nifzat's Reading List
8 stories
Sayangku Mia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 244,475
  • WpVote
    Votes 4,505
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
(preview) SASAR - sebuah novel Syaihan Syafiq by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,618
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 1
Novel bercetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my atau melalui whatsapp 01123651972
FOXFIRE - sebuah novel Farid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 16,042
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 14
Dua mamalia kacukan di Pantai Timur, kehilangan ibu mereka dalam sekelip mata. Impaknya, mereka diseret kedalam konflik terancang. Dibawa jauh dari tanah tumpah darah dan dibiar tersadai di benua terasing untuk menjejaki cahaya hebat, Foxfire, demi persetujuan dunia. Bermula dari situ, terbongkarnya rahsia yang menoktahkan kemegahan sebuah kerajaan yang bersembunyi.
(preview) DARK DEMON RISING - a novel by Tunku Halim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 368
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 1
A newly revised 20th anniversary edition of Tunku Halim's first novel. Shazral leads a comfortable life as a corporate lawyer in Kuala Lumpur, complete with sports car and hot girlfriend. But a call from his kampung tells him that his estranged father is dying. Shazral had left the kampung in anger almost a decade ago, but now feels the irresistible pull to return. His father isn't just an ordinary villager but the most respected bomoh in the area. And when Pak Abas with his dying breath wants Shazral to accept his "inheritance", he is not just talking about physical property. While fighting both the literal and figurative demons of the past and present, Shazral also needs to decide whether to accept the supernatural but potentially terrifying destiny of his heritage.
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,110
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
(preview) RAHSIA - sebuah novel Faizal Sulaiman by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,081
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 1
Arif berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia. Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalkan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan seri panggung bernama Dewi Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau. Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?
(preview) ASRAMA: 2 - sebuah novel Muhammad Fatrim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 9,663
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 1
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim? Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu. Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'? Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
(preview) PARCEL - sebuah novel Simon Malik by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 800
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 1
Sebagai tukang pasang talian internet di lautan, Faisal selalu berjauhan dengan isterinya Anis. Satu hari, dia ditugaskan untuk menghantar parcel ke pelantar Stella Fortuna. Itu bukan tugas biasa, dan parcel itu harus dijaga seperti nyawanya. Malangnya, pelantar itu diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan Descartes. Laguna Pirates kemudian mahukan parcel itu, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes. Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!