Special book
89 stories
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 356,392
  • WpVote
    Votes 21,945
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
Mr Bibik by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 13,973
  • WpVote
    Votes 187
  • WpPart
    Parts 6
"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman "Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje." - Aulia Izzatunnisa Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu. Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah. Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga. Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula. Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia. "Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa." - Firas Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz? KAPSYEN: Kaulah teman, kaulah musuh dan kaulah syurgaku...
Sampai Bila by LailaQaisara
LailaQaisara
  • WpView
    Reads 665
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 1
.
Denda Cinta by H4R33z
H4R33z
  • WpView
    Reads 23,605
  • WpVote
    Votes 1,423
  • WpPart
    Parts 11
Misi menjejaki siapa ayah kandung, dia bertemu Aisha. Hati menjadi nanar melihat keperibadian gadis itu... Tingkah menjadi serba tak kena. Dia buat kerja gila sehingga mengheret gadis itu ke dalam dilema antara dia dan ibunya. Kahwin hanya untuk menyakiti hati ibunya. Siapa dia? Adakah Aisha sanggup menjadi pak turut? Cerita pendek dari Sufea Hareez... Enjoy reading...
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,072,452
  • WpVote
    Votes 154,059
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
MARYAM | Best Seller  by pena4kayu
pena4kayu
  • WpView
    Reads 66,052
  • WpVote
    Votes 1,260
  • WpPart
    Parts 28
Blurb/ Sinopsis: Empat tahun Maryam belajar bangun dari runtuhan hati, tetapi hanya untuk runtuh semula setelah Karl muncul tanpa disangka. Karl itu kebodohan silamnya. Dan munculnya lelaki itu bukan dengan status kosong. Dia muncul dengan status sebagai kekasih orang. Maryam mesti kuatkan jiwa, tetapi sampai bila? Karl begitu menduga dan dia tidak tahan diduga. "I hope one day you'll find your heart back, supaya awak boleh belajar menjadi manusia semula." - Maryam "Jangan cabar saya, Maryam. You wouldn't like to see what happens when you fight fire with fire." - Karl Karl tak sudah-sudah menuduhnya bersalah. Salah lelaki itu sendiri, kenapa tak dibahaskan? Atau memang masih ada cinta yang tersimpan antara mereka berdua? "Karl, awak dah janji." "Janji apa?" Tenang langkah Karl mendekatinya. Huru-hara hatinya. "Awak... awak dah janji takkan takkan sentuh saya. Saya setuju tinggal dengan awak sebab awak dah janji." "Hurm..." Hanya itu jawapan Karl. Langkahnya semakin pasti mendekati Maryam. "Dah ditakdirkan malam ni saya tak nak tepati janji tu." Kalau benarlah masih ada cinta, Maryam minta dilepaskan. Banyak hati yang perlu dijaga. Malah, Karl bukan lagi idaman, tetapi ancaman! "Awak kesilapan terbesar saya, Maryam. Awak tak patut hidup dalam hati saya. Awak patut mati." - Karl Ada cinta yang belum habis. Ada kesumat yang belum tamat dan ada sengketa yang perlu dileraikan, sedangkan waktu terus berdetik. Lambat satu saat, mungkin ada nyawa yang akan pergi. "Saya nak buat apa dengan dia?" "Bunuh dia." °° Jualan secara online sahaja °° Tiada di kedai buku °° Wasap +6010-449 7835 untuk pembelian
9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book] by akuorgbiasa
akuorgbiasa
  • WpView
    Reads 115,065
  • WpVote
    Votes 7,060
  • WpPart
    Parts 25
Link to purchase ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/314476/syarat-yang-ke-3 "Ok, I boleh tolong you. Tapi dengan 3 syarat." "Spill..." "Syarat pertama, you kena bagi all of your social media username. And you have to accept my follow and friend request." "Lame and childish. But anyway, agreed. Second?" "Syarat kedua, you owe me 2 breakfast, 2 lunch and 2 dinner dates." "Eh, melampau pulak syarat you ni!" "Nak ke tak nak? Kalau tak nak, sila lah cari subjek lain. I tak rugi apa." "Fine!! Syarat ketiga?" "Syarat ketiga..." dia berhenti dan menghampirkan jarak antara wajah mereka, "...don't.ever.fall.in.love.with.me." Sepatah-sepatah dia berbicara. Syasya sengih sinis. "Consider it's done, Mr!" Syarat ketiga tu kacang goreng! Apa dia ingat dia charming sangat ke sampai nak jadikan syarat bagai jangan jatuh cinta dekat dia? Pigi dah! Perasan tak boleh belah. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Maka dia setuju, tanpa sedikit pun rasa teragak-agak. Tanpa dia sedari, syarat ketiga itu, bakal memakan diri...
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)  by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 653,060
  • WpVote
    Votes 20,214
  • WpPart
    Parts 79
Mengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begitu juga dengan Dayana yang menemukan jodohnya namun separuh dari dirinya rapuh. Rapuh saat kedua orang tuanya memulaukannya dan dia tidak menyangka...Milhan ada di saat dia susah. Lelaki itu...sentiasa ada di saat dia memerlukan. Mereka saling mengenali lalu membibit rasa cinta dan sayang di hati mereka. Bak kata orang, laut mana yang tidak ditimpa badai...begitu juga dengan rumahtangga mereka. Kesetiaan dan cinta mereka diuji dengan kemunculan orang ketiga.
Tentang Rindu by TypewriterPink
TypewriterPink
  • WpView
    Reads 2,581
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 2
tentang jea tentang ian tentang keluarga jea tentang keluarga ian tentang cinta tentang rindu
PAWKY by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 690,890
  • WpVote
    Votes 24,695
  • WpPart
    Parts 58
Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha? Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan... Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!