Malaysia
11 stories
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE] by Legendnic
Legendnic
  • WpView
    Reads 1,711
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 31
Ah, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas dasar sayang? Atas dasar kasih? Ah, itulah perasaan yang paling terlaknat dalam dunia ni! Itu semua mainan bangsat kau! Aku akan tunjukkan kepada kau, apa itu realiti! Aku akan tamatkan semua ni! Aku dah tak tahan lagi! Cukuplah! Tiada lagi kedustaan daripada seorang manusia yang disayangi semua! Apa yang ada hanyalah aku, si pendosa!
MAXIMAX:PERMULAAN KUASA. by nissnab
nissnab
  • WpView
    Reads 146
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 5
Harraz serta kawan-kawannya telah tersedut dalam satu lohong yang membawa mereka ke dunia lain .Dunia yang mereka tidak terjangka.Mereka terpisah sebaik melalui lohong itu dan akhirnya tersesat di dunia misteri itu.Mereka terpaksa berdepan musuh yang menginginkan mereka untuk hidupkan batu berkuasa. Pada masa yang sama mereka menerima sesuatu yang mengubah hidup mereka. #Mampukah mereka mencari jalan pulang? #Mampukah mereka menyelamatkan diri daripada ancaman? #Mampukah mereka merungkai misteri sebalik ini? #slow skit update😅😅😅 #baru cuba menulis😅😅 #prolognya kurang sikit😅😅😅
Hijab Raja Zulqarnain by Websutera
Websutera
  • WpView
    Reads 3,743
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 24
Zulqarnain atau Raja Zulqarnain merupakan seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Sejarah mencatatkan bahawa kebanyakan peristiwa membabitkan perubahan fundemantal. Raja Zulqarnain juga dizahirkan berkuasa pada waktu genting dan seterusnya membebaskan dua sisi dunia pada era sejarah agung Macedonia. Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan yang Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah. ** Novel ini diterbitkan semula dengan judul RAJA KESATRIA, extended edition. Andai berminat untuk membeli novel ini, mohon hubungi penulis. Harganya HANYA RM20 untuk sebuah novel setebal 500 + muka surat.
KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH by Websutera
Websutera
  • WpView
    Reads 3,047
  • WpVote
    Votes 182
  • WpPart
    Parts 14
Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi. Nama asalnya ialah Byzantium. Pelbagai pihak inginkannya. Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Konstantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur. Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu. Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al-Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam. Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati. Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya. Wasiat beliau ditunaikan.
NAKHODA AGUNG by Websutera
Websutera
  • WpView
    Reads 1,359
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 12
"Sesungguhnya Kami utus Nuh kepada kaumnya (dengan berfirman): 'Berikanlah peringatan kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih'." (Surah Nuh ayat 1) Muncul ajaran-ajaran baharu hasil bisikan syaitan yang tidak jemu-jemu menghasut. Umat manusia akhirnya berpaling daripada ajaran Allah. Sinar agama langit semakin pudar. Lantas Allah melantik seorang lelaki bernama Syakirin sebagai penyelamat. Dialah cicit Nabi Idris yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Nuh AS. UTUSAN BUAT YANG INGKAR....
Writing Tips by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 114,552
  • WpVote
    Votes 13,907
  • WpPart
    Parts 22
[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ] Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawab untuk masalah yang awak hadapi Jom usya! Let me help you :) c o v e r : @Shieyruna
CATATAN SANG EDITOR (PRE ORDER KE-3 DIBUKA SEMULA) by metalheadmitch
metalheadmitch
  • WpView
    Reads 25,437
  • WpVote
    Votes 673
  • WpPart
    Parts 29
Bukan karya novel. Sebuah catatan untuk panduan jika didapati bermanfaat. Untuk penulis yang serius dalam berkarya. Juga sebuah catatan bagaimana cara penulis untuk berurusan dengan editor penerbitan, khususnya penerbitan novel; dengan betul. Akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Juga merupakan catatan editor merangkap penulis. Karya yang pernah terbit : Novel : 1) Lagukan Senandung Itu (2007) - DBP 2) Dewangga Sakti (2007) - PTS 3) Mantera Hitam (2009) - Alaf21 4) Raungan Mantera (sambungan Mantera Hitam, 2011) - Alaf21 5) Rockers (2017) - Tebuone Press 6) Rockers Cinta Sdn Bhd (2018) - Tebuone Press Novel bakal terbit : 7) Ostad Power Metal (2018) 8) Memoir Kampung Boy (2018) - Tebook Press Kumpulan Puisi 9) Kumpulan Puisi 'Khauf Seorang Hamba' - (2018) ITBM Kumpulan Cerpen : 1) Mencari Gayung (2009) - DBP 2) Antara Katana dan Sundang (2014) - ITBM Pengalaman Editorial : 1) 2006 - 2010 : Freelance Editor (untuk DBP, Pekan Ilmu Publications) 2) 2010 - 2011 : Editor di Pekan Ilmu Publications 3) 2017 - hingga kini : Editor di Tebuone Press Hadiah Sastera Yang Dimenangi : Hadiah Sastera Cerpen Berunsur Islam DBP 2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 Hadiah Sastera Darul Ta'azim (HSDT) 2007, 2009 & 2011 Hadiah Cerpen Putrajaya (Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Putrajaya) 2011 Anugerah : Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2011 (HSDT) Hadiah Kumpulan Cerpen Terbaik (HSDT) 2011 Nama Pena : Serunai Faqir, Peniup Serunai, Mitch
Berubah Kerana Allah by atirahwafa
atirahwafa
  • WpView
    Reads 4,100
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 26
Jadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,771
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
Cinta Sang Putera by SilauunPurii
SilauunPurii
  • WpView
    Reads 58,080
  • WpVote
    Votes 4,817
  • WpPart
    Parts 52
❁❈#1 in Historical Fiction❈❁ ❁❈ Covers Thanks To Friends and Readers ❈❁ ❁❈ Puisi : Cinta Sang Putera ❈❁ Ada cerita lama terkisah, Kisah bermula dari istana, Hampa datang bersama gelisah, Kisah duka putera dan cinta. Raja adil disanjung rakyat, Rakyat ialah raja ialah rakyat, Negeri yang makmur hidup berkat, Timbul pembelot membawa jerat. Langkah pahlawan di tengah perang, Berpantang maut sebelum ajal, Pembelot pengkhianat datang menyerang, Tinggallah rakyat melawan ajal. Bunga peria dibawa sampan, Sampan berlabuh di hulu sungai, Putera mahkota jadi harapan, Agar rakyat aman dan damai. ❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁ * Note: Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Nama watak dan tempat tiada kaitan dengan sejarah tanah melayu. Hanya mengambil latar masa, bahasa dan budaya sahaja. © Hakcipta @SilauunPurii © 2017