Fxl bks
28 stories
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,700
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.
(preview) ASRAMA: 2 - sebuah novel Muhammad Fatrim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 9,660
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 1
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim? Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu. Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'? Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
(preview) SEMALAM - sebuah novel Felicia Yap by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 896
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
Terjemahan novel bestseller antarabangsa YESTERDAY. Bagaimana kes pembunuhan dapat dirungkai jika kita hanya mampu ingat apa yang terjadi semalam sahaja? Bayangkan sebuah dunia yang terbahagi mengikut jumlah ingatan sesuatu golongan, dan bukannya mengikut harta kekayaan mahupun kepercayaan agama. Golongan majoriti Mono cuma punya memori selama satu hari, manakala golongan elit Duo punya dua hari. Dalam masyarakat berstrata yang mendiskrimasi golongan Mono daripada memegang jawatan tinggi, perkahwinan campur Claire dan Mark adalah sesuatu yang unik. Claire seorang Mono, juga suri rumah yang rajin. Mark, seorang Duo, juga novelis yang berhasrat menjadi ahli politik. Pasangan yang menjadi contoh unggul sikap toleransi dan kesamaan, hinggalah... Seorang wanita cantik ditemui mati. Mayatnya dihumban ke dalam Sungai Cam di England. Wanita itu adalah perempuan simpanan Mark. Ini menjadikan Mark suspek utama pembunuhan. Detektif yang menyiasat kes itu punya rahsia sendiri. Begitu juga si mangsa. Bila ingatan pendek detektif dan suspek asyik terpadam, bagaimana mungkin kebenaran dapat dicungkil? Penceritaan disampaikan dari empat perspektif berbeza, iaitu Mark, Claire, detektif penyiasat, dan mangsa. Novel debut Felicia Yap yang amat kreatif membawa pembaca pada perlumbaan melawan masa yang asyik berubah dalam mencari si pembunuh. (Penterjemah: Zalikha Yaacob & Anida Adam)
(preview) SOULLESS -- a novel by Rozlan Mohd Noor by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 406
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 1
In a sleazy back alley of Kuala Lumpur, the body of a young woman is found. She was killed in a sadistic manner and her features erased beyond recognition. Inspector Mislan Latif and Detective Sergeant Johan Kamaruddin of Special Investigations (D9) take the case. What puzzles them is that no one had lodged a missing-persons report, so the young woman is not only faceless but completely unknown. An autopsy by Dr. Safia reveals a mysterious object lodged in the victim's stomach. Had she been killed as a result of a theft gone wrong? If so, why the need to erase any trace she ever existed? Becoming increasingly troubled by the case, Mislan and Johan make a trip across the border and uncover a sinister network that serves some very well-connected individuals-people who will now stop at nothing to keep their inhuman activities a secret.
(preview) PENUMPANG - sebuah novel Fee Anyau by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 694
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 1
Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya. Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi. Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?
(preview) KIUB - sebuah novel Syafiq Ghazali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 680
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 1
Anas Mohd cuma seorang lelaki tall, handsome, and funny biasa yang ingin menghadiahkan dirinya dengan masakan kari ayam setelah separuh hari melakukan kerja yang baik di pejabat. Dia ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kari ayam, terutamanya Kiub Ayam Nora. Siapa sangka kiub ayam sekecil itu akan membawanya ke dalam sebuah konflik berskala galaksi. Lalu advencer berlatarkan bintang-bintang bermula, dan seorang hero (dan beberapa lagi) pun lahir dari perut angkasa yang hitam pekat. Makluman: kisah ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia Baru.
KEN (Hiatus) by typo_warrior
typo_warrior
  • WpView
    Reads 10,550
  • WpVote
    Votes 1,508
  • WpPart
    Parts 87
[Ken Full Story] Ken 1 (complete) . Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Ken dibantu oleh sahabat karibnya Auf dalam misi menyelesaikan misteri Dimensi Blueblack. Dimensi Blueblack. Tanpa siang hanya malam. "Keseronokan bermain bermula sebaik aku melangkah ke dimensi Blueblack." -Ken "Kesengsaraan aku bermula untuk jaga kau sepanjang berada dalam dimensi ni tau tak!!" -Auf "Ken!!!! Hati-hati!" -Kary DUMMM Kepala Ken diketuk. "Ah tak guna kau Aufffffff!" marah Ken. "wekkkkk ade aku kesah? HAHAHAHAHHAHA" galak Auf. "Cis!" Ken mengusap kepalanya yang comel. Ken merenung langit. Kelihatan bintang-bintang bersinar terang menghiasi alam. ********** "Hidup ini bagaikan merpati terbang di awanan biru. Bagaikan cerita persahabatan kita berdua. Kita bersama selamanya." - typo_warrior Motif cerita: Just enjoy the show. Ramai hidup stres. So santai~~~ Hidup kene chill little kiddo~ peace. Ken 2 (hiatus) Mengisahkan kehidupan misteri budak lelaki iaitu Naz. Ken dan Auf merupakan kawan barunya yang aneh turut membantu menyelesaikan misteri kisah silamnya. "kenapa! kenapa kejar aku! apa salah aku!!" seram Naz. Kelajuan larianku semakin bertambah. Gelap ,sunyi dan takut. Perasaanku bercampur-aduk. "hihihi....jangan lari. aku akan berada di mana- mana tempat kau pergi." satu suara memanggil "sesiapa!!!! tolong aku!!!" Laung Naz. "siapa akan percaya pada kau.. budak!" perli suara itu Misteri hidup... bayangan mengejar... Siapa kau? Siapa aku? Percaya? Enjoy~~ MUAHAHAHAHAHHAHA
CERPEN by blueasyraff
blueasyraff
  • WpView
    Reads 456
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 5
Senarai kumpulan cerpen yang pernah diterbitkan, juga yang tidak berjaya menempatkan diri dalam mana-mana pertandingan serta yang duduk dalam simpanan sahaja. Digaul semula-- sehingga sebati. Persoalan dan konflik yang mana akan menuju pada akhirnya?
VIRUS by EzzaqDanial
EzzaqDanial
  • WpView
    Reads 7,981
  • WpVote
    Votes 418
  • WpPart
    Parts 8
Satu wabak misteri mengubah jutaan manusia menjadi mimpi ngeri. Sekumpulan manusia yang masih berdiri bergelut menyelamatkan nyawa sendiri. Ada yang penting diri dan ada yang menyendiri. Demi mencari solusi yang tak pasti.
MATI by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 96,172
  • WpVote
    Votes 6,111
  • WpPart
    Parts 22
Mati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali melihat wanita itu dan merasakan dirinya tidak selamat. Dia memberitahu Kelab Deria Keenam mengenai kejadian itu. Satu hari wanita itu muncul di rumahnya tanpa dijemput. Siapakah wanita itu? Dapatkah ahli Kelab Deria Keenam membantunya? Semuanya dalam MATI(sekuel kepada cerita GILA) Highest Rank : #9(22/10/2016) Current Rank : #18 in Horror