Koleksi Seram/Horror
15 stories
P I N T U by Jikil_Kimi
Jikil_Kimi
  • WpView
    Reads 16,502
  • WpVote
    Votes 1,392
  • WpPart
    Parts 12
Hijab ada pintunya..Aku membuka dengan niat dan menutup dengan surah Al -falaq..walaupun tak tertutup sebenar benarnya..tapi aku dapat membezakan penglihatan ketika PINTU ini terbuka dan tertutup.Cerita kali ini adalah penampakan yang aku lihat sejak berumur 7 tahun selepas mendapat Hijab sebergini..
PELARIS (TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 21,546
  • WpVote
    Votes 937
  • WpPart
    Parts 11
"Syarat utama pelaris. Cari mayat dan kapak lehernya ambil kepala. Bakar dan simpan abunya. Abunya calit dalam makanan. Kepalanya simpan dalam kedai sebagai pelaris." "Tapi, mayat siapa? Mana saya nak cari?" "Mayat suami kau, Mawar. Semangat dia yang jaga pelaris kedai kau nanti." "Huh?!" "Dan satu lagi kau yang akan buat semua tu, Mawar." Mawar terkesima! ~NOVEL INI TELAH TERBIT DAN DICETAK TERHAD. PROMOSI RM 35 TERMASUK POSTAGE SELURUH MALAYSIA. WHATSAPP 0133110733 UNTUK TEMPAHAN~ #SpecialEdition
DORM (Certot)  by ustazjimin_
ustazjimin_
  • WpView
    Reads 258,624
  • WpVote
    Votes 18,637
  • WpPart
    Parts 116
Apa itu CERTOT? Dalam pale hotak aku lah an, maksud dia Cerita Kontot atau Ketot... Tapi, cerita ni tak pasti nak letak cerpen or certot. Dua² ada dalam ni. Pandai2 koranglah nak discover macam mana. Lagipun aku tahu, ramai yang malas nak baca panjang-panjang. Aku pun camtu gak. Suka yang pendek2 je. So, aku decided nak buat buku ni. Entah seram ke tak.. Aku main ikut hati tangan otak aku ja... Cerita ni kebanyakkan wujud dari otak aku sendiri. Sini juga ialah tempat yang kau akan memaki secara sengaja atau tak sengaja. Oh ye, ni bkn novel tau. Abaikan kat cover book tu. Aku malas nk edit balik.. start : 18/6/16 end : entah, ade idea aku update je Vote (✔) Comment (✔) Rank :- #20 (9/11/16) #15 (14/11/16) #8 (9/11/16) #1 (5/2/2017)
Jangan Baca Cerita Ini! by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 455,509
  • WpVote
    Votes 25,055
  • WpPart
    Parts 89
Terima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, makhluk halus, jin, syaitan dan seumpama dengannya. Dari #46 onwards Cerita-cerita seram rekaan author berkaitan dengan alam misteri or angker. Ada cerita, ada perkongsian ilmu, dan segala jenis cara yang boleh aku sampaikan supaya malam korang akan dihantui oleh hantu-hantu ni. Dan kalau ada cerita berdasarkan kisah benar, aku akan mention awal-awal. Kalau aku tak mention maksudnya tu cerita rekaan lah ye. Mungkin cerita-cerita yang diceritakan di dalam ini tak seram, tetapi percayalah kalau kau sendiri yang mengalami situasi tu di dunia nyata, baru kau tahu apa tu definisi sebenar seram. Selamat membaca. Moga hidup kita dijauhkan dari gangguan makhluk yang sering mahu menggoda, menyesatkan malah nak berkawan dengan kita. Hahaha Akan diupdate setiap kali ada cerita. InsyaAllah.
Sumpah Sundal Sutinah by dhieyaAdlynna
dhieyaAdlynna
  • WpView
    Reads 134,028
  • WpVote
    Votes 6,631
  • WpPart
    Parts 24
"Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" BLURB - (buat pertama kalinya penulis tepek blurb. Sebelum ni tanpa blurb, tapi kalian tetap gigih tunggu tiap bab. Terharu!!!) "Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah. Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah. "Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga "Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila "Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina *Bab Akhir untuk siaran wattpad sudah ada. InsyaALLAH, kalau ada rezeki akan ada versi cetak #sumpahSutinah. Sama-sama doakannya ya. Terima kasih juta-juta lemon pada korang yang sentiasa ikuti citer ini. Segala kekurangan itu semua datang dari saya. Mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang bersiaran di sini.
Pembantu Dari Neraka by NoorfadzillahOmar
NoorfadzillahOmar
  • WpView
    Reads 2,730
  • WpVote
    Votes 74
  • WpPart
    Parts 6
Bila iblis terlepas dari neraka menjadi tunggangan manusia maka tiada kata lain yang mampu menjadi sempadan. Perjuangan Suraya sekembali dari tamatnya pengajian di Hospital Istanbul. Memiliki pancaindera ke enam. Sejak kecil menyedari kelebihan diri melihat sesuatu yang menyeramkan. Darus Syifa menjadi simbol impian demi berbakti kepada kampung halaman di sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan. Bila mana Doktor Tengku Amir, berpengalaman dalam ilmu perubatan. Sangat komited dalam kerjayanya sebagai doktor pakar Nefrologi. Baginya sains teknologi adalah segala-galanya. Persetanlah dengan perubatan alternatif yang membawa kanser kepada dunia perubatan semakin menjerat mangsa. Tok Pawang Itam kembali dari Kalimantan membawa sesuatu yang berpuaka. Semenjak dia membela apa yang ada di dalam guci itu, Kampung Long Nira dan sekitarnya tidak lagi aman damai. Suraya dan Doktor Tengku Amir dua insan yang kembalinya bertemu sering bertentangan pendapat dalam erti kata ilmu perubatan berasaskan As Syifa dan sains teknologi. Sehinggalah keduanya terlibat dalam satu pertembungan masalah berhadapan dengan sesuatu yang mistik dan syirik di Kampung Long Nira, Sabah. Lalu, apa benda yang dibela Tok Pawang Itam?
Mas Ayu by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 13,578
  • WpVote
    Votes 707
  • WpPart
    Parts 11
Bangkitnya hanya kerana dendam! Sinopsis Kematian Bidan Senah menarik perhatian seorang wartawan muda, Benjy. Dia sanggup meredah kampung itu untuk mendapatkan cerita. "Siapa perempuan cantik itu, tok?" "Namanya Mas Ayu." Mas Ayu, kehadirannya ke kampung itu sangat tidak disenangi orang kampung, terutamanya Mak Puteh dan Melati. Ini kerana suami Melati, Musa, tergila-gilakan Mas Ayu. Mereka berpakat untuk membunuh Mas Ayu. "Manalah saya tahu siapa yang bunuh dia." "Habis macam mana boleh kamu kata yang Mas Ayu itu langsuir? Kamu pernah nampak dia bertukar jadi langsuir?" Dapatkan nove Mas Ayu di kedai buku Dear Novels atau di kedai-kedai buku berhampiran anda.
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,509
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
Cure by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 11,230
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.