JuneTheJuno
Daerah Al-Mawaddah, daerah suci tempat persemadian terakhir para jiwa yang terkorban akibat kerakusan bangsa laknat yang memusnahkan segala. Tanah yang menyaksikan bercerainya kenyataan daripada khayalan, lambang kedamaian syurga yang tidak menjangkit pada realiti dunia. Tanah hiasan terakhir buat jasad-jasad lambang manusiawi.
Akibat kerakusan bangsa elitis yang bergabung kuasa, dunia semakin menghampiri kehancuran.
Detik kebinasaan semakin tiba
Peperangan telah memusnahkan segalanya.
Yang dahulunya hamparan hijau beratapkan langit biru bertukar jadi debu.
Kota dibanjiri darah dan isi-isi manusia, bangunan hancur menyembah bumi, umat manusia menjadi pelarian di tanah sendiri.
Yang tinggal hanya bau hamis bangkai memenuhi angkasa, juga bunyi pekikan, lolongan dan tangis manusia.
"Laknat bangsa gila kuasa itu"- Jeneral Chen
"Jeneral, sedarkan kau akan risiko yang akan kita ambil ini? Sudah jutaan nyawa terkorban petang tadi, mampukah kita membiarkan jutaan lagi nyawa terkorban esok hari? Ini keputusan yang luar dek capaian akal, Jeneral."- Saidatina Akhtar Aisyah
"Ini peperangan, Aisyah. Nyawa akan sentiasa terkorban. Mungkin bukan hari ini tetapi mungkin hari esok. Kita ambil sahaja peluang yang ada! Sampai bila kita hanya mahu bersembunyi seolah tikus di dalam pembetung?"- Captain Harry Falcon
Pangkalan 48 bersiap-sedia untuk peperangan baharu kearah secebis harapan tipis yang menentukan segalannya.