latte_lemon's Reading List
38 stories
Rare Husband © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 1,647,370
  • WpVote
    Votes 51,010
  • WpPart
    Parts 74
Aulia Malaikha seorang gadis yang ceria. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 20-an. Siapa sangka seorang senior yang sirius telah mencuri hatinya. Aulia Malaikha cuba untuk mendapatkan perhatian dari seorang lelaki Bernama Nadiem Zhafran. "Jaga kawan kau ni baik-baik, jangan jadi macam monyet dekat sini" - NADIEM ZHAFRAN "Stop jadi perempuan murah Aulia!" - NADIEM ZHAFRAN Semua kata-kata dari mulut lelaki itu hanyalah hinaan yang menyakitkan hati. Aulia cuba untuk berpaling dan melupakan perasaannya terhadap Nadiem tetapi disebabkan urusan kerja mereka bertemu semula. "Aulia Malaikha, seduce me like you do before" - NADIEM ZHAFRAN 📌 *WARNING* 📌 • Cerita ni agak cliché and cringe • Sweet • Abaikan typo • Kalau cerita ni tersama dengan mana-mana cerita lain, itu hanya kebetulan • No plagiat • Jangan lupa vote ⭐ and comment ✍️ LOVE U GUYS❤️ Published : *SEPTEMBER 2022*
4 |   The Valiant  [C] by eychaeyheynn
eychaeyheynn
  • WpView
    Reads 329,967
  • WpVote
    Votes 18,683
  • WpPart
    Parts 40
"A tale of fighter.. who trained a girl, to be a woman."
HER MIDNIGHT RAIN [TERBIT PBAKL] by ishankendric
ishankendric
  • WpView
    Reads 591,556
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 1
Under 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjadi kelam. Kerana percayakan lelaki, dia hidup dalam keadaan trauma. Bertahun berlalu dan ia bukan satu perkara mudah untuk Hawa bertahan namun hadirnya Daniall Zander telah memberi semangat untuk dia terus bertahan hingga menjadi salah seorang pelukis terkenal. "Niall ada papa tak, mama?"- DANIALL ZANDER "Mama kan ada."- HAWA DAVINA Dalam satu acara, dia telah dipertemukan dengan seseorang yang pernah menjadi tempat untuk dia mengadu saat dalam keadaan susah mahupun senang. "M-Mika?"- HAWA DAVINA "Long time no see, Hawa."- JEBAT MIKAEL Terasa seperti takdir, setiap kali dia dan Daniall dalam kesusahan pasti lelaki itu akan muncul menjadi penyelamat. Tipulah hati wanita seorang Hawa tidak terusik bila Jebat sentiasa ada untuk dia dan Daniall cuma dia takut jika dia hilang lelaki itu lagi. "Kau boleh janji untuk tak tinggalkan aku?"- HAWA DAVINA "Aku tak pernah tinggalkan kau, Hawa. Kau halau aku macam anjing sekalipun aku tetap akan datang untuk ada dengan kau sampai mati."- JEBAT MIKAEL Hak Cipta © ishankendric Start: 5 June 2023 End: 26 June 2023 Warning: ⚠️ Cliche ⚠️ Uncensored ⚠️ Mature Content ⚠️ Sexy Storyline ⚠️ Misspelled words everywhere
DYLAN : RICH OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,334,721
  • WpVote
    Votes 75,000
  • WpPart
    Parts 61
Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang mengalami perasaan itu apabila dia kehilangan orang yang dia sayang. "Ayu.. kenapa.. kenapa tinggal abang?" - Dylan Aldrich. Walaupun dia telah kehilangan orang yang dia sayang, namun dalam masa yang sama dia telah menerima seorang cahaya mata sebagai gantinya.. Akan tetapi, dia mempunyai masalah apabila anaknya tidak meminum susu formula ketika selepas dilahirkan. Dia gusar memikirkan tentang itu. Tangisan bayinya telah membuatkan dirinya tertekan dalam keadaan tidak terkawal. "Boleh.. aunty minta tolong awak susukan cucu aunty?" - Puan Dayana. "No! Entah dari mana perempuan tu datang, lepas tu dia nak menyusu anak Dylan? Dylan tak benarkan! Kalau perempuan tu ada penyakit macam mana?!" - Dylan Aldrich. "Bapa apa you ni? Macam tu ke sikap seorang ayah? Biar je anak menangis kelaparan demi kesombongan diri?" - Eryna Estelle. Kehadiran seorang wanita yang bernama Eryna telah mengubah segalanya. Sekelip mata sahaja wanita itu menjadi ibu susuan anak Dylan. Namun ia tidak lama.. mereka hanya bertemu sehari sahaja. Selepas daripada itu, mereka langsung tidak bertemu antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, nama serta wajah wanita misteri itu masih terbayang-bayang dalam fikiran Dylan. Adakah.. mereka akan bertemu kembali? Atau.. ia hanyalah kebetulan semata-mata? Light conflict💢 Have some comedy. Sexy storyline💋 Mature content and words🔞 Have some scene of 18+🚫 This story rating 18+🔞 No censor⚠️ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou.
