zaidazaidi's Reading List
6 stories
"T" by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 577
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 10
Villa yang lama ditinggal akibat kebakaran kini dijadikan rumah anak yatim. Aiman, kanak-kanak cacat yang kematian ibu dan ayah akibat dibunuh telah datang ke villa tersebut bersama pembantu rumahnya untuk minta perlindungan.
PERNAH DIA BAHAGIA by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 30,392
  • WpVote
    Votes 1,519
  • WpPart
    Parts 43
Cerita tujuh tahun lepas... Julia & Raffi hampir disatukan. Tapi kerana Raffi, impian Julia hancur. Bertunang dengannya tapi berkahwin dengan gadis lain.Dendam tercipta, Raffi dibenci. Cerita sekarang... Raffi kembali menagih cinta dan kemaafan daripada Julia. Sesungguhnya apa yang terjadi bukan kehendak dia. "Jue kalau awak ingat saya lupa awak, awak silap. Sekali pun saya tak pernah lupa awak. Inilah hikmah kenapa kita dipertemukan kembali. Saya tak mahu bertangguh lagi.Awak perlu tahu apa yang ada dalam hati saya. Ada janji saya dengan awak yang saya belum tunaikan." "Janji dulu dah tak terpakai sekarang." "Saya tahu awak nampak yang saya masih cintakan awak. Jue, sepanjang kita bersama kita bahagia.Sekali pun saya tak pernah sakitkan hati awak. Hanya sekali itu je silap saya." "Yang sekali itulah yang paling saya tak boleh lupakan. Awak yang batalkan majlis kita dulu awak, ingat?" "Itu bukan kehendak saya." "Oh maknanya awak saja-saja nak batalkan majlis. Lepas tu kahwin dengan perempuan lain. Awak batalkan majlis kita. Tujuh tahun berlalu pun, orang masih mengata saya dan keluarga. Saya malu!" "Kalau awak tahu apa yang saya rasa selama ni...saya menderita sangat Jue."
AKU LELAKI SEJATIMU - Special Edition (COMPLETED) by NureenMirza
NureenMirza
  • WpView
    Reads 17,674
  • WpVote
    Votes 749
  • WpPart
    Parts 4
Kisah Haidar dan Lili. Lanjutan dari novel AKU LELAKI SEJATIMU yang kini berada di pasaran. Boleh dapatkan naskhah AKU LELAKI SEJATIMU di kedai-kedai buku di seluruh negara atau pesan secara online dari Penerbitan Idea Kreatif.
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸   by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 61,275
  • WpVote
    Votes 3,366
  • WpPart
    Parts 50
Dulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Baru nak angkat. Saya telefon daripada tadi kenapa tak jawab?" "Siapa ni?" Tanya suara di hujung talian. "Takkan tak kenal suara bakal isteri sendiri." Menyindir! Perasaan benci tiba-tiba terbit dalam diri sebaik mendengar suara garau Hazrain. Kalau dengar suara sudah benci apatah lagi tengok muka. "Kau nak apa telefon malam-malam? Tak ada adab ke? Tak tahu orang nak tidur ke apa ke? Biadap betul!" "Cakap pasal adab, macamlah kau tu ada adab sangat. Perangai macam setan!" Tu dia. Jangan main-main dengan mulut Jasmin Fallina. "Apa masalah kau ni perempuan? Telefon nak cari gaduh dengan aku ke?" "Amboi garangnya." Telefon dijarakkan daripada telinga apabila mendengar jeritan Hazrain. Boleh pecah gegendang telinganya. Tapi puas juga hati dapat buat Hazrain melenting malam-malam buta. Hebat aku! "Saya nak jumpa awak." "Siapa kau aku nak kena jumpa?" "Okey macam ni. Jujur cakaplah. Saya tahu awak ada rancangan. Kalau tak awak tak akan beria-ria nak kahwin dengan saya. Cuma saya tak tahu apa rancangan awak. Tak nak share dengan apa saya rancangan awak?" Tutt... "Kurang ajar! Aku tak habis cakap dia dah letak. Jangan lupa vote⭐️
TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintaku by sarahezra
sarahezra
  • WpView
    Reads 6,333
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 27
Sebuah kisah cinta mengusung rindu bertahun lama, terhimpun pada setiap sujud namun ia menjadi puing-puing yang berserakan saat fitnah dan dusta bagai kain nipis yang melangsiri antara dua jasad dan jiwa ingin bersatu. Halus dan licik. FIRMAN. Saat berkelana mempertemukannya dengan Fusaylah, Birgitta namun dia terkesan dengan kemunculan semula Zafeya. Kehadiran Zafeya bukan sesuatu yang kosong pada dirinya. Firman teruji rasa yang hebat, bila sang gadis bukan sahaja menolak cintanya, tetapi juga membuang cinta TUHAN! ZAFEYA. Saat citra muslimahnya dibadai ujian cinta manusiawi, dia merasakan tuhan amat kejam. Dia dilanda krisis kepercayaan, lelah dan terhanyut sehingga dia begitu tega mempersoalkan sifat Ar-rahman dan Ar-rahim tuhan. "...dan usahlah berkata bahawa tuhan itu tidak akan membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Demi tuhan, dia lebih mengetahui bahawa saya lemah dan bisa larut dalam derita berpanjangan begini, tapi kenapa dia masih memberi saya ujian ini? Bukankah ini bermakna dia zalim?"~Zafeya Ayat surah Al-Baqarah ayat 286 itu dipersoal membuatkan Firman beristighfar lebih panjang bersama nafas yang beralun kesal. Hatinya benar-benar runtun menghadapi kata-kata yang dilanda krisis kepercayaan. Zafeya sedang parah, tapi di sisinya, apa yang mampu dia lakukan? Adakah dia harus mengherdik gadis itu kerana penafiannya tentang kewujudan tuhan? Atau apakah dia perlu mendiam diri saja lalu melihat gadis itu terus hanyut dalam rasa putus asanya terhadap tuhan? Dalam menuntun kembali Zafeya agar seiring dalam meraih cinta tuhan, dia juga tersepit dengan cinta Najlah yang tidak pernah terhenti buatnya. Saat fitnah bersebaran, cinta kian berantakan dan mereka bergelut rasa ingin memiliki dan rela melepaskan. Mampukah mereka menyatu dalam rindu yang terhimpun? 500 Naskhah terhad. Dapatkan segera, sehingga 1 april 2019.
Dia...Random Guy by FarahHusain
FarahHusain
  • WpView
    Reads 15,393
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 9
Kerana tidak mahu dicop sebagai 'loser', Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka 'random' untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. " You are one heartless man! Saya harap.... Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu." - Alina "You know what, I take back my word. You ni bukan gila... but downright psycho. Go and get a treatment!"- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. "You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?"- Amzar "Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!"- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi 'layanan bahu sejuk'. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! 'Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah'. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. Hairi atau Dia... Random Guy? HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak IDEA KREATIF PUBLICATION.