Reading list
3 stories
R U B I E N A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 5,253,426
  • WpVote
    Votes 119,920
  • WpPart
    Parts 43
[DITERBITKAN] Rubiena Haiyan Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi? Aku terluka dengan luka kehidupan Terluka sehingga matahari turut menangis bersama Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku Terlihat sayap lebar bersama butiran udara Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta Iringilah aku walau hanya sebentar... Zach Stanislav Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau Tidakkah kau mahu kembali? Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta Bawa dia pulang kepadaku semula... RubiZach Ada apa dengan kita? Ada apa dengan kita? Oh sayang, ada apa dengan kita? Kita dulu tinggal bersama Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita? Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua? Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari? Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang? Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut. "Do you know who the little girl who lives down the lane?" "Rubiena Haiyan." 🍁🍁🍁
Oi, umurku 28! by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 1,547,666
  • WpVote
    Votes 74,032
  • WpPart
    Parts 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir tiap hari mama akan membebel dan asyik salahkan aku di atas sebab Herman kini dah kahwin lari dengan Mimi. Aku makin tertekan bila aku juga dah disuruh pindah kerja dari mengajar murid tadika ke murid tingkatan enam atas. Bukan itu sahaja, ianya adalah Sekolah Tinggi Lelaki Gadong Brunei. Sekolah yang dilabel sekolah deliquent di Brunei. Masalah betul.
• bu𝓭ak bukit • by ehsanqeri
ehsanqeri
  • WpView
    Reads 401,594
  • WpVote
    Votes 14,997
  • WpPart
    Parts 200
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia meleraikan segala misteri yang menghantui daerah tersebut sejak beratus tahun lampau? • Sebuah fiksyen remaja perihal persahabatan & pengorbanan di antara dua dunia berbeza. Dikisar & dibumbui dengan misteri, mistik, petualangan remaja, fantasi, humor, action adventure, drama.. juga sekelonet erotik. • Tiada watak utama yang melebihi usia enam belas tahun dalam novel ini. Tapi watak-watak sampingan ada yang berusia ratusan tahun. Definisi DUA DUNIA BERBEZA : • Dunia Nyata & Dunia Khayalan • Dunia Halus & Dunia Kasar • Dunia Baik & Dunia Jahat • Dunia Melayu & Dunia Inggeris • Dunia Kini & Dunia Lampau • INI SEBUAH NOVEL'LA (novel panjang berjela) BUKAN HIMPUNAN / KOLEKSI CERITA SERAM / CREEPYPASTA atau CERPEN • SO JANGAN EXPECT SETIAP CHAPTER ADA 'BENDA' TU • "Akak tau, ape sebab Esan datang. Akak jugak tau, ape yang sedang bermain di fikiran Esan saat ini. Akak dah lama makan garam le. Akak masak sesangat bila tengok raut wajah budak jantan macam Esan ni." "Terbang dan pergilah engkau ke rumah di hujung hutan sana. Tamatkan riwayat budak lelaki bernama Ehsan. Selepas itu, tujuilah engkau ke rumah agam pusaka penjajah atas bukit itu. Cari dan habiskan nyawa seorang lagi musuh bapak, Aidan namanya." #1 IN HORROR : • 17.11.18 → 29.11.2018 •17.4.18 →30.4.2018 •18.3.18 →21.3.2018 • 17.2.18 → 2.3.2018 • 7.2.18 → 16.2.2018 • 29.1.2018 → 5.2.2018 #1 IN PARANORMAL : • 27.11.17 → 5.12.17 • 15.11.17 → 17.11.17 • 23.6.17 → 28.6.17 • 6.4.17 → 8.4.17 • 16.1.17 → 16.2.17 • 28.12.16 → 29.12.16 • 3D cover by me • models : dartanian sloan & davey • with glossaries