novel🐒❤
7 stories
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,801
  • WpVote
    Votes 15,573
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
Percaya Pada Janji | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 50,672
  • WpVote
    Votes 4,718
  • WpPart
    Parts 26
8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi lama-lama, cinta ke mana sayang ke mana! LUTHFAN RAZIN ; Dia pernah kata semua perempuan itu hipokrit. Pandangkan rupa dan luaran semata-mata. Tiada perempuan yang ikhlas dalam bercinta. Tapi selepas bertemu dengan seorang gadis bertopi atas kepala, Luthfan sedar, tak semua perempuan begitu. Uya dan Luth. Kedua-duanya ada pengalaman pahit dalam hubungan cinta. Uyaina ditinggalkan kekasih, Luth ditinggalkan tunang. Kerana? Orang ketiga. Pertemuan pertama mereka, penuh dengan salah faham. Uyaina fikir Luthfan lelaki buta hanya kerana Luthfan hampir dilanggar kereta ketika mahu melintas jalan. Sehingga lah selepas empat tahun kembali mempertemukan mereka. "Jadi isteri saya." - LUTHFAN. "Gila! Lelaki gila!" - UYAINA. Kata Uyaina, Luthfan lelaki gila. Jumpa baru beberapa kali, kenal pun tak, tiba-tiba lelaki itu ajak kahwin. Ingat dia ni anak patung? Barang dagangan yang boleh dibeli begitu sahaja? "Izinkan saya jadikan awak isteri saya. Saya janji akan bahagiakan awak. Pegang janji saya," - LUTHFAN. Uyaina terima. Kerana janji Luthfan. "Saya tak perlukan awak, Luth. Tinggalkan saya."- UYAINA.
Dia Tetap Sempurna [PUBLISHED UNDER KARYA SENI] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 921,942
  • WpVote
    Votes 41,216
  • WpPart
    Parts 21
Kisah Eskandar Arasyah x Dara Nailufar. Sekian. Selamat membaca ~ One day, you'll encounter with someone who wants to learn about your past, not to judge you but to understand and show you that you also deserve to be loved.~
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,239
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
TAK ADA CINTA SEPERTIMU by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 335,679
  • WpVote
    Votes 2,365
  • WpPart
    Parts 10
WHATSAPP 013 2588069 www.dearnovels.my Tajuk: TAK ADA CINTA SEPERTIMU Penulis: ANNA MILIA ISBN: 978-967-2116-09-7 Harga: RM25.00 / RM28.00 Penerbit: DEAR NOVELS ENTERPRISE M/s: 600 Kapsyen: Cintaku untuknya bukan kerana dia sempurna, tetapi kerana dia yang menyempurnakanku. Blurb: Panas! Meletep Kebabom! Itu yang dirasakan oleh Hazran setiap kali bertemu Athea. Ketika pertemuan pertama, gadis yang disangka janda anak dua itu berebut pek Panadol dengannya. Berlakulah siri pertemuan seterusnya. "Awak lagi?" - Hazran "Apa salah anak-anak saya kali ni?" - Athea Cermin tingkap rumahnya dipecahkan dan kucing kesayangannya dicuri. Semuanya angkara Athea dan anak-anak. Malah, Athea punca dia putus tunang dengan Bella. Namun, siapa sangka jiran yang dipandang jelik sebelum inilah yang mencuri hatinya. Athea mungkin pemilik tulang rusuknya. "Saya sayangkan awak. Saya nak kita halalkan hubungan kita supaya kita boleh sama-sama jaga ayah dan anak-anak." - Hazran "Macam mana dengan ibu awak?" - Athea Hazran perlukan restu uminya yang terlalu prejudis terhadap Athea. Misi undercover dilaksanakan oleh umi dan ayah untuk mengenali bakal menantu mereka. Warga emas jadi spy? Memang menangislah Hazran.
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 205,893
  • WpVote
    Votes 4,701
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