Lovestory
3 stories
🔞LELAKI YANG DIA CINTA by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 195,736
  • WpVote
    Votes 8,476
  • WpPart
    Parts 52
spin off The Loyal Hunter Megat Hadi menerima gadis pilihan keluarga. Dia kembali ke kampung dengan satu janji, untuk menyunting si gadis menjadi isteri. Di perjalanan, Megat Hadi bertemu seorang gadis yang menyakitkan hati dia. Perempuan itu tak nak mengaku bersalah pada awalnya. Bila melihat wajahnya, perempuan itu sama seperti perempuan lain. Perempuan tak tahu malu! Pantang tengok lelaki hensem. Deena Wahida perempuan yang menyimpan satu perasaan cukup lama terhadap seorang lelaki. Tiga tahun dia menunggu lelaki itu. Dia tetap tak putus asa walau bayang pun dia tak nampak. Pertama kali berjumpa Megat Hadi, dah berjaya buat dia tertarik tambah-tambah lagi si jejaka adalah seorang pegawai polis. Kali kedua hatinya terusik. Deena cuba mengusir perasaan yang mulai tumbuh untuk Megat. Dia bakal ditunangkan dengan lelaki pilihan ayahnya. Disebabkan dia anak yang mendengar kata, dia akur. Hariz Iskandar lelaki yang paling terkesan dengan berita pertunangan Deena. Namun dia terpaksa lepaskan sebab hati Deena bukan milik dia. Tapi, dia akan menunggu sehingga Deena nampak kewujudan dia. Tiba hari pertunangan, Megat dan Deena masing-masing terkejut. Megat tak suka, Deena bukan main gembira. Lagi Megat tak suka, lagi Deena suka. Dia nekad akan buat sampai Megat sukakan dia. Sehingga suatu saat dia dah terlalu penat. Cinta Megat memang tak mampu dia gapai. Dia rela berundur diri demi kebahagiaan Megat. Masa ada tak dihargai. Bila tiada di depan mata mulalah mencari. Megat kesal dengan apa yang terjadi. Cuba mengejar cinta sejati yang dah pergi jauh darinya. Bila rahsia terungkap lagilah dia terkesima. Adakah cinta itu tetap milik mereka berdua atau milik lelaki yang pernah Deena cintai atau milik Hariz lelaki yang setia menunggu Deena?
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 770,465
  • WpVote
    Votes 22,645
  • WpPart
    Parts 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 799,868
  • WpVote
    Votes 26,901
  • WpPart
    Parts 76
2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibiarkan mencari kasih sayang dari orang luar. Pertemuannya dengan Arif Aihan iaitu adik lelaki kepada rakan baiknya telah menjentik satu perasaan. Perasaan ingin dekat dengan lelaki itu. Sikap prihatin dan mengambil berat lelaki itu padanya membuatkan Eleanor lebih berusaha untuk menawan hati kosong lelaki itu. "Saya nak jadi bini awak." Terus dicop biul oleh Arif Aihan apabila ayat itu diluah dari mulut Eleanor. "Awak tak suka saya ke?" "Suka, tapi sebagai adik." Eleanor pasrah tetapi jauh di sudut hati, tidak pernah dia berputus asa untuk memikat lelaki itu sehinggalah dia menghilangkan diri untuk mencari kebahagiaan yang rupanya palsu. "Kahwin dengan aku Lea. Aku akan jaga kau lepas ni." "Tapi awak anggap saya macam adik awak. Saya tak nak kahwin sebab awak kesiankan saya." Puas ditimbang baik buruk untuk menerima lamaran Arif Aihan dan akhirnya dia bersetuju. Dapatkah Eleanor mencuri hati lelaki yang asalnya menganggap dirinya sebagai adik itu bertukar kepada isteri? Dapatkah Arif Aihan melindungi Eleanor seperti mana dia telah berjanji kepada bapa wanita itu? 💫 Arif Aihan Arian - Tegas, kasar, protective 💫 Eleanor Nadra Emran Nor - Independent, manja 🌼 Konflik ringan. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita kedua saya. Untuk lebih memahami dan mendalami jalan cerita, diwajibkan untuk baca 1st HIS Series, Lee's: His Saviour. 🌼 Dah baca nanti, vote and komen lah! Hihi Thank you! Start: 1.1.2024 End: 10.3.2024