👻👻ghost👻👻
7 stories
TERSESAT KE ALAM BUNIAN by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 645,077
  • WpVote
    Votes 37,264
  • WpPart
    Parts 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga masuk ke dalam hutan hingga terjumpa sebuah menara hijau- menara yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Pertemuannya dengan Indrawan, si pemilik menara hijau yang sangat dingin dan kasar, membawa dia ke suatu kampung yang menyimpan pelbagai cerita di dalamnya. Dia diburu, diancam dan dia tidak boleh larikan diri! "Aku akan selamatkan kau. Tak kira apapun yang berlaku, aku akan bawa kau keluar dari tempat ini."- Indrawan. "Kau janji takkan tinggalkan aku?"- Asha. "Maaf. Aku harus tinggalkan kau."- Indrawan. Siapa yang memburu Asha di universiti dan di kampung itu? Di mana sebenarnya Asha? Apakah yang akan terjadi kepada Asha dan Indrawan? 17/1 #9inmystery 26/1 #6inmystery 30/1 #4inmystery 17/2 #2inmystery 23/2 #1inmystery 3/10 #1inparanormal 16/10-7/11 #1inhorror 8/11 #1inmystery 29/12 #2inhorror 13/1 #1inhorror 7/2 #1infriendship 14/2 #1inhorror 7/3 #1inhorror 27/3 #1inhorror 15/4 #1inhorror 25/5 #3inthriller 29/6 #1inhorror 1/8 #1inthriller 12/8 #1inhorror
Teman Sebilik [COMPLETE] by nrarifahhanis
nrarifahhanis
  • WpView
    Reads 41,404
  • WpVote
    Votes 1,918
  • WpPart
    Parts 10
Mengisahkan tentang Arin yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk tinggal di asrama. Semenjak itu, dia sering diganggu dan bermimpi sesuatu yang mengerikan. Lagi teruk dengan kehadiran rakan baru yang tidur sebilik dengannya, berperangai pelik. Apakah sebab utama dia diganggu? Adakah sebab dendam bunian terhadap pelajar di Sekolah Menengah S itu? Mengapa 'mereka' berdendam? Start: 21/7/2016 End: 25/7/2016 Edited:26/8/2018
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,235
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,874
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
Creepypasta ∽ malay ✔ by itsmaniesa
itsmaniesa
  • WpView
    Reads 4,207,153
  • WpVote
    Votes 315,090
  • WpPart
    Parts 188
■ MALAY VERSION ■ Wattys2016 awards: EDISI PENGUMPULAN Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urban legend and the unknown Original trans by me as [ itsmaniesa ] Poster Credit to; - Scaryforkids-
SIHIR by kuanaaayy
kuanaaayy
  • WpView
    Reads 78,148
  • WpVote
    Votes 3,011
  • WpPart
    Parts 8
[TAMAT] Perjanjian kufur ditanda janji, Sihir pemisah suami isteri, Janin sulung diseksa mati. "Makcik sampai tersilap letak garam dalam air teh sebab sambil bancuh air tu makcik baca cerita ni" -- makcik siti "Akak muntah dan pening lepas baca cerita ni. Bila pergi jumpak doktor, akak disahkan mengandung" -- kak ros "Malam tu abang shift malam. Sementara tunggu nak balik kerja tu abang baca lah cerita ni. Tengah malam pukul 3 pagi abang balik tiba-tiba motor abang berhenti. Tak boleh start! Seram gila rasa. Baru abang perasan minyak motor abang habis. -- abang zamani Best Wattpad achievement: 1️⃣ in #sihir 1️⃣ in #hantu 2️⃣ in #lawak 2️⃣ in #seram Thank you everybody
MATA [COMPLETED] by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 69,980
  • WpVote
    Votes 5,936
  • WpPart
    Parts 26
Setelah kemalangan dan membuat pembedahan mata, Adam mula tertanya tentang identitinya yang sebenar. Ini bukan cerita seram yang anda perlu menyorok di dalam selimut. Ini bukan cerita sedih yang anda perlu sediakan tisu. Ini adalah kisah tentang 'Dia' dan anda hanya perlu membacanya sambil minum air nescafe. #KARYAPERTAMAMIKAEL