AFYAFIFAH_'s Reading List
Истории 5
Takdirku Bukan Kita | SU | на _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Прочтений 44,125
  • WpVote
    Голосов 2,046
  • WpPart
    Частей 15
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
MEVRE на thelittleaisyaa
thelittleaisyaa
  • WpView
    Прочтений 277,858
  • WpVote
    Голосов 20,870
  • WpPart
    Частей 80
Peristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang baik hati, pemurah lagi bijaksana membuatkan ramai orang terkesan dengan pemergian raja tersebut. Bertambah sedih apabila seorang bayi perempuan, anak bongsu kepada raja tersebut hilang begitu sahaja. • • QAISARA, seorang perempuan yang berani menempah maut agar dapat membalas dendamnya yang terpendam lama. "aku puteri yang hilang" "membunuh kau adalah satu impian aku"QAISARA ABHARINA • • ASHRY, Seorang yang dingin, pendiam dan tegas dalam setiap perkara. Dialah kanak-kanak yang terselamat dalam peritiwa tersebut. Hanya dia sahaja tahu, detik- detik terakhir Raja Qashid. Sampai sekarang, dia masih berusaha untuk menyempurnakan amanah terakhir raja tersebut. "dia perempuan yang aku kena halalkan demi keselamatan dia.." "..perempuan yang aku cari selama ni.." "..anak terakhir Tuanku Qashid"Syed Ashry Adrian. • • • Adakah Qaisara dapat membalas dendam kepada sang pemusnah itu? Dan Dapatkah Ashry untuk menyempurnakan amanah dari sang raja? • • • •MEVRE2022•SYARIFAHAISYA• Instagram: syarifh.aisyaa
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] на atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Прочтений 54,257
  • WpVote
    Голосов 1,825
  • WpPart
    Частей 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE] на inunsin_official
inunsin_official
  • WpView
    Прочтений 112,263
  • WpVote
    Голосов 4,714
  • WpPart
    Частей 61
"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki itu, makin dia jatuh cinta. SEROJA NIRMALA. Gadis pendiam itu menarik perhatiannya, tetapi tujuannya datang ke sekolah ini bukan untuk membuang masa. Dia ada misi yang perlu diselesaikan. Tiada masa memikirkan tentang perempuan, apalagi bercinta! Peristiwa demi peristiwa yang berlaku, menguatkan firasat Arif bahawa Seroja merupakan sasaran mereka. Disebabkan Arif selalu menjadi penyelamatnya, Seroja terasa makin terhutang budi. Dia ingin membalas semula kebaikan tersebut. Malangnya, saat Seroja bertemu dengannya, dia dikejutkan dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Arif. "Aku bukan Ahmad Arif. Kalau aku tiada di sisi, tolong sentiasa berhati-hati."-Ahmad Arif Malang memang tidak berbau. Sekali lagi, Seroja dikejutkan dengan kematian ibunya yang tiba-tiba. Terlantar di dapur. Separuh muka ibunya dibasahi darah yang belum berhenti mengalir. "Kalau kau masih nak teruskan siasatan, mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!"-Dato' Safwan Tujuh tahun berlalu dengan pantas. Impiannya juga sudah tercapai, walau tanpa keluarga tersayang. Namun, hidupnya sangat malang apabila menemui mayat di tempat kerjanya. Sangkanya, itu yang terakhir. Sebaliknya, itu semua hanya permulaan! "Kau tahu kan, kalau berlaku pembunuhan kali ketiga, kes ini akan dilabel sebagai pembunuhan bersiri."-Darren Kehadiran The Cerebellum Stealer, menyusutkan otaknya. Namun, disebabkan itu juga dia boleh kembali bertentang mata dengan gadis itu lagi. "Aku akan selalu ada dengan kau, Seroja."- Afif Ahnaf MULA: 1 FEBRUARI 2024 HABIS: 21 JULAI 2024 idea hak cipta © inunsin
Akta Cinta  на AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Прочтений 41,674
  • WpVote
    Голосов 1,617
  • WpPart
    Частей 64
siapa sangka Airforce dan lawyer bakal berjodohan ? begitu juga dengan Asytar Wildan Dan Arisya Eimara " kau rasa kesalahan aku yang mencuri hati kau ni merupakan satu kesalahan ? "- Asytar " tak ada undang-undang pasal tu , jadinya kau Tak Salah Dan takkan masuk penjara"-Arisya " kalau kau rasa aku bersalah ,kau tembaklah aku dengan snipper "-Asytar Diri yang terdidik untuk berdikari sudah membuatkan Arisya terbiasa tambah apabila terpaksa berpisah dengan Asytar disebabkan tuntutan kerja . " kau tahu kan aku dah terbiasa LDR dengan parents aku sejak aku lahir ? Kau tahu kan aku Tak pernah merasa kasih sayang daripada parents "-Arisya " aku tahu dan itulah perkara utama dan paling kekal bagi hidup kau , aku akan gantikan kasih sayang parents kau dengan curahan cinta aku . "-Asytar Hope you guys will enjoy with Asytar and Arisya! 💓