[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! by theFallera
theFallera
  • WpView
    Reads 800,380
  • WpVote
    Votes 25,474
  • WpPart
    Parts 54
「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki itu dari jarak jauh agar tidak dilihat olehnya. ❝Oh my Mr. Vanilla!❞ Jerit Elyana Lyra di dalam hatinya. Wajah itu... membuktikan betapa indahnya ciptaan tuhan. Tidak tahu mengapa tetapi, Tengku Raess Aedden bagai tidak menyukai kehadirannya setiap kali mereka berjumpa. Dia cuma mahu mendekati lelaki itu tetapi terlampau banyak perkara buruk yang terjadi apabila mereka berjumpa. Tidak peliklah mengapa Raess selalu memarahinya. Segalanya menjadi semakin buruk apabila Elyana mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Raess. ❝ buang perasaan kau tu jauh-jauh. Stop being nonsense. Aku taknak dengar lagi kau cakap tentang ni Elyana.❞ Selepas sahaja kejadian itu, mereka langsung tidak berjumpa. Sampailah suatu hari, mereka berjumpa di satu majlis. ❝I know, I'm hot. But can we go now Miss Elyana Lyra?❞ ❝ Awak siapa? Kenapa awak ada dalam bilik saya ya?❞ Dan disitulah semuanya bermula. COMPLETED [ 19 OCTOBER 2024 ]
C | Love, Aish Rayhan  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 3,340,410
  • WpVote
    Votes 190,256
  • WpPart
    Parts 68
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
MIKHAEL by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 323,466
  • WpVote
    Votes 13,955
  • WpPart
    Parts 49
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #1 SOLACE LOVE Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua bukan perkara asing baginya. It's his life. Namun segalanya berubah bila hati Mikhael terpaut dengan seorang gadis. Hati leftenan yang beku itu mulai pecah satu persatu disebabkan seorang gadis. Arielle Iris. Gadis yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading. Pertemuan pertama mereka berdua bagaikan sebuah penyatuan di Sepanyol. Bukan sekali tetapi tiga kali. "Did you know? They said if two persons meet each other three times, they are fated to be together." Ketika Mikhael lelah meneruskan tugasan, Arielle ialah penyelamatnya. Gadis itulah yang membantu Mikhael sejak pertemuan mereka, kekuatan Mikhael. "Aku sayang kau. If putting my life for you proves my loyalty, I will do it. I will do anything I can do for you." highest ranking : #1 in askar #1 in action-romance #1 in komando
M1 The Bryant's Family✔️ by sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    Reads 3,416,033
  • WpVote
    Votes 32,439
  • WpPart
    Parts 11
M1 Adam Morris x Diana Fayree "I still love you but that doesn't mean I don't want to kill you-because you broke my heart." Versi lama: DEC 2018 Versi edit semula: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/2020] 1 IN #action-romance Dark Romance THE MAFIA'S GIRL // TMG Diana Fayree Ludovico-mata redup, senyuman polos, tutur kata lembut. Namun di sebalik ketenangan itu, tersembunyi luka yang tak pernah terungkap. Dendam menjadi nafasnya. Demi membalas kematian keluarganya, dia melangkah ke dalam dunia gelap-menyusup ke sebuah organisasi untuk melatih diri dan menjejak musuhnya. Namun setelah bertahun-tahun tanpa jawapan, dia memilih untuk pergi. Membina hidup baru, menjadikan dirinya gadis biasa yang cuba melupakan masa lalu. Sehinggalah dia bertemu Adam. Adam Morris Bryant-anak sulung keluarga bangsawan yang memiliki segalanya. Di usia muda, dia telah menjadi legenda dalam dunia yang tidak mengenal belas kasihan. Pertemuan mereka bukan sesuatu yang dirancang. Namun, takdir tak pernah diduga. Adam yang tidak percaya pada cinta mula tertarik pada gadis polos yang berani melangkah ke dalam dunianya. "You do know what I'm capable of, don't you?" - Adam Mampukah seorang lelaki yang hanya mengenal kuasa, senjata dan darah menjadi pelindung kepada seorang gadis yang telah lama kehilangan kepercayaannya pada manusia? Ataukah Diana bukan lagi gadis yang perlu dilindungi-kerana di balik kelembutannya, tersembunyi sisi yang lebih gelap daripada yang Adam sangkakan? NOTE: tidak galakkan bawah 15 tahun untuk membaca. Tiada babak kekerasan yang jelas tetapi masih tidak bersesuaian. Ada sedikit BAHAGIAN BERDARAH yang berlebihan, tidak sesuai dengan kanak-kanak dan ibu mengandung. ⚠️ physical, psychology & emotional abuse, harsh words⚠️ ©️SWEETIECUPCAKEE 2018 TAMAT 11/09/2019 REWRITE 21/05/2024
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,030,807
  • WpVote
    Votes 44,030
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend
The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 584,709
  • WpVote
    Votes 20,389
  • WpPart
    Parts 66
Tengku Ayyash Hakimi | Ivy Adelia Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu bapanya memang melayan dia dengan penuh kasih sayang! Tapi disebabkan satu kemalangan, hidup Ivy mula berubah 180 darjah. "Ivy, Ivy kena janji dengan Daddy yang Ivy boleh berdikari tau." - Dato Aqhar Qayyed Tambahan lagi selepas kemalangan tersebut, Ivy hilang satu persatu harta peninggalan Dato Aqhar. Bermulalah hidup Ivy seperti manusia normal yang lain, kerja dari pagi hingga ke malam dan rutin itu mungkin akan berterusan sampai bila-bila... Mungkin? Dalam tidak sedar dia sebenarnya diperhatikan oleh 'seseorang'. Muncul pula 'Hero Of The Night' Ivy, Tengku Ayyash Hakimi. "Dah dua kali aku selamatkan kau." - Tengku Ayyash Hakimi Siapa sangka lelaki itu juga sebenarnya mempunyai muslihat tersendiri mendekati Ivy. "Kenapa Awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" - Ivy Adelia "Sebab aku dah diberi tanggungjawab, tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." - Tengku Ayyash Hakimi Namun tanpa Ivy sedari, Tengku Ayyash menyembunyikan satu rahsia yang besar, yang mungkin akan mengubah perasaan wanita itu terhadapnya dalam sekelip mata. "One day... I will tell you the truth, Ivy Adelia" - Tengku Ayyash Hakimi "This is the biggest hidden lies ever that happen in my life, Tengku Ayyash Hakimi." - Ivy Adelia Apakah rahsia penipuan yang disembunyikan oleh Tengku Ayyash selama ini? Siapakah pula dalang bagi semua masalah ini? Start : 30th nov 2023 End : 11th march 2024