dimelo00's Reading List
4 stories
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,118,466
  • WpVote
    Votes 309,235
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Surgeon In Love by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 836,465
  • WpVote
    Votes 41,907
  • WpPart
    Parts 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mempunyai empat orang pakar bedah yang digelar F4 oleh staf-staf hospital itu kerana rupa dan personaliti mereka yang mampu menggegarkan dunia setiap gadis. Dr. Hafizulizwan; seorang neurologist a.k.a pakar bedah otak. Perwatakannya yang pendiam sentiasa memperlihatkannya sebagai seorang yang bermisteri namun apabila tiba sahaja Emma, dia berubah 360°. Dr. Haziq Arash; seorang oral & maxillofacial surgeon. Perwatakannya yang playboy itu langsung tidak memberi kesan terhadap gadis-gadis untuk menjauhinya termasuklah Emma. Dr. Rykarl Naufal; seorang pediatrician. Oleh kerana sikap ramahnya dengan kanak-kanak, Emma semakin tertarik untuk mengenalinya. Dan yang terakhir, Dr. Dylan Fazley. Namanya sahaja sudah berbunyi seperti nama mat salleh, tambahan lagi dengan mempunyai kacukan Swedish. Oleh kerana dia juga seorang Thoracic Surgeon, mereka berdua sering terserempak. Personalitinya yang angkuh itu menyakitkan hati Emma. Apabila jawatan ketua Thoracic Surgeon kosong, Emma dan Dylan mula menunjukkan persaingan ketat untuk memenangi jawatan tersebut & membuatkan mereka semakin rapat. "Give me a chance to love you, for real this time." - Dylan Fazley "You changed me." - Hafizulizwan "You're beautiful." - Rykarl Naufal "She's the one I love." - Haziq Arash Siapakah yang akan memiliki Emma pada akhirnya? *WARNING* In this story, saya akan terangkan sedikit mendalam tentang pembedahan yang dilakukan. Jika mudah terganggu dengan content story ini, dinasihatkan agar tidak membaca cerita ini ataupun skip bahagian pembedahan tersebut.
R U B I E N A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 5,252,299
  • WpVote
    Votes 119,915
  • WpPart
    Parts 43
[DITERBITKAN] Rubiena Haiyan Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi? Aku terluka dengan luka kehidupan Terluka sehingga matahari turut menangis bersama Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku Terlihat sayap lebar bersama butiran udara Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta Iringilah aku walau hanya sebentar... Zach Stanislav Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau Tidakkah kau mahu kembali? Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta Bawa dia pulang kepadaku semula... RubiZach Ada apa dengan kita? Ada apa dengan kita? Oh sayang, ada apa dengan kita? Kita dulu tinggal bersama Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita? Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua? Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari? Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang? Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut. "Do you know who the little girl who lives down the lane?" "Rubiena Haiyan." 🍁🍁🍁
Suamiku Tinggi 189cm?!!  by MejiMoon
MejiMoon
  • WpView
    Reads 2,075,333
  • WpVote
    Votes 89,242
  • WpPart
    Parts 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello