hajarazharr's Reading List
7 stories
[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED] by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 11,056,820
  • WpVote
    Votes 262,859
  • WpPart
    Parts 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah ini mewarisi anak mata ibunya iaitu Datin Quin Avin. Anak mata yang berwarna hazel cair itu mendapat perhatian ramai orang. Ciri-ciri yang ada mendorongnya untuk kekal sebagai model sementara di brand berjenama dari Malaysia iaitu Q. AV's yang dimiliki sepenuhnya oleh Datin Quin Avin. Dalam diam, rupa-rupanya dia telah lama diperhatikan oleh seseorang. "Touch her and i'll kill you. Did you hear that ?" -Aryan Froy Louise. Jejaka bermata biru yang dianggap sempurna oleh semua gadis itu tiba-tiba muncul dalam hidup Quin Avrin. Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata. Siapakah dia yang sebenarnya? Hidup di dunia yang penuh dengan darah bukanlah satu dugaan bagi Aryan, tetapi ianya dianggap sebagai takdir. Pilihan berada di tangannya, sama ada mahu membunuh atau dibunuh. "He's not a killer, but I am" -Ariq Frandy Louise Adik kepada si hero sentiasa menimbulkan masalah. Tetapi dia jugalah yang akan menyelesaikan masalah. Itulah dia, lelaki yang digelar Fran. Published under Fajar Pakeer (June 2022) Sem Malaysia - RM28 Sabah / Sarawak - RM31 [Action + Romance + Comedy] Slow-Fast Story Idea hak cipta milik © ariaseva Start: 19th January 2018 End: 10th March 2018 (wattpad) ⚠️ Untuk pembaca matang. ⚠️ Jangan terkejut jika anda lebih meminati adik hero berbanding dengan hero. Kerana saya juga begitu. ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita. ⚠️ Cerita ini adalah rekaan semata-mata. ps: Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,642,313
  • WpVote
    Votes 480,149
  • WpPart
    Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,558,025
  • WpVote
    Votes 340,893
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,323
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,224,480
  • WpVote
    Votes 272,152
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,529,648
  • WpVote
    Votes 256,973
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Bayang Mateen by dkHajar
dkHajar
  • WpView
    Reads 31,135
  • WpVote
    Votes 1,258
  • WpPart
    Parts 11
"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tenggara. Digelar Iron Lady oleh rakan sejawat, wanita berusia 29 tahun ini bukanlah disenangi oleh orang lain. Tegas, optimis, tidak akan berkompromi dan hanya mahu bekerja solo, itulah sifat dirinya. Kapten (Udara) ABDUL MATEEN menyahut cabaran paduka ayahanda untuk meninggalkan kerjaya impian dan membuktikan kemampuannya dalam Tentera Laut Diraja Brunei. Dia sanggup disenaraikan dalam Ops Asean demi memperoleh kepercayaan ayahandanya selepas satu insiden yang membuat baginda murka. Bukan satu kepala. Hanya dua individu tanpa persefahaman. 300 hari untuk berjuang demi negara. Pertelingkahan dan pergaduhan berlaku setiap hari antara dua wira ini. Namun setelah ratusan hari dihabiskan bersama, wujud satu rasa asing. Mampukah mereka bersandiwara dengan topeng profesionalisme yang tinggi demi menghiraukan cinta yang mula berputik?