cinta awak tu." "Tak nak." "Kenapa pula? Jangan buang masa, Hyera. Please, move on." "Sehun, saya takkan sesekali kuburkan cinta saya. Sebab saya akan pikat awak semula. Misi memikat bekas suami saya, bermula." Nantikan... ----------------- Thanks to @mino_sakura (my english teacher) sebab dah banyak bantu dan sumbangkan kemahiran dia dalam English untuk fanfic ni memandang... HAKU MEMANG TAK PANDAI CAKAP OMPUTIH. kbye. For booking/order my ebook, whatsapp 0137670223 (Yana)
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 334,440
  • WpVote
    Votes 37,895
  • WpPart
    Parts 103
Aku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti cinta, mungkin aku tak akan rasa perasaan istimewa ni sampai bila-bila. Dan kerana dia jugalah aku rasa beberapa perasaan lain yang memang menyeksa jiwa. Rasa serba salah. Rasa takut. Rasa tak layak memegang status isteri untuk dia. Sebab apa? Sebab aku memang tak layak untuk dia. Langsung tak. Dia bukan orang yang calang-calang. Dia lelaki hebat. Namanya cukup dikenali kerana sifat baik hatinya. Sifat murni dan kasih sayangnya. Bergelar seorang pensyarah yang kacak dan bijak, tetapi ada isteri hodoh dan tak berkemampuan macam aku. Layak ke aku? "Jom, teman saya pergi majlis hi tea tu. Saya tak ada pasangan tau. Daripada saya cari orang lain, baik saya bawa isteri saya. Kan?" "Tapi saya tak cantik..." "Cantik tu bukan ukuran, sayang. Please..." Setiap hari aku dihujani dengan kata-kata semangat. Sehinggalah aku diberikan kekuatan lagi untuk bangkit semula. Dengan kebaikan yang telah dia berikan untuk aku, sehinggakan parut simbahan asid oleh seorang wanita suatu masa dahulu kini sudah hilang dek pembedahan, aku kembali yakin untuk hidup. Aku yakin untuk bergelar isteri kepada dia. Tapi, bukan semudah itu. "Ceraikan dia, Baekhyun. Ibu tak nak anak perempuan yang pernah nak merampas suami ibu dulu bercampur darah dengan keturunan kita!" Mampukan aku? Nantikan...