NadKwon88's Reading List
58 stories
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 231,469
  • WpVote
    Votes 8,699
  • WpPart
    Parts 50
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
His Rare Collection  by violetfasha
violetfasha
  • WpView
    Reads 128,031
  • WpVote
    Votes 5,997
  • WpPart
    Parts 62
"Rare collection" refers to a group of items-often books, manuscripts, artworks, or artifacts-that are: 1. Uncommon or hard to find 2. Historically significant or valuable 3. Often old, limited edition, or one-of-a-kind 4. Preserved carefully due to their uniqueness In a library context, a "rare collection" usually includes ancient texts, out-of-print books, original manuscripts, or culturally important documents.
My Husband Rayyan Adyan  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 390,288
  • WpVote
    Votes 6,246
  • WpPart
    Parts 27
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
Hati yang TERLUKA (OG) by its4lya_
its4lya_
  • WpView
    Reads 6,103
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 8
(Kita semua sedang mencari tempat untuk pulang, tapi Anabella... sedang belajar untuk tidak takut lagi.) Anabella Mireille lahir ke dunia dengan harga yang terlalu mahal-nyawa ibunya sendiri. Sejak itu, hidupnya tak pernah cerah. Bapanya, yang dahulu pelindung, berubah menjadi lelaki asing selepas bernikah dengan wanita yang bertopeng manis. Disisih, disakiti, dan dipersalahkan... Anabella membesar dalam rumah yang penuh benci dan pukulan emosi. Trauma membekukan jiwanya. Dia tidak percaya pada lelaki - bagi Anabella, semua lelaki sama. Sehingga muncul Tengku Azriel Afnan - lelaki berdarah raja yang dingin dan matang, tapi diam-diam menyimpan hati yang lembut. Tak pernah terlintas dalam hidup Azriel untuk jatuh cinta. Tetapi gadis sunyi bermata sayu itu menggoyahkan prinsipnya. Anabella tak kenal siapa Azriel sepenuhnya, tapi bersamanya... dia tak pernah takut. Ketika Azriel melamar dengan satu janji... "Kahwin dengan saya. Saya janji saya sembuhkan trauma awak, Anabella." ...hati Anabella berperang. Mampukah dia percaya? Sedangkan dia sendiri membenci bayangannya? "Awak tak faham saya, Azriel. Saya benci diri saya. Hati saya yang terluka ni susah nak sembuh." Satu jiwa yang dingin. Satu hati yang retak. Mereka bertemu - bukan untuk melengkapi, tapi untuk menyembuhkan. Namun, mampukah cinta menghapus trauma silam? Dan mampukah "hati yang terluka"... akhirnya merasa bahagia?
HIS POSSESSION ©️| EDITING by Missyfea
Missyfea
  • WpView
    Reads 770,873
  • WpVote
    Votes 4,057
  • WpPart
    Parts 12
[ 1st Story - 𝚉𝚊𝚢𝚍𝚎𝚗 𝙶𝚒𝚘𝚟𝚊𝚗𝚗𝚒 𝚡 𝙳𝚊𝚖𝚒𝚊 𝚀𝚒𝚜𝚝𝚒𝚗𝚊 ] NEW VERSION Pertemuan Damia Qistina dan Zayden Giovanni bermula dengan sesuatu yang biasa-sekadar menemani kakaknya berjumpa tunang tercinta. Namun dari pandangan pertama, Zayden seakan hilang pertahanan. Gadis berusia 20 tahun itu mencuri hatinya tanpa sedar. Perbezaan umur mereka yang jauh? Bagi Zayden, itu bukan halangan. Baginya, Damia adalah gadis yang harus berada dalam genggamannya. Sedikit demi sedikit, dia mula mengatur langkah, mengawal jarak, dan memerhati setiap pergerakan gadis itu tanpa terlepas walau sesaat. Damia benci? Tidak. Semakin hari, dia semakin hanyut dengan perhatian dan dominasi Zayden yang misteri itu. Tetapi kerana tidak pernah punya pengalaman bercinta dan tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki sebelumnya, Damia jadi ragu-ragu-takut untuk menyerahkan hatinya bulat-bulat pada lelaki yang terlalu sukar dijangka. Namun Zayden... dia tidak pernah berhenti mengejar. •Buku ini adalah karya sepenuhnya hasil idea penulis.• Start: 31 OCTOBER 2025 End: -
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 479,998
  • WpVote
    Votes 18,639
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
[ C ] | WHERE MOON MEETS DAWN [TERBIT] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 227,424
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 12
