haiFaz_143
Perjalan yang panjang dalam hidupku... It's true story from my life.. Kisah hidup ku sedari kecil tak seindah seperti kanak-kanak yang lain.. Seawal umur enam tahun, bermulalah noda hitam dalam hidupku.. Kerana peristiwa semalam menjadikan siapa diri ku harini.. Kisah semalam yang panjang.. Tanpa sedar sudah 24 tahun sejarah semalam..
...
Namaku Aryna (bukan nama sebenar).. Pada awalnya aku dilahirkan dengan keadaan yang sempurna.. Tetapi apabila usiaku menginjak keenam tahun, aku telah mengalami satu peristiwa yang menyebabkan aku mengalami kecacatan.. Ya.. Kecacatan tanpaku sedar.. Kecacatan yang aku maksudkan bukanlah kecacatan dari segi fizikal.. Tapi kecacatan dari segi perasaan.. Korang mesti pelikkan? Cacat perasaan tu macam mana ya?? Bagi yang mungkin pernah mengalami kisah yang sama seperti aku atau punyai perasaan seperti aku faham dengan apa yang aku maksudkan.. Ya.. Aku punyai naluri yang songsang, yang aku gelarkan sebagai "cacat perasaan".. Naluri dan perasaanku tak normal, dari kecil aku sakit.. Bila aku makin membesar aku mulai sedar.. Apa yang aku rasa ni salah.. Bukan seperti yang sepatutnya dalam norma hidup.. Minda dan jiwaku sering tak seiring.. Berkecamuk..
Dan...
Sehingga kini aku tak tahu kecacatan yang aku alami ni adakah kecacatan kekal ataupun kecacatan yang boleh dipulihkan.. Disebabkan peristiwa semalam juga, episod-episod dalam hidupku penuh noda yang bertentangan dengan norma.. Bukan niatku nak menyalahkan takdir.. Tapi, kerana aku lemah.. Imanku senipis kulit bawang, mungkin lagi nipis.. Buat aku terus hanyut..