𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗢𝗦𝗖𝗔𝗥
23 stories
TAKLUKAN NAFSU & JIWA by AyraIrdienn
AyraIrdienn
  • WpView
    Reads 5,563
  • WpVote
    Votes 72
  • WpPart
    Parts 9
🔞"BACAAN 18 TAHUN KEATAS SAHAJA"🔞 Dia bukan sekadar wanita biasa. Dia kunci antara dua dunia... dan nyawa bagi keduanya. Adinda hidup dalam dunia nyata-seorang wanita yang kelihatan biasa, namun setiap malam jiwanya dicampak ke dalam dunia asing bernama Ratajuna. Dunia di mana langitnya bernafas, tanahnya menyimpan sumpah, dan nafsu adalah senjata paling mematikan. Di Ratajuna, Adinda jatuh ke dalam takdir yang tak pernah diminta. Dia menjadi pengikat kepada dua sosok misteri-Jebat, pendekar bernafas dendam yang haus bela, dan Kasturi, srikandi yang menyembunyikan luka dan cinta. Dari rahim Adinda, lahirlah benih yang bakal menjadi penyelamat... atau pemusnah mutlak. Tapi dunia tidak pernah adil kepada wanita yang menyimpan kuasa. Kaum dari Dunia Ketiga menganggap Adinda sebagai ancaman besar. Mereka mula memburu, bukan sekadar tubuhnya-tetapi jiwanya. Dalam mimpi-mimpi yang kian mengganas, dia mendengar bisikan dari bayi dalam kandungan. Bukan tangisan... tetapi amaran. Adinda kini diburu dari dua arah-oleh makhluk yang mahu menghapuskan darahnya, dan oleh takdir yang mahu menundukkannya. Untuk bertahan, dia mesti menguasai kuasa dalam dirinya, menakluk nafsu yang membakar tubuhnya, dan menjinakkan jiwa yang kian liar dalam gelap. Kerana dalam perang antara dunia, hanya satu jiwa akan tinggal hidup.
Nama Aku Adam by amaliamasrom
amaliamasrom
  • WpView
    Reads 587,193
  • WpVote
    Votes 26,308
  • WpPart
    Parts 23
Mak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,222,447
  • WpVote
    Votes 119,225
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
Yang Teristimewa by fork32
fork32
  • WpView
    Reads 376,133
  • WpVote
    Votes 1,545
  • WpPart
    Parts 11
Satu pagi tu, masa aku keluar nak ke kebun, aku tengok dia jalan kaki. Selalunya dia naik motor ke sekolah. Aku pun slow bila sampai kat dia, "Apasal Ida jalan kaki ni." "Motor rosak." Dia jawab, macam biasa. "Jom aku antar." "Tak payah ler. Dah dekat pun." Memang ler dekat, dengan simpang kampung kami, dengan sekolah jauh lagi. Nak tunggu bas, siap ler pukul lapan baru sampai. "Mana ada bas dah le ni. Jom aku antor kat sekolah." "Helmet?" "Ala.... Aku cari ler." Dia naik, pegang bahu aku. Aku singgah pinjam 2 helmet dari kedai member tepi simpang tu dan antar dia terus ke sekolah, lebih kurang lima kilo dari situ.
Yang Teristimewa - Bahagian 2 by fork32
fork32
  • WpView
    Reads 399,174
  • WpVote
    Votes 2,120
  • WpPart
    Parts 17
Pagi Jumaat lepas aku terima panggilan dari ayah, meminta aku pulang segera, mak sakit. Aku terus menerpa balik dengan motor berbekalkan sedikit buku dan nota2 kuliahku. Memang sejak kebelakangan ini aku merasa bersalah terhadap emak dan ayah, jarang benar aku menjenguk mereka, walaupun dihari Raya Haji yang baru lalu. Walaupun kami bercuti seminggu untuk ulangkaji, memang tiada niatku untuk tinggal dirumah. Lebih aman dan tenteram jika aku duduk dikampus. Kini tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menghadapi kertas pertamaku. Memang mak sakit, tapi cuma demam biasa saja. Hari tu aku yang ambil alih tugas Ani menjaga mak, memimpinnya kebilik air, menyudu makanannya walaupun pada awalnya dia kata masih berupaya untuk makan sendiri. Sehari aku tidak keluar rumah. Bila Ani balik dari sekolah petang tu baru aku menyandar diri diruang depan, menonton tv. "Abang tak pegi ke jumpe kawan2 abang? Deme tau abang balik." Ani bersuara sambil duduk dekatku. "Takpe le Ani, abang lebih rase seronok duduk camni." "Bang, kak Ida tak balik sini dah. Pak Teh tak bagi dier balik lepas ari deme nikah tu." Mata aku berair kembali, bibirku terketar2, hatiku masih tersentuh lagi bila mendengar nama itu. Aku tidak beralih, menumpu ke tv. Mungkin Ani dapat mendengar seduku, dia bangun dan duduk mengadap aku.
Pahlawan Silam [Tamat] by PutraLegacy
PutraLegacy
  • WpView
    Reads 97,796
  • WpVote
    Votes 4,513
  • WpPart
    Parts 69
Cover by:SashaChubby @myteddybeargomok. Kisah dendam kesumat yang berusia ratusan tahun dan ketamakan manusia mengejar ilmu duniawi. Pertembungan kuasa yang ampuh mencetuskan gelombang masa.Memerangkap dan mengirimkan dua jagoan ke masa hadapan. Bagaimanakah pengakhiran sengketa mereka?.... Baca sendiri untuk ketahui kesudahannya...hehehe. Salah dan silap mohon dimaafi. Wassalam.
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee by PutraLegacy
PutraLegacy
  • WpView
    Reads 95,867
  • WpVote
    Votes 4,620
  • WpPart
    Parts 83
Cover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membela nasib keluarga..kesabaran serta kecekalan hatinya diuji dalam pelbagai cara. Cinta?!..itu adalah cabaran yang bakal menunggu. Ikuti kisah Roslee aka Berus Lee selanjutnya dalam Pahlawan Silam 2. Selamat membaca..t/kasih.
IDENTITI AKU?!!  by enienurul
enienurul
  • WpView
    Reads 91,378
  • WpVote
    Votes 4,485
  • WpPart
    Parts 35
Hidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidupannya. Terlampau banyak yang dia pendam namun manusia hanya menilai dari luarannya tanpa tahu dalamannya. Dari kecil hidupnya sudah diaturkan oleh takdir dan dia terpaksa mengalas tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh keluarganya sedari dia masih belum lahir lagi. Kehilangan kasih sayang dari seseorang yang bernama abang dan kakak serta kekejaman yang dirasai meruntun jiwa kecilnya. Tiada lagi gelak tawa dan .suara manja dalam kamus hidup gadis ini. Hidupnya kini sarat dgn dendam dan amarah yang takkan terhapus. Ingin tahu siapa si gadis kecil ini? Apa yang telah terjadi padanya? Jom kita ikuti kisahnya dalam IDENTITI AKU?!! ?? Srsly sis kte sis mmg x reti buat sinopsis.. Sorry klau x best..??
Hana by AinolAzman
AinolAzman
  • WpView
    Reads 68,995
  • WpVote
    Votes 603
  • WpPart
    Parts 26
Nur Hana , gadis desa yang hidup bersama dengan datuknya, Pak Hamid. Walaupun kehidupan mereka sangat susah tapi mereka bahagia dan cukup bersyukur dengan kehidupan mereka. Pak Hamid berjanji akan melindungi cucunya sehingga akhir nafasnya. Pak Hamid yakin cucunya pasti akan dalam bahaya jika dia sudah tiada. Permusuhan antara Pak Hamid dengan bekas isterinya yang bernama Puan Zainab itu berlarutan sampai sekarang. Apa yang dirisaukan ialah keselamatan Hana. Sebenarnya apa sudah jadi ?
MISTERI by Penulissepii
Penulissepii
  • WpView
    Reads 22,144
  • WpVote
    Votes 308
  • WpPart
    Parts 21