Tunggu complete
5 stories
Kerana Dia Al-Musyarraqoh by Fadh_Dhilah
Fadh_Dhilah
  • WpView
    Reads 88,918
  • WpVote
    Votes 5,347
  • WpPart
    Parts 31
Terima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuzaikha Kalau awak tak cintakan saya harini, saya yakin awak akan cintakan saya . Kalau bukan esok, bulan depan atau tahun hadapan atau mungkin di syurga nanti. Saya akan tunggu sampai tahap awak cintakan saya. - Faiz Al-Musyarraqoh Fuzaikha yang telah kehilangan seluruh keluarganya atas kesalahan diri sendiri terpaksa menanggung segala kesedihan sendiri. Tanpa dia luahkan pada sesiapa. Atas satu sebab tertentu, Fuzaikha tekad untuk bernikah dengan Faiz. Faiz pula sangat pelik perwatakannya. Sukar untuk diduga perasaannya. Apa sebab dia bernikah dengan Fuzaikha? Adakah kerana dia benar mencintai Fuzaikha atau dia juga ada sebab tersendiri seperti Fuzaikha? "Kerana Dia Yang Bersinar"
KERANA TERPAKSA ...AKU RELAKAN by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 15,961
  • WpVote
    Votes 300
  • WpPart
    Parts 5
Karya ke-3 Umie Nadzimah Kerana Terpaksa...Aku Relakan Karyaseni Adaptasi : Slot Akasia , TV3 ,2014 SINOPSIS Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Di hari pernikahan, dia hilang ayah,hilang saudara malah tunangnya juga turut dirampas. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis paling malang , sebatang kara dan tidak punya apa-apa. Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayangi apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan , Indah Halina mendapat tempat teristimewa di hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo Dato’ Safiyalah bermulanya kisah cinta dongeng antara Indah Halina gadis kampong yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segala. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah pabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa… Akhirnya Tajul Razin seolah-olah tidak sudi lagi… Indah Halina : Dirinya umpama seekor pipit di hutan, yang lansung tiada istimewa sedangkan si dia merak kayangan …manakan mungkin terbang beriringan… Tajul Razin : Sungguh dia tidak tega untuk melepaskan segalanya…hanya kerana terpaksa, dia merelakan… Namun kuasa Tuhan mengatasi segala perancangan manusia… apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Red Angel by BuahhatiJP
BuahhatiJP
  • WpView
    Reads 84,610
  • WpVote
    Votes 8,159
  • WpPart
    Parts 22
COMING SOON AFTER MY LOVE MR GANGSTA! RED ANGEL Rumahtangga Sofea akhirnya berakhir selepas kebahagiaannya dirampas oleh sahabat baiknya sendiri. Sofea lari membawa diri ke Bali bersama dendamnya. Dia bertemu dengan Dominic. Dia mula menyiasat tentang latar belakang lelaki asia itu. Bila dia dapat tahu siapa sebenarnya Dominic, dia seakan menang cabutan tiket bertuah. Dia mula memasang rancangan untuk dekat dengan Dominic kerana dia mahu menggunakan status Dominic untuk membalas dendam pada bekas suaminya. Tuah menyebelahi dia apabila dia berjaya menarik perhatian jejaka itu tanpa dia tahu rahsia di sebalik ketampanan dan kekayaan yang lelaki itu miliki. Rancangan dia memakan diri sendiri sehinggakan dia terjerat dan tidak mampu lagi lari dari Dominic. Dalam keadaan tidak rela dia berkahwin dengan Dominic. Kehidupannya mula berubah, rancangannya jauh tersasar, dia terpaksa mengikut rentak Dominic jika dia mahu teruskan hidupnya. Persoalannya, siapakah Dominic yang sebenarnya? Berjayakan Sofea membalas dendam atas semua kesakitan yang dia rasakan sebelum ini? Bagaimana akhirnya hubungan antara dia dan Dominic nanti? Coming soon nanti selepas MLMG habis ;)
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 839,881
  • WpVote
    Votes 28,055
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)