xxgrlo's Reading List
3 stories
Menantu Abah by _asharaa
_asharaa
  • WpView
    Reads 211,068
  • WpVote
    Votes 4,089
  • WpPart
    Parts 33
Raisha termenung. Sudah dua jam dia di dalam bas. Ada lagi tiga jam sebelum dia sampai ke Terminal Bandar Tasik Selatan. Bermacam perkara yang bermain di fikirannya sekarang. 'macam mana ni? macam mana kalau abah pelangkung aku nanti bila dah sampai rumah? macam mana aku nak terangkan keadaan yang sebenar? macam mana?' Raisha memandang lelaki yang sedang terlentok tidur disebelahnya. Keadaan bas yang bergerak ke kiri kanan membuat kepala lelaki itu turut sama terliuk lentok mengikut pergerakan bas. Ikutkan hati mahu saja dihumban lelaki itu ke luar. "ini semua petaka! mala petaka paling besar dalam hidup aku!"
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )  by Lildaeiry
Lildaeiry
  • WpView
    Reads 385,226
  • WpVote
    Votes 9,721
  • WpPart
    Parts 49
" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari pernikahan mereka. Namun takdir lain, nyatanya ikatan cinta itu tidak bertepuk sebelah tangan, malah menyatukan dua jiwa yang akhirnya teguh memegang tali cinta. " Perjalanan dan pergorbanan kau tidak pernah mudah, malah walau petir ribut atau dunia menentang sekali pun, aku akan tetap disini Syuhada, kerana kau satu-satunya yang aku mahu, yang harus satu-satunya buat aku, Haikal Amirul. " Note : Pls new readers, boleh stop tanya psl timelap dlm cerita ni. Bukan tak nak baiki, saya ada kehidupan dan keperluan yang lebih penting dari revisi cerita ini. Berfikir untuk unpublish dari chapter 1 semula tetapi banyak readers yang tak setuju. Tolong hargai pihak author juga. Kalau tak boleh toleransi, go write your own book :)
KERINDUAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,227
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerinduan Penulis: Pena Kayu Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-24-3 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Penulisan2u DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA! NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA PENGHANTARAN SECARA PERCUMA! Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran 'J' saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan. Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya. Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff. "Saya nak Aliff." - Din "Tak boleh. Aliff selesa dengan saya." - Hajar "Saya ayah saudara dia." - Din "Saya bonda dia." - Hajar "Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal." - Din Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri. Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff. "Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff." - Hajar "Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.