[READY STOCK DI SHOPEE FAJAR PAKEER DAN BOLEH DAPATKAN FREE GIFT BERBENTUK PIN BADGE] SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan. Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidupnya runtuh. Bukan kerana dosa, tetapi kerana asal usul yang tidak pernah dia pilih. Sejak itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walau diinjak tanpa belas. "If you dare force me, l'II make sure even your dead body won't speak for your justice." - Aurora lan Purnama hadir dengan ego yang menjengkelkan. Di sebalik selamba itu, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara dan disiplin yang hanya difahami mereka yang hidup dengan senjata dan arahan. Daripada pertemuan yang dipenuhi perbalahan. Daripada konflik keluarga dan tradisi keturunan, mereka diseret ke medan yang lebih gelap. Setiap misi membawa pulang sama ada tubuh, atau khabar duka. "Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya." - lan Purnama Misi semakin berbahaya. Dan satu figura gelap muncul membawa persoalan yang menggugat segalanya. Apabila negara tidak lagi memberi keadilan, dia memilih untuk mencipta hukumnya sendiri. "Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi." - Sarkar Apa kehilangan yang mahu Sarkar wariskan, sehingga peperangan tidak lagi tentang musuh dan negara? Dan apabila giliran mereka tiba, siapakah yang akan pergi selamanya, ditelan kegelapan tanpa jejak? Bukankah cahaya paling bermakna lahir ketika segalanya gelap? Ketika fajar bertemu bulan, Aurora dan Purnama menyalakan dunia yang hampir tenggelam. "Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali," START: 25/6/2025 END: 15/8/2025
Hiatus | Encik Kapten Pilihanku  by eynaakim
eynaakim
  • WpView
    Reads 84,534
  • WpVote
    Votes 4,555
  • WpPart
    Parts 47
𝐅𝐎𝐔𝐑𝐓𝐇 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 | "Dia tidak pernah berjanji akan sempurna, tapi cintanya sentiasa cukup untukku." Nufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah dan sentiasa rendah diri. Hidup lelaki itu serba ada, dia boleh memiliki apa-apa sahaja yang dia mahu tetapi hanya satu yang sukar untuk dia dapatkan, itu adalah memiliki hati seorang gadis yang sudah 15 tahun dia sukai. Eryna Nafeesa, gadis lepasan diploma yang tangguhkan pengajian degreenya demi menguruskan adik-adiknya yang masih sekolah. *** Peristiwa gelap berulang kembali sewaktu sepasang mata Eryna mula memperlihatkan kecurangan tunangnya, Lutfi bersama sepupunya sendiri dua minggu sebelum majlis nikahnya berlangsung. Namun, dia tidak terusik dengan kecurangan lelaki itu kerana perkahwinan ini bukan lah dia inginkan, dia hanya turuti permintaan mama sahaja. *** "Saya ikhlas letakkan diri saya untuk kahwin dengan awak, Eryna. Tentang papa awak, saya usahakan untuk minta keizinan dia. Bagi saya peluang untuk jadi suami awak, sehidup dan semati dengan awak." - N.A Hadir pula Nufail yang sudi menggantikan tempat bekas tunangnya sebagai suaminya demi menjaga maruah keluarga dia sekali gus maruah keluarga lelaki itu juga, memandangkan sepupunya juga merupakan tunangan si dia. "Boleh ke saya percayakan awak, Nufail?" - EN "Saya tak minta awak percaya, cukup usaha saya yang jadi bukti," - NA Mampukah usaha Nufail dalam misi memikat hati Eryna berjaya? Gadis yang sama dia sukai selama 15 tahun lamanya. Dan mampukah Eryna untuk terima kewujudan lelaki yang serba boleh seperti Nufail sebagai suami sahnya? Start: 3 June 2024 End: x ___ 2024
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 63,582
  • WpVote
    Votes 4,164
  • WpPart
    Parts 59
Menjadi anak bongsu dan satu-satunya perempuan dalam kalangan tujuh orang abang bukannya satu keistimewaan buat Alya. Di sebalik gelaran 'puteri', ada kasih sayang yang kadangkala terasa menyesakkan dan tembok perlindungan yang terlalu tinggi untuk dipanjat. Kehidupan mereka lapan beradik adalah simfoni yang pelbagai nada; ada abang yang tegas melindungi, ada yang lembut memujuk, dan ada yang diam memendam rahsia. Namun, tawa dan hiruk-pikuk harian mereka sebenarnya hanyalah sebuah tabir. Di sebalik bahu-bahu yang gagah itu, tersimpan retak yang kian menjalar dan luka lama yang enggan sembuh. Apabila satu demi satu rahsia silam mula tersingkap, Alya tersedar bahawa tugas menjaga bukan lagi milik abang-abangnya semata. Ternyata, wira-wiranya juga manusia biasa yang boleh hancur. Kini, Alya perlu belajar menjadi kekuatan buat mereka, membalut luka yang sekian lama terbuka, sambil memastikan ikatan persaudaraan mereka tidak karam dipukul badai rahsia. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 386,520
  • WpVote
    Votes 14,920
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT