Love this💛
2 stories
Hadirnya Cinta by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 2,178,979
  • WpVote
    Votes 59,168
  • WpPart
    Parts 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat mana-mana universiti. Apa yang aku tahu aku nak kerja je. Nak menambahkan duit poket yang sedia kosong ni. Nampak je aku ni macam baik tapi sebenarnya aku tak baik mana pun. Tapi, hidup aku mula haru-biru bila terjumpa balik dengan si sengal Aryan ni. Memang menyesakkan hidup aku. Aku tak sangka pulak yang baby Dania adalah anak dia. -Airis Afina. Selepas kehilangan isteri aku, aku tak terfikir langsung nak cari mana-mana perempuan untuk dijadikan pengganti kepada isteri aku. Aku tak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Cukuplah aku dah kehilangan isteri aku di saat dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak aku ke dunia ni. Pengorbanan dia tak mampu dibalas. Aku rasa lebih baik aku membujang sampai bila-bila dan menjaga Dania dengan penuh kasih-sayang. Tapi, aku tahu kasih-sayang aku saja tak cukup. Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu. Tapi, aku malas nak ambik tahu sebab aku tahu ada aku pun dah mencukupi. Tapi, kenyataan aku salah sama sekali apabila aku berjumpa dengan Airis. Ada sesuatu pada diri Airis yang membuatkan aku terima dia dalam hidup aku. -Aryan Ezzriq "Oh...Nur Aqira Dania ni anak dia rupanya..." ~Airis Afina. "Tak sangka pulak aku yang dia jadi babysitter dekat nursery ni..." ~Aryan Ezzriq. Semakin Airis cuba mengelak dari berjumpa dengan Aryan, makin kerap mereka bertemu. Tidak kiralah di mana sahaja, pasti Airis akan bertembung dengan lelaki itu. Lari macam mana sekalipun, tetap akan berjumpa. "Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau je!" ~Airis Afina. "Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?" ~Aryan Ezzriq. ©Highest ranking #5 in romance (13/4/2018)
Di Langit Emiriah by dkHajar
dkHajar
  • WpView
    Reads 7,494
  • WpVote
    Votes 396
  • WpPart
    Parts 6
"Hello tomorrow." Khaira Hajar, berkhidmat 38,000 kaki di awan biru dengan secangkir senyuman yang sentiasa diukir bersama kesungguhan. Tanpa restu embah, dia tetap mengatur langkah ke seluruh dunia bersama topi merah berselendang putihnya. Hassan Ibrahim, pegawai kastam 'hot stuff' Terminal 3, Dubai International Airport menutup pintu hati setelah isteri tercinta, Laila Maitha Al-Zayed pergi dari hidupnya. Kendatipun warga Emirates sentiasa mencari jalan untuk memikat lelaki setegas Umar Al-Khattab, hatinya cukup sukar untuk dicuri. Hari-harinya dipenuhi dengan kes heroin, penyeludupan barang terlarang dan integriti yang tinggi. "Miss, are you okay?" -HASSAN IBRAHIM "Aku terlanggar badan orang ke dinding ni?" -KHAIRA HAJAR Pertembungan di Terminal 3 menemukan dua hati yang remuk setelah dipersiakan, membawa mereka kepada satu lagi cubaan mencari cinta sejati. Sisi tegas namun prihatin Hassan menghuni mimpi indah Hajar, senyuman bibir merah Hajar bersulam haruman Chanel Coco melekat di ingatan Hassan. Hanya berbalas pandangan mata setiap hari, tidak sekali pun bertegur sapa kerana hormat, Hassan mengorak langkah pertama yang mengubah segalanya. Lelaki itu yang menyelamatkan nyawa si kru kabin sewaktu dikasari seorang penumpang mabuk. "If Prophet Ibrahim and Hajar are meant to be together, what about us?" Tentangan keluarga mengatasi segalanya. Sabotaj menggoyahkan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka bertahan dengan sayap cinta yang patah dek meredah segala fitnah? Adakah langit yang cerah untuk mereka berdua? Dubai menjadi saksi, untuk cinta yang hakiki.