aalinamily's Reading List
4 stories
AKAD TAK DIPINTA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 3,100
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 11
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: 𝐀𝐊𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬: 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐍 𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚: 𝐑𝐌𝟐𝟓 / 𝐑𝐌𝟐𝟖 𝐈𝐒𝐁𝐍: 𝟗𝟕𝟖-𝟗𝟔𝟕-𝟐𝟗𝟎𝟐-𝟐𝟓-𝟔 Putus hubungan dengan Ikhmal, Seri terus bertunang dengan bosnya sendiri, Seth Aliman. Gila! Tak pernah terfikir dek akal semua itu akan terjadi dalam sekelip mata. Namun, layanan mesra Seth terhadapnya berubah setelah mereka berkahwin. "Aku akan pastikan kau menyesali setiap saat kau lalui bersama aku. Sekali aku dah benci, sampai mati pun aku akan bencikan kau!" - Seth Aliman Seth mengotakan setiap kata-katanya. Penderitaan demi penderitaan dihadiahkan kepada Seri, tanpa belas kasihan. Setiap hari, perasaan Seri terdera dengan layanan Seth. "Saya tak kisah kalau awak bencikan saya sekalipun. Saya akan layan awak selayaknya sebagai seorang suami." - Seri Bersabar dengan Seth itu satu hal. Tambah merumitkan keadaan apabila dalam masa yang sama, Seri terpaksa menangani Ikhmal, bekas tunang yang belum mengalah dan Harlyn, yang ingin merebut Seth daripadanya. "Kau takkan lepaskan Abang Seth pada aku. Tapi, pada seseorang yang lebih berhak. Kau tahu siapa?" - Harlyn Ya Tuhan... Sekuat mana pun Seri bertahan, dia tetap perempuan yang punyai sekeping hati dan inginkan cinta daripada sang suami. "Tak berkurangkah rasa benci awak pada saya, setelah sekian lama saya jadi isteri awak?" - Seri Untuk melanggan: http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 BOLEH DAPATKAN JUGA DI SHOPEE: shopee.com.my/kedaibukudn
IZINKAN AKU BAHAGIA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,979
  • WpVote
    Votes 86
  • WpPart
    Parts 11
​Tajuk: IZINKAN AKU BAHAGIA Penulis: AALIN AMILY Harga: RM24 / RM27 Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. "Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!" - Tengku Fahmi "Kasut bos kasut kulit, kan? Saya tak kisahlah kalau bos samakan muka saya macam kasut bos." - Dhiya "Memang kasut kulit. Tapi kau tahu kulit apa? Kulit oink-oink." - Tengku Fahmi Dhiya Fahani, takut untuk bercinta. Tengku Fahmi pula, lelaki yang serik untuk bercinta. Namun, takdir menemukan mereka, lalu berjaya mengundang rasa cinta dalam hati kedua-duanya. Baru saja hati ingin melakar keindahan, dugaan datang bertimpa-timpa. "Tolonglah terima saya semula. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk hubungan kita. Saya takkan pergi tinggalkan awak lagi." - Serra "Hubungan kita dah lama berakhir, Serra. Kalau ye pun awak nak muncul semula, sepatutnya awak datang sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun yang lalu. Bukan sekarang." - Tengku Fahmi. Dhiya rapuh. Membandingkan dirinya yang yatim piatu dengan Serra, membuatkan dia merasa kerdil. Dhiya membuat keputusan untuk mengundur diri. Kemunculan Dato' Rizman yang mengaku sebagai bapa kandung Dhiya turut mengusutkan lagi keadaan. Lelaki itu mahu kontrol hidup Dhiya macamlah Dhiya hak mutlaknya. Siap tak mahu restu hubungannya dengan Tengku Fahmi lagi. Bahagia, mengapa begitu dekat, tapi terasa jauh? 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
TERTULIS KITA SAMPAI SYURGA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,589
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: TERTULIS KITA SAMPAI SYURGA Penulis: AALIN AMILY Harga: RM25 / RM28 ISBN: 978-967-2902-02-7 Tidak pernah terlintas di fikiran Arya Darlina akan berkahwin pada usia yang sangat muda. Dek kedegilan dan kehidupannya yang terlalu sosial, dia tidak dapat menolak. Terpaksa dalam rela, dia akur menjadi isteri kepada Luthfi Hakimi. Paling mencabar adalah apabila dia harus menerima hakikat yang dia adalah ibu tiri. Gila! Diri sendiri belum lurus, masakan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan anak-anak? "Janganlah panggil mami. Macam tua aje panggil macam tu. Panggillah sister." - Arya "Kenapa panggil sister pulak, Arya?" - Luthfi "Biarlah! Arya tak bersedia lagi tau nak jadi ibu. Apa salahnya panggil sister? Bukan wajib pun panggil mami, mama, semua." - Arya Dek layanan dan sikap baik Luthfi, akhirnya bunga-bunga cinta terbibit dalam hati Arya. Semakin hari hidupnya terasa bahagia dan lengkap dengan suami dan anak-anak. Naufal yang sudah lama memendam perasaan kepada Arya tetap tidak berputus asa meskipun Arya sudah menjadi milik lelaki lain. Tidak cukup dengan itu, Fiona juga datang menagih kasih Luthfi. Kebahagiaan yang diimpikan tergugat dengan pelbagai dugaan. "Dulu Fiona, sekarang Arya pulak. Tak layak ke aku untuk bahagia macam orang lain? Aku tak mintak banyak. Aku cuma nak orang sayangkan aku seperti aku sayangkan mereka. Tapi apa yang aku dapat? Nothing!" - Luthfi 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
KAU RASMI MILIKKU by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 28,730
  • WpVote
    Votes 444
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: KAU RASMI MILIKKU Penulis: AALIN AMILY Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-85-1 Buat kali pertama terpandangkan Maya di taska yang menempatkan anak buahnya, hati Syakir Aliy, terus mendesak mahu memiliki gadis tersebut. Namun, perkenalan mereka bermula dengan dingin. "Kenapa cikgu tengok ucu tu macam tiger aje? Muka macam nak makan orang. Aummm!" - Maya "Dah tua, tapi tak matang! - Syakir Aliy Maya yang pernah terluka dan serik dalam percintaan, menutup pintu hati untuk seseorang yang bergelar lelaki. Dia cuba menyangkal perasaan indah yang mula bertandang. "Saya lebih tua daripada awak, Syakir." - Maya "Tak kisahlah. Umur tak jadi masalah pun." - Syakir Aliy "Saya boleh jadi kakak awak. Nak?" - Maya "Tak nak. Saya dah ada kakak. Jadi kekasih saya." - Syakir Aliy Namun, lama-kelamaan, hati Maya terpaut juga dengan Syakir Aliy. Perkenalan singkat membawa mereka terus ke jenjang pelamin. Bahagia yang bersemi, mula digugat ancanam daripada pelbagai pihak. "Maya tidak berhak untuk mendapat kebahagiaan!" - Uyie "Abang tak kisah Maya nak cakap abang tak betul ke, gila ke. Yang abang tahu, abang nakkan Maya! Suami Maya tu tak layak untuk Maya! Abang yang lebih layak!" - Fakhrul Tambah merumitkan keadaan apabila bekas kekasih Maya datang menagih kasih Maya sekali lagi. Tidak cukup dengan Maya, Fakhrul turut mengganggu Syakir Aliy. 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